Share This Article
Bahasa / Language
Building block Business Model Canvas berikutnya iaitu BMC Key Activities pula menerangkan apa bendanya yang entiti perniagaan perlu buat untuk memastikan model bisnes mereka berjaya. Entiti perniagaan mesti melakukan beberapa aktiviti penting ini untuk membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar. Sama macam key resources, key activities ini diperlukan untuk membina tawaran nilai, membina dan menyokong perhubungan dengan pelanggan, dan seterusnya jana pendapatan (revenue). Key activities ini bergantung kepada jenis model bisnes yang dirancang. Sebagai contoh:
- Key activities bagi Microsoft adalah pembangunan sistem atau perisian (software development)
- Dell pula dengan peniagaan menjual peralatan komputer pula memerlukan pengurusan supply chain (termasuklah pembuatan peralatan komputer)
- McKinsey yang terkenal dalam bidang pakar runding (consultancy) dengan key activities utamanya adalah menyelesaikan masalah (problem solving).
Kategori BMC Key Activities
Ianya boleh dikategorikan kepada tiga (‘3’) jenis kat bawah ni:
(1) Produksi (Production)
Aktiviti berkaitan dengan mereka bentuk (design), membuat dan menyampaikan produk dalam jumlah yang banyak dengan kualiti yang tinggi. Aktiviti produksi ini biasanya mendominasi model perniagaan bagi industi pembuatan dan perkilangan. Contoh paling mudah, aktiviti utama restoran masakan tomyam adalah menyediakan makanan yang dipesan oleh pelanggan. Kedai jual santan, aktiviti utama adalah memarut dan memerah kelapa untuk menghasilkan santan.
(2) Menyelasaikan Masalah (Problem Solving)
Key activities bagi jenis ini biasanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah spesifik kepada setiap pelanggan. Ia juga bertujuan untuk membina penyelesaian masalah yang baru (‘new solutions‘) kepada pelanggan mereka. Biasanya merujuk kepada model bisnes bagi perkhidmatan consultancy dan BMC key activities utama memerlukan kepada pengurusan knowledge (knowledge management) dan latihan berterusan kepada staff syarikat. jauh sangat kan consultancy ni, ok kita bagi contoh senang nak faham. Kedai tayar pasti sediakan perkhidmatan menukar tayar yang telah haus, buat balancing, tampar tayar bocor dan sebagainya. Selasai masalah tayar kereta kita tu.
(3) Platform / Network
Platform boleh merujuk kepada rangkaian, match making platform, software dan juga brand. Contoh mudah bagi kategori ini adalah eBay yang membina, mengekal dan menyengara laman web mereka sebagai platform perniagaan. Bagi Microsoft pula, perisian Microsoft Windows adalah platform mereka dan model bisnes Microsoft memerlukan pengurusan perhubungan dengan syarikat lain yang membina perisian berdasarkan sistem pengoperasi ini. Bagi pengeluar kad kredit Visa pula, key activities mereka lebih kepada menyediakan rangkaian rangkaian yang membolehkan transaksi kad kredit boleh dilaksanakan antara pengguna, merchant, bank dan pihak mereka sendiri. Contoh paling dekat di hati buat masa ni? Platform FoodPanda dan GrabFood. Sediakan platform untuk kedai makan, rider dan pelanggan untuk berurusniaga. Pesan guna aplikasi, kedai makan terima tempahan dan sediakan makanan, rider pun datang untuk ambil dan hantar kepada pengguna. Lapar tapi malas nak keluar rumah? Tekan-tekan aplikasi nanti ada orang hantar sampai depan pintu 🙂