Share This Article
Bahasa / Language
Posting kali ni kita akan sentuh tentang beza post vs page WordPress. Ingat tak pasal cara buat posting sebelum ni? Boleh refer ke posting Cara Guna WordPress untuk recap balik semula 🙂
Dalam posting tu kita buat beberapa posting dan bila klik di posting yang bertajuk “Posting ke Dua” ia akan dipaparkan seperti berikut:
Kandungan atau content yang dipaparkan ini adalah sebahagian dari “posts” yang kita buat.
Jadi apa dia Page ni?
Selain dari Posts, kita juga boleh membuat content melalui Page. Kalau posts sentiasa perlu kita buat baru dari semasa ke semasa, Page pula bersifat kekal. Contoh paling mudah kalau kita browse website pihak lain, kita akan lihat menu “About Us” dan “Contact“.
Maklumat ini biasanya tidak selalu berubah berbanding content pada posts. Content pada posts perlukan kita update dan tambah secara consistent. Istiqamah 🙂
Beza Post vs Page WordPress
Mari kita lihat perbezaannya:
- Post bersifat sementara dan perlu update dan tambah seperti berita. Page bersifat kekal lebih lama dan hanya perlu ubah atau update berdasarkan keperluan;
- Post pada website akan dipaparkan bersama pengarang (author), tidak pada Page;
- Post punya tarikh ianya diterbitkan, tetapi page tiada;
- Post boleh dipisahkan dengan kategori, page pula menggunakan konsep parent & child dalam bentuk hierarki.
OK, lihat gambar post di atas dan kemudian nanti bandingkan dengan terus mebaca tentang beza post vs page di WordPress ni..
Membuat Page di WordPress
Sekarang kita akan buat page pertama dalam WordPress:
(1) Access ke Dashboard
Mula-mula kita access dashboard seperti biasa. Gunakan login dan password yang kita set sebelum ni.
(2) Klik menu Pages -> Add New
Window bagi membuat content pada page akan dipaparkan:
(3) Isi kandungan atau content yang berkaitan
Di sini kita boleh mula untuk taip content pada page ni. Kita boleh masukkan tajuk, ubah permalink dari yang asal diberi jika terlalu panjang (atau URL kepada page ini) dan seterusnya isi kandungan yang berkaitan. Contoh:
Boleh juga set sebagai child kepada parent (page lain yang telah dibuat sebelumnya). Dalam kes ni kita belum ada page lain… so abaikan dulu. Nanti boleh cuba sendiri dengan buat page lain dan setkan page ini sebagai parent dia.
(4) Edit dan Terbit
Boleh “Save Draft“, “Preview” atau Tekan butang “Publish” di sebelah kanan setelah selesai.
(5) View Page
View page dengan permalink yang kita set tadi atau guna link view yang diberikan. OK siaplah page pertama kita dengan paparan seperti berikut:
Nampak tak beza post vs page WordPress ni. Tiada author dan date dipaparkan berbanding dengan post di gambar atas sekali tadi.
Selamat mencuba dan selamat maju jaya!