Share This Article
Bahasa / Language
Tahun baru, semangat baru. Mulakan pembelajaran pertama dengan Business Model Canvas atau ‘BMC‘. Kalau translate direct jadi Kanvas Model Bisnes atau Perniagaan. Tak gitu? Tak kiralah, kita panggil BMC je senang. Kita buat posting bmc bahasa melayu!
Apa tu ‘Model Bisnes‘ ?
Buku ni cakap:
“A business model describes the rationale of how an organization creates, delivers, and captures value.”
Kata kunci:
Bina, Sampaikan & Menambat Nilai.
Business Model Generation, Alexander Osterwalder & Yves Pigneur, et. al., John Wiley & Sons, Inc. halaman 14. Penulis bersama dengan 470 BMC practitioners di seluruh dunia.
Mari kita tengok contoh mudah model bisnes untuk lebih senang nak faham.
Contoh Model Bisnes
Kita bayangkan kita berada disebatang jalan di pinggir bandar waktu tengah hari. Panas. Dahaga. Agak banyak kenderaan lalu lalang.
Di tepi jalan kita nampak ada satu dua gerai jual nasi goreng ayam berempah dan pisang goreng.
Kemudian, pemandu dan penumpang kenderaan lalu-lalang ni mungkin berasa panas dan dahaga sama macam kita. Ini adalah prospek. Kemungkinkan besar boleh jadi pelanggan. Sebagai usahawan tentulah kita nampak peluang bisnes di sini. Kita boleh sediakan teh ais mantap sedap kepada mereka!
Berbalik kepada model bisnes kita boleh jelaskan macam ni:
- Bina atau cipta nilai. Kita sediakan teh ais mantap sedap sebagai nilai.
- Sampaikan nilai. Jadi macam mana kita nak sampaikan nilai kepada pelanggan? Tentulah kita setup gerai di tepi jalan ni. Sediakan teh ais dan jual secara terus di gerai kepada pelanggan.
- Tambat nilai. Capture Value ni nak translate jadi tawan atau tangkap nilai pelik pulak kan bunyi dia :-D. Apa kata kita guna tambat? So apa yang kita tambat.. Kita dapat wang tunai sebagai tukaran kepada teh ais yang kita sediakan.
Jadi macam mana kita nak terangkan model bisnes kita ni? Ok lebih kurang macam ni…
“Gerai Teh Ais Mantap ini menyediakan teh ais sedap kepada pelanggan di tepi jalan. Pelanggan yang datang akan menerima teh ais sedap dan membayarnya secara tunai”
Konsep Model Bisnes
Konsep model bisnes yang diterangkan di atas agak simplified. Jadi Business Model Canvas atau BMC diperkenalkan.
Tujuan: Memudahkan kefahaman – merujuk kepada konsep yang sama, single point of referrence. So kalau nak berbincang, merujuk kepada benda yang sama.
Ciri-ciri konsep Model Bisnes: Mudah (simple), relevan, senang difahami, tetapi tak terlalu oversimplified bagaimana organisasi bisnes berfungsi – macam kompleks juga sebenarnya
Kenapa nak guna Business Model Canvas ni?
Konsep ini dah diuji dan diguna pakai oleh IBM, Ericsson, Deloitte dan banyak lagi organisasi di luar sana. Kalau nak tau, revenue IBM, USD$ 22.1 bilion (2015) & Deloitte pulak USD$36.8 bilion (2016).
Tak ke rugi kalau kita tak guna!
BMC Bahasa Melayu
Kita tulis posting BMC bahasa melayu untuk memudahkan untuk semua faham akan kepentingan membangunkan model perniagaan dengan alat ni. Zaman sekarang buka perniagaan tidak lagi dengan ada modal RM sahaja. Tapi perlu banyak ilmu perniagaan. Salah satunya adalah tentang model perniagaan.
Zaman buka kedai dan harap orang datang tanpa buat apa-apa dah berlalu. Zaman kedai makan, sediakan makanan yang tersedap juga tak ada orang datang kalau orang tak tahu kewujudannya. Adalah orang datang. Tapi tak seramai yang kita mahukan. Kan?
The Business Model Canvas
BMC ada sembilan (9) building blocks. Setiap blok adalah berkait rapat antara satu sama lain. Mari kita tengok blok-blok dalam artikel BMC bahasa melayu ni:
“A shared language for describing, visualizing, assessing and changing business model”
Mari kita tengok satu-persatu BMC blok dalam posting BMC bahasa melayu ni. Boleh klik setiap satu pautan untuk keterangan lebih jelas bagi setiap blok.
1. Customer Segments (Segmen Pelanggan)
Organisasi menawarkan produk/perkhidmatan kepada satu atau lebih segmen pelanggan.
Segmen pelanggan merujuk kepada kumpulan pelanggan yang akan kita sasarkan. Setiap perniagaan perlu mengenal pasti siapa pelanggan utama dan bagaimana mereka boleh dibahagikan kepada segmen-segmen yang berbeza berdasarkan keperluan, tingkah laku, atau ciri-ciri tertentu.
Artikel lengkap mengenai segmen pelanggan di sini.
2. Value Propositions (Tawaran / Cadangan Nilai)
Menyelesaikan masalah pelanggan atau memberi nilai tambah. Direct translate – Tawaran nilai atau Cadangan Nilai.
Cadangan nilai adalah sebab mengapa pelanggan memilih produk atau perkhidmatan kita berbanding pesaing. Ia merangkumi manfaat unik yang ditawarkan oleh perniagaan, sama ada dari segi kualiti, harga, inovasi, atau kemudahan.
Rujuk artikel lebih mendalam tentang tawaran atau cadangan nilai di sini.
3. Channels (Saluran)
Tawaran nilai disampaikan kepada pelanggan melalui kaedah komunikasi, pengedaran (distribution), dan saluran jualan (sales channel).
Saluran merujuk kepada bagaimana produk atau perkhidmatan dihantar kepada pelanggan. Ini termasuk saluran pengedaran, komunikasi, dan jualan. Penting untuk mengenal pasti saluran yang paling berkesan untuk mencapai segmen pelanggan. Artikel lebih mendalam tentang channel di sini.
4. Customer Relationships (Hubungan Pelanggan)
Hubungan dengan pelanggan dibina dan dikekalkan kepada setiap segmen pelanggan.
Ia adalah bagaimana syarikat berinteraksi dengan pelanggan, dari prospek hingga pembelian, dan seterusnya. Hubungan ini boleh bersifat peribadi, automatik, atau komuniti, bergantung pada jenis perniagaan dan keperluan pelanggan. Klik sini untuk posting lebih mendalam tentang hubungan pelanggan.
5. Revenue Streams (Aliran Pendapatan)
Aliran pendapatan hasil dari kejayaan tawaran cadangan nilai kepada pelanggan.
Aliran pendapatan merujuk kepada cara syarikat menghasilkan wang daripada setiap segmen pelanggan. Ini boleh datang daripada penjualan produk, langganan, yuran perkhidmatan, atau kaedah monetisasi lain.
Klik sini untuk artikel revenue streams.
6. Key Resources (Sumber Utama)
Sumber yang diperlukan untuk menawarkan dan menyampaikan perkara-perkara berkaitan building blocks 1-5 di atas… (ayat ini bersambung ke blok ke 7 di bawah).
Sumber utama adalah aset penting yang diperlukan untuk menjalankan dan menyokong perniagaan. Ini termasuk sumber fizikal, intelektual, manusia, dan kewangan.
Nak tahu lebih lanjut tentang sumbar utama? Klik sini -> BMC Key Resources.
7. Key Activities (Aktiviti Utama)
… dengan melaksanakan berberapa aktiviti utama dalam bisnes.
Aktiviti utama adalah tindakan yang perlu dilakukan untuk menyampaikan cadangan nilai, menjangkau pelanggan, dan menjana pendapatan. Ini boleh melibatkan pengeluaran, pemasaran, penyelidikan dan pembangunan, atau logistik.
Artikel lanjut key activities: Klik sini.
8. Key Partnerships (Rakan Kongsi Utama)
Sesetengah aktiviti boleh dilaksanakan atau diperolehi (acquired) melalui pihak ke-tiga (proses outsource).
Rakan kongsi utama adalah pihak ketiga yang membantu syarikat untuk mencapai matlamat. Ini boleh merangkumi pembekal, penyedia perkhidmatan, atau rakan kongsi strategik.
Mari kita ulas lebih lanjut tentang key partnerships di sini.
9. Cost Structure (Struktur Kos)
Elemen bisnes model di atas akan menentukan struktur kos yang diperlukan.
Struktur kos merujuk kepada semua kos yang terlibat dalam menjalankan perniagaan. Ini termasuk kos tetap, kos berubah, kos operasi, dan lain-lain. Mengetahui struktur kos adalah penting untuk memastikan kelangsungan perniagaan.
Teruskan membaca lebih mendalam tentang cost structure di sini.
Template BMC
OK ni template dalam format Microsoft Powerpoint yang boleh kita gunakan nanti. Boleh edit untuk isi maklumat bagi setiap blok. Boleh guna juga lukis di white board dan gunakan sticky notes bagi tujuan membangunkan model bisnes dengan menggunakan BMC. Guna white board ni lagi mudah dan berkesan kalau kita nak bangunkan atau analisis model bisnes secara berkumpulan.
Kesimpulan
Business Model Canvas adalah alat yang sangat berguna untuk mana-mana perniagaan yang ingin membangunkan dan mengoptimumkan model perniagaan. Dengan memecahkan perniagaan kepada sembilan blok yang saling berkaitan, BMC membantu kita faham bagaimana setiap blok berfungsi bersama untuk menghasilkan nilai bagi pelanggan dan menjana keuntungan bisnes. Apabila digunakan dengan betul, BMC dapat membantu mengenal pasti peluang, cabaran, dan strategi untuk memajukan perniagaan kita ke tahap yang lebih tinggi.
Sekian untuk hari ini. Nanti kita sambung baca buku ni dan update blog ni bagi setiap satu building blocks Business Model Canvas (‘BMC’) ini. Dapat sesuatu? SHARE untuk lebih ramai dapat manafaat. Terima kasih!
Kredit gambar: Image by freepik
Update:
Update #1: Boleh klik link setiap satu di atas untuk perbincangan lanjut bagi setiap blok. Selamat membaca BMC bahasa melayu ni ya..
Update #2: Boleh klik pautan ini untuk pelbagai contoh analisis model perniagaan dengan menggunakan Business Model Canvas. Kita cuba untuk buat analisis sebanyak mungkin tentang BMC syarikat atau perniagaan terkenal: Contoh BMC Lengkap – 101 Contoh Model Bisnes dengan BMC.
PENAFIAN: Kandungan yang diterbitkan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat dan pembelajaran sahaja serta mewakili pendapat peribadi dan analisis penulis. Ia tidak mewakili maklumat rasmi daripada syarikat yang terlibat dalam artikel ini (jika ada). Maklumat yang dikemukakan adalah berdasarkan sumber terhad, seperti laman web dan beberapa artikel berkaitan. Walaupun segala usaha dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat, penulis dan blog tidak memberikan sebarang jaminan atau kepastian mengenai kelengkapan, kebolehpercayaan, atau ketepatan maklumat. Pembaca dinasihatkan untuk menjalankan penyelidikan sendiri dan mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan kandungan yang disediakan. Blog dan penulis tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil akibat daripada kebergantungan pada maklumat yang disampaikan.