Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nak Daftar Trademark dengan Mudah?

Perlindungan hak milik tanda niaga selamanya

Bahasa / Language

Bahasa / Language:

 

Trademark merupakan sebarang unsur nama, huruf, perkataan, angka, perkataan, simbol, logo dan/atau gabungan unsur-unsur ini sebagai tanda  perniagaan.  Biasanya  merujuk kepada brand atau jenama bisnes, produk atau perkhidmatan.

Contoh, pengeluar makanan utama dunia Nestle telah daftarkan Nestlé® sebagai trademark bisnes.  Mereka juga daftarkan trademark MILO®, MAGGI®, NESCAFÉ®, CERELAC®, LACTOKID™ COMFORTIS®, NESTLÉ BLISS®, DRUMSTICK® dan lain-lain lagi.

Kenapa perlu daftar trademark?

Bila trademark  didaftarkan, ia dilindungi di bawah undang-undang dan akta di negara ianya didaftarkan.  Perlindungan ini membolehkan trademark yang didaftar tidak digunakan oleh pihak lain.

Sebarang penggunaan oleh pihak lain tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.  Pemilik yang daftar trademark boleh manghalang, memohon rampasan barangan, meminta kos mahkamah dan ganti rugi atas penggunaan pihak lain.

Hak milik ekslusif kita selamanya

Perlindungan kepada trademark yang didaftarkan adalah selama sepuluh (10) tahun.  Kita boleh perbaharui pendaftaran bagi 10 tahun berikutnya.  Ini bermakna, trademark adalah hak milik ekslusif kita selagi kita perbaharui setiap 10 tahun.

Di mana kita nak daftar?

Perlindungan trademark adalah di setiap negara yang kita daftarkan.  Di Malaysia, trademark boleh didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).  MyIPO juga mempunyai ejen bagi daftar trademark.

Nak daftar sekarang?

Hubungi ejen berdaftar MyIPO, Puan Alin Hurriya Harlinda daripada DaftarTrademark.com untuk daftar trademark  dengan tiga (3) langkah mudah:

  1. Dapatkan bantuan dengan khidmat nasihat pembangunan trademark yang kukuh (strong trademark);
  2. Bantuan penyediaan dokumen pendaftaran dan dokumen-dokumen sokongan lain; dan
  3. Pedaftaran trademark di MyIPO, dan sokongan poendaftaran jika terdapat isu-isu berbangkit seperti jika terdapat bantahan dari pihak lain.

 

Leave a comment

© 2025 Gerbang Bisnes. All Rights Reserved.

Sign Up to Our Newsletter

Be the first to know the latest updates