Share This Article
Bahasa / Language
Nak jual apa mungkin soalan besar bagi bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan Internet. Apa agaknya perniagaan Internet yang sesuai ? Nak jual Peti ais? Basikal? Rumah? Tukul besi?
Antara kaedah yang biasa dilakukan adalah kaedah “rasa-rasa” atau “ikut-ikut” sahaja. Nak Jual Apa?
“Rasa boleh jual benda ni… ”
“Kalau jual ni sure orang beli punya lahhh..”
“Produk ni tengah MELETOP! Kalau aku jual memang MELETOP jugak!”
Biasa buat macam ni? Saya pun pernah buat macam ni juga..
Kaedah cuba jaya kononnya. Mungkin betul, mungkin tidak. Mungkin menjadi, tak jadi pun tak apa. Mungkin bisnes boleh jalan, tapi selalunya sekerat jalan. Dan pelbagai kemungkinan lagi.
Tanda kurang ilmu. Tiada guru dan juga mentor. Laburkan diri untuk menuntut ilmu. Cari guru. Cari juga mentor yang telah terbukti telah berjaya dalam bidang mereka!
Fikirkan ini dulu!
Bagi yang nak mula berniaga, ”Nak jual apa?” berkait rapat dengan apa yang kita minat terlebih dulu. Macam tu kalau kita ada keistimewaan atau bakat tertentu.
Pengetahuan yang berkait rapat dengan bidang yang dipelajari sebelum ini juga boleh dijadikan perniagaan yang sesuai. Apa lagi kalau kita juga ada pengalaman dalam sesuatu bidang:
(1) Minat/Hobi
Cuba bayangkan, hobi kita selama ini boleh jana pendapatan. Hobi bermain paintball diterjemahkan dengan membuka pusat paintball .Kita adalah seorang pet lovers, apa kata kita buka petshop.
Fikirkan apa yang kita minati masa kanak-kanak. Semasa remaja.. atau kita baru jumpa sesuatu yang kita minat 2 tahun kebelakangan ini? Minat sukan? Menulis? Pendidikan? Kewangan? Memasak? Ini mungkin boleh membantu untuk kita fikir industri yang diminati.
(2) Bakat/Keistimewaan
Apa bakat atau keistimewaan kita? Katakan kita boleh menyanyi dengan merdu. Merdu ok, bukan hanya boleh “mensumbangkan” sebuah dua lagu :D. Kita juga tahu teknik-teknik vokal.
Mungkin kita boleh mengajar teknik-teknik ini kepada ramai orang. Mungkin kita juga boleh bermain alat muzik. Apa kata dibukukan atau videokan cara-cara bermain alat muzik tersebut. Boleh berbicara dikhalyak dengan penuh meyakinkan?
Mungkin sesuai untuk menjalankan seminar dalam industri yang diceburi.
(3) Pengetahuan
Latar belakang pendidikan? Kita tahu 100% tentang menggunakan perisian WordPress? Kita tahu bagaimana hendak mendaftarkan trade mark? Tahu tentang pelaburan saham? Tahu membaiki telefon pintar? Pelbagai jenis perniagaan boleh dimulakan dengan pengetahuan seperti ini.
(4) Pengalaman
Fikirkan juga apa kerja kita sebelum ini? Atau kerja kita sekarang? Pengetahuan disokong dengan pengalaman yang luas juga boleh diterjemahkan menjadi perniagaan yang berjaya.
Passion
APAKAH “PASSION” KITA? Ini adalah sangat penting. Apa yang kita “passionate” untuk buat mungkin apa yang kita sedang buat untuk masa ni.
Passion kita mungkin juga apa yang diminati, kebolehan, kekuatan, pengetahuan dan pengalaman yang kita ada! Nak jual apa? Jual apa passion kita!
Nak Jual Apa? Kenali “Passion” Kita
Passion kita akan menentukan berapa jauh dan berapa lama perniagaan yang akan dijalankan!
Kita tahu perkara tersebut adalah “passion” kita kalau:
- Kita akan lakukan juga walau pun tidak mendapat bayaran yang berpatutan
- Kita tak kisah kalau terpaksa postpone makan dan minum untuk melakukan perkara tersebut
- Kita katakan begini: “I’ll do what ever it takes to achieve my goal!
Seterusnya, kita boleh memulakan perniagaan jika produk atau perkhidmatan yang hendak kita tawarkan boleh:
- Menyelesaikan masalah ramai orang; dan
- Memberi “add-value” atau menambah nilai kepada orang lain.
Pastikan juga ini adalah matlamat utama kita untuk berniaga. Bukan untuk menjadi kaya-raya atau menjadi jutawan semata-semata! Kenali passion kita. Tetapkan juga matlamat perniagaan.
Kita mungkin boleh memulakan perniagaan tidak lama lagi! Apa juga jenis perniagaan yang hendak kita mulakan, tiada alasan untuk tidak menjadikan Internet sebagai salah satu medium perniagaan atau kita akan ketinggalan.
Moga persoalan nak jual apa terjawab serba sedikit. Selamat maju jaya!