Share This Article
Bahasa / Language
BMC revenue streams salah satu blok Business Model Canvas, merujuk kepada aliran pendapatan yang boleh dijana daripada bisnes. Ini melibatkan kita untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan bisnes yang dijalankan. BMC mempunyai 2 kategori revenue streams iaitu:
- Pendapatan daripada pembayaran atas produk dan perkhidmatan dalam satu pembelian atau urus niaga (Transaction revenues resulting from one-time customer payments).
- Pendapatan berulang dari satu pembelian produk atau perkhidmatan (Recurring revenues from ongoing payments)
Menjana BMC Revenue Streams
Terdapat pelbagai cara untuk menjana aliran pendapatan atau BMC revenue streams ini:
- Asset sale / Penjualan Barangan – Jual apa jua barangan yang boleh dijual. Aliran pendapatan boleh dijana apabila pembelian dilakukan.
- Usage Fee / Bayaran perkhidmatan – Begitu juga dengan perkhidmatan, revenue streams dijana berdasarkan bayaran terhadap perkhidmatan yang digunakan pelanggan. Contoh, bayaran per minit terhadap panggilan telefon.
- Subscription Fees / Langanan – Bayaran terhadap penggunaan perkhidmatan yang berulang atau berterusan. Contoh, bayaran Astro setiap bulan, membership masuk gym angkat besi, main game online dan macam-macam lagi.
- Leasing / Renting / Lending / Sewa – Sewakan apa juga aset seperti sewa rumah dan kereta. Sewa beli untuk gajet seperti model terkini iphone dan Samsung juga boleh termasuk dalam kategori ini.
- Licensing / Perlesenan – Kita boleh juga jana revenue streams dengan melesenkan harta intelek (intellectual property) kepada pihak lain. Boleh lesenkan trademark dan patent kita kepada pihak lain dengan bayaran tertentu.
- Brokerage fees – Revenue streams jenis ini selalunya dijana melalui bayaran komisyen. Contoh, bayaran beberapa persen dari jualan rumah pihak lain kepada pembeli.
- Advertising / Pengiklanan – Pengiklanan boleh digunakan untuk menjana Revenue Streams. Buat blog, kumpul trafik banyak-banyak dan sediakan perkhidmatan pengiklanan diblog kita.
Mekanisme Harga (Pricing Mechanisms)
Setiap BMC revenue streams boleh mempunyai beberapa mekanisme harga yang berbeza. Mekanisma harga yang kita pilih membawa kepada perbezaan ketara kepada revenue streams yang akan dijana. Terdapa dua jenis mekanisme harga yang boleh diguna pakai: (1) Fixed pricing (harga tetap) (2) Dynamic pricing (harga dinamik)
Fixed Pricing | Dynamic Pricing |
---|---|
List price – harga tetap bagi setiap produk atau perkhidmatan. | Negotiation / bargain – Harga boleh dirunding |
Product feature dependent – harga bergantung kepada kualiti produk atau value proposition | Yield management – harga bergantung kepada inventori atau waktu pembelian (contoh: nak tempah bilik hotel) |
Customer segment – harga bergantung kepada sasaran segmen pelanggan | Real-time market – harga bergantung kepada permintaan dan penawaran (supply and demand) |
Volume dependent – harga bergantung kepada kuantiti. Lagi banyak lagi kurang harga. | Auctions – lelong-lelong! Harga bergantung kepada pembida yang lebih kompetitif. |
Jadi, kita perlu merancang bagaimana bentuk model bisnes kita ini boleh menjana pendapatan. Sediakan produk atau perkhidmatan, kemudian jana pendapatan dengan menjualnya kepada segmen pelanggan yang kita sasarkan. Tentukan juga sama ada kita mahukan pendapatan berulang atau dalam satu belian. Tetapkan juga bagaimana mekanisme harga yang boleh diguna pakai.
1 Comment
Bradley
Hey there just wanted to give you a quick heads up.
The text in your article seem to be running off the screen in Firefox.
I’m not sure if this is a format issue or something to do with internet browser compatibility but I figured I’d post
to let you know. The style and design look great though!
Hope you get the issue fixed soon. Thanks