Share This Article
Bahasa / Language
BMC Key Resources (sumber utama) merujuk kepada aset penting atau sumber yang diperlukan untuk memastikan aktiviti bisnes boleh berjalan.
Sumber ini membolehkan entiti perniagaan untuk membina dan menawarkan nilai (value proposition), mensasarkan pasaran kepada segmen pelanggan dan seterusnya menjana pendapatan (earn revenue).
Dalam Business Model Canvas, key resources boleh jadi perkara-perkara dalam bentuk fizikal, kewangan, sumber intelek dan juga sumber manusia.
(1) Fizikal
Kategori key resources jenis ini termasuk aset fizikal seperti peralatan atau fasiliti pembuatan produk, bangunan, kenderaan, mesen, komputer, sistem, sistem point-of-sale dan rangkaian pengedaran.
Contoh ringkas untuk kedai runcit, kita perlukan:
- bangunan untuk buka kedai runcit;
- rak untuk susun barang jualan;
- pelbagai barang jualan yang diperolehi dari pelbagai pembekal;
- peralatan eletrik seperti lampu dan kipas
- sistem point of sale bagi merekod jualan
- dan lain-lain lagi.
(2) Sumber Intelek
Sumber intelek adalah seperti jenama, pengetahuan, paten dan hak cipta (copyright). Sumber intelek seperti ini juga lebih dikenali sebagai harta intelek. Database pelanggan juga termasuk dalam kategori sumber intelek.
Tengok je macam-macam jenama terkenal dengan brand mereka. Sebut je pun orang dah tau macam mana kualitinya.
Contoh ringkas untuk restoran makan segera KFC, bayaran program francais mereka termasuklah lesen kebenaran penggunaan jenama KFC.
(3) Sumber Manusia
Dalam BMC key resources, setiap perniagaan wajib memerlukan sumber manusia. Ia penting lebih-lebih dalam model bisnes bagi industri knowledge-intensive dan juga kreatif. Contohnya, perniagaan yang memerlukan pakar runding atau consultant dan juga saintis bagi industri farmaseutikal.
Begitu juga dengan sektor guaman dan kesihatan. Key resources kategori ini memerlukan sumber manusia untuk perniagaan dijalankan.
Ni nak bagi contoh macam mana? Kedai makan perlukan tukang masak, tukang jaga kaunter dan pelayan untuk ambil order pelanggan.
(4) Kewangan (Financial)
Key resources bagi kategori ini? Wang tunai. Macam mana nak dapat wang tunai? Gunakan duit sendiri, boleh buat pinjaman (kawan atau bank), financial guarantee dan juga stock option. Boleh juga dapatkan sumber kewangan dengan konsep koperasi di mana ahli melaburkan wang dengan harga unit tertentu. Pernah dengar tengang Bursa Malaysia? Ini juga salah satu untuk dapat sumber kewangan dengan buat proses listing di bursa atau pasaran saham.