Menilai Pilihan Perniagaan
Dengan menggunakan konsep kos peluang, faedah marginal, dan pulangan dijangka, kita boleh membina proses keutamaan perniagaan yang lebih jelas dan berdisiplin. Kaedah ini mengurangkan risiko terlebih komitmen, mengelakkan pelaksanaan yang tidak tersusun, dan mengukuhkan logik di sebalik setiap keputusan strategik yang dilakukan.
Kos Peluang
Kos peluang ialah nilai pilihan terbaik yang kita lepaskan apabila membuat sesuatu keputusan. Ia menunjukkan harga sebenar di sebalik setiap tindakan kerana membuat satu pilihan.
101 Contoh BMC #063 – Analisis BMC OldTown White Coffee
Artikel Analisis BMC OldTown White Coffee ini membincangkan sembilan blok utama yang menjadi asas pertumbuhan, daya tahan, dan peluang inovasi dalam industri makanan dan minuman serantau.

Cara Buat Website Sendiri Sambil Minum Kopi

Kali ini kita akan bincangkan cara buat website sendiri untuk bisnes sambil minum kopi.  Kan kita tahu sebelum ni yang bisnes kena ada website.  Ada 8 sebab tu kita kena ada website bisnes.  Betul  ke betul?

Kali ini kita akan bincangkan cara buat website sendiri untuk bisnes sambil minum kopi.  Kan kita tahu sebelum ni yang bisnes kena ada website.  Ada 8 sebab tu kita kena ada website bisnes.  Betul  ke betul?

Lepas tu kita dah sentuh jugak 4 jenis website untuk bisnes.  Ada website korporat, e-commerce, minisite dan blog.

Jadi macam mana cara buat website sendiri untuk bisnes ni?

Kita kena ada beberapa perkara yang asas:

(1) Dah ada sambungan Internet;
(2) Dah register email tak kira la kat gmail.com atau outlook.com; dan
(3) Ada kaedah pembayaran secara online macam internet banking, kad kredit atau paypal.

Cara Buat Website Sendiri dengan Mudah

Dah ada 3 perkara asas ni, kita kena ada dua (2) perkara yang utama untuk buat website:

(1) Ada Hosting; dan
(2) Ada DNS.

Ada lagi? ok kena ada Kopi beberapa cawan 🍵🍵🍵🍵

Apa kebendanya Hosting dan DNS ni? Grab your coffee and continue reading ..

Web Hosting

OK macam ni.  Website tu ibarat kedai kita.  Nak buat kedai kita kena ada tapak kedai.  Tak kira lah .. atas tanah sendiri, atau kita sewa je kat dalam shopping complex atau deretan lot kedai yang berhampiran.  So tapak kedai online kita ni web hosting lah.

Nak hostkan sendiri boleh?

Boleh.. tapi kalau nak ada tapak sendiri  (i.e., buat kat rumah) kena la hidupkan 24 jam.  Rugi letrik.  Lepas tu kena ada server sendiri, pasang firewall, setup operating sistem dan lain-lain.

Senang cerita, pakai jelah web hosting kat luar sana.  Boleh bayar sewa secara tahunan.  Kos lebih murah dan tak payah susah-susah buat maintenance.

Kat mana nak sewa web hosting ni?

Ada je yang free boleh pakai, tetapi untuk bisnes kita gunakan yang berbayar lah ye.  Boleh hostkan website kita, daftar alamat email sendiri dan macam-macam sistem lain yang kita boleh pasang nanti.  Nanti ada masa kita cerita pasal sistem accounting. Nak?

Sambung balik pasal hosting ni..

Ada banyak web hosting kat dalam dan luar negara.  Tapi sangat digalakkan untuk pengguna kat Malaysia, pakai jela yang ada kat Malaysia ni.

Kenapa?

(1) Kalau line Internet Malaysia ke luar negara yang kat bawah laut tu kena gigit  jerung ke,  rosak kena langgar kapal selam ke,  atau kena gempa bumi, pelanggan kita masih boleh lagi access.

(2) Tak tertakluk kepada perbuahan kadar mata wang.  Dulu saya suka pakai web hosting kat luar negara.  Lagi laju dan murah.  Space dia pun agak besar.  Sekali currency RM ni jatuh.  Jadi berkali ganda kena bayar.  Padan muka kan 🤣🤣🤣

Di Malaysia mana nak sewa web hosting ni?

Kat Malaysia,  kita boleh guna ServerFreak  dan/atau Exabytes.  OK ke dua-dua ni?  Setakat yang dah guna.. sangat OK!

Berdasarkan pembacaan kat Internet pun kedua-dua hosting ni antara top-10 lah senang cerita.  Boleh je pakai salah satu ni. Nak pakai yang lain OK je.  Buat jelah research sendiri kan 🙂

 

Boleh klik link kat atas ni 👆 👆 👆  untuk maklumat lanjut dan terus sewa web hosting diorang ni.  Nanti kita sentuh dalam artikel lain cemana nak sewa dan guna hosting step-by-step ya…

Kemudian kita guna sistem WordPress sebagai sistem untuk website kita.

Kenapa WordPress? Boleh gunakan untuk apa juga bentuk website bisnes kita.  Blog,  E-commerce , minisite atau website korporat boleh je pakai WordPress ni.  Lagi satu.. WordPress setakat ni adalah yang paling senang untuk kita pasang & gunakan.

Cara buat website sendiri dengan WordPress nanti kita layan jugak lah kan.  Cara-cara guna juga nanti kita sambung di lain masa.

DNS atau Domain Name System

Dah faham tentang hosting tak? Dalam posting cara buat website sendiri dengan mudah ni kita kena ada DNS.  DNS atau nama penuhnya Domain Name System ni merujuk kepada alamat kedai.

Kalau orang tak tahu kedai kita kat mana, kita kenalah bagi alamat.  So kat Internet ni.. alamat kedai kita dalam bentuk DNS.  Contohnya http://gerbangbisnes.com, http://www.serverfreak.com, http://exabytes.com.  Contoh lain, http://daftartrademark.com dan https://www.hurriya.com.my.

Mana nak dapat alamat DNS ni?

Untuk dapatkan alamat DNS atau domain ni, di Malaysia (untuk .my, .com.my, .net.my dan .org.) kita kena register di MyNIC atau ejen berdaftar.

Bagi domain luar macam .com dan .net kita boleh register di  banyak web macam GoDaddy dan sebagainya.

Nak senangkan kerja, kita boleh je daftar sekali masa tempah web hosting ni.  Nanti kita tengok macam mana kita boleh tempah web hosting dan DNS dalam masa yang sama.  Nanti kita guna ServerFreak sebagai contoh yaaa.

Sampai berjumpa lagi..

OK bersambung lagi di lain masa untuk cara buat website sendiri untuk bisnes sambil minum kopi secawan dia.  Nanti kita cerita lanjut.

Update 15/6/2021:

Banyak posting lain berkaitan cara buat dan guna website ni dah siap.  Selamat membaca:

(1) Sewa web hosting & register DNS
(2) Berkenalan dengan cPanel pada web hosting
(3) Setup email sendiri
(4) HTTP vs HTTPS
(5) Setup SSL
(6) Cara Pasang WordPress di cPanel
(7) Cara Mudah Guna WordPress
(8) Cara Pasang Theme WordPress
(9) Beza Post vs Page WordPress
(10) Pasang Plugin WordPress

Jumpa lagi!

PENAFIAN: Kandungan yang diterbitkan di blog ini adalah untuk tujuan maklumat dan pembelajaran sahaja serta mewakili pendapat peribadi dan analisis penulis. Ia tidak mewakili maklumat rasmi daripada syarikat yang terlibat dalam artikel ini (jika ada). Maklumat yang dikemukakan adalah berdasarkan sumber terhad, seperti laman web dan beberapa artikel berkaitan. Walaupun segala usaha dilakukan untuk memastikan ketepatan maklumat, penulis dan blog tidak memberikan sebarang jaminan atau kepastian mengenai kelengkapan, kebolehpercayaan, atau ketepatan maklumat. Pembaca dinasihatkan untuk menjalankan penyelidikan sendiri dan mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan kandungan yang disediakan. Blog dan penulis tidak bertanggungjawab terhadap tindakan yang diambil akibat daripada kebergantungan pada maklumat yang disampaikan.

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Menilai Pilihan Perniagaan

Dengan menggunakan konsep kos peluang, faedah marginal, dan pulangan dijangka, kita boleh membina proses keutamaan… Read More

November 28, 2025

Kos Peluang

Kos peluang ialah nilai pilihan terbaik yang kita lepaskan apabila membuat sesuatu keputusan. Ia menunjukkan… Read More

November 24, 2025

101 Contoh BMC #063 – Analisis BMC OldTown White Coffee

Artikel Analisis BMC OldTown White Coffee ini membincangkan sembilan blok utama yang menjadi asas pertumbuhan,… Read More

November 21, 2025

Pertimbangan Dalam Perniagaan

Di sinilah konsep pertimbangan keputusan perniagaan memainkan peranan. Membuat pertimbangan yang betul menentukan idea mana… Read More

November 17, 2025

Kekurangan Sumber dalam Perniagaan

Dalam ekonomi, kekurangan sumber dalam perniagaan bermaksud sumber adalah terhad sementara keperluan dan kehendak manusia… Read More

November 7, 2025

101 Contoh BMC #062 – Analisis BMC Ruangguru, Indonesia

Analisis BMC Ruangguru ini menonjolkan bagaimana syarikat mencipta, menyampaikan, dan menangkap/menambat nilai dalam pasaran edtech… Read More

November 5, 2025