Share This Article
Bahasa / Language
BMC cost structure ini menerangkan semua kos-kos yang terlibat untuk menjalankan perniagaan berdasarkan model bisnes yang dirancang. Kesemua aspek untuk membina dan manyampaikan tawaran nilai, mengekalkan perhubungan dengan pelanggan dan seterusnya mahu menjana pendapatan memerlukan kos-kos yang perlu ditanggung. Kos-kos ini boleh dirancang dengan baik sekiranya kita tentukan aspek Key Resources, Key Activities, Key Partners dan building block lain dalam model perniagaan yang hendak dijalankan.
Jenis Struktur Kos Perniagaan
Mari kita lihat dua cost structure yang boleh diguna pakai dalam model perniagaan:
(1) Cost-driven
Model bisnes berasaskan cost-driven ini terfokus kepada objektif untuk mengurangkan kos seberapa mungkin. Kaedah pengurangan kos termasuklah penggunaan VP yang menawarkan harga yang rendah, proses automasi secara maksimum dan pengunaan sumber luaran dengan outsourcing. Contoh, kita boleh lihat kepada syarikat penerbangan AirAsia. Mereka tawarkan tiket murah dengan kaedah pengurangan kos tanpa makanan dan minuman. Makanan dan minuman ini boleh ditempah secara berasingan atau dibeli di dalam kapal terbang. Proses pembelian tiket digalakkan dibeli secara online. Proses check in juga boleh dilakukan secara online atau pun gunakan kios yang disediakan di lapangan terbang.
(2) Value-driven
Model bisnes dengan BMC cost structure ini pula tidak melihat implikasi kos terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Fokus utama adalah pembinaan kepada “nilai” yang ditawarkan. Ia biasanya merujuk kepada tawaran nilai yang lebih premium. Contoh, hotel berbintang-bintang dengan fasiliti mewah dan perkhidmatan yang eklusif.
Ciri-ciri BMC Cost Structure
Ciri-ciri struktur kos adalah seperti berikut:
(1) Fixed Costs (kos tetap)
Kos adalah sama walau pun berapa banyak produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Contoh: sewa bangunan, pemasaran dan pengiklanan tidak bergantung kepada volume produk yang dihasilkan.
(2) Variable Costs (kos boleh ubah)
Kos ini bergantung kepada berapa banyak produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Semakin banyak produk dihasilkan, semakin tinggi kos. Semakin banyak perkhidmatan, semakin banyak pekerja diperlukan dan kos akan meningkat.
(3) Economies of Scale
Kelebihan kepada perniagaan jika mengeluarkan produk dengan kuantiti yang lebih besar. Contohnya, kos barang mentah akan dapat dikurangkan jika dibeli dengan kuantiti yang lebih besar.
(4) Economies of Scope
Kelebihan jika skop operasi adalah lebih besar atau lebih banyak pelanggan. Contoh, perkhidmatan call center – infrastruktur yang sama boleh digunakan kepada pelanggan yang berlainan tanpa perlu melabur untuk mewujudkan call center kepada pelanggan lain. Contoh lain, saluran pengedaran yang sama boleh digunakan untuk mengedar lebih banyak produk yang berlainan.