Share This Article
Bahasa / Language
Mari kita berkenalan dengan cPanel. Mana datang cPanel ni? cPanel ni kita dapat lepas kita langgan web hosting dan DNS sebelum ini.
Apa guna cPanel ni?
Nak bekenalan dengan cPanel ni tentulah kita nak tahu apa benda alah cPanel ni dan apa guna dia kan.. cPanel atau singkatan control panel, merupakan web based interface untuk memudahkan kita memasang dan menyenggara web, DNS dan email yang kita langgan sebelum ini.
Untuk makluman, kalau kita install server sendiri, kita nak pasang kompunan-komponen ni selalunya manual. Guna command line. Pening nak hafal command-command ni. Jadi untuk memudahkan kerja, graphical user interface (GUI) yang disediakan. cPanel pula beri lebih kemudahan di mana kita boleh pasang dan senggara dengan capaian web.
So macam mana nak access?
Lepas beberapa jam biasanya kita dah boleh access melalui nama domain yang kita tempah. Dalam contoh posting kali ini, kita boleh access ke:
http://www.terlolapmato.com/cpanel
Nanti dia keluar macam ni:
Periksa balik emel yang kita terima masa langgan web hosting haritu.. Login dan password turut disertakan dalam emel tersebut:
Kat dalam emel ni ada dinyatakan alamat sementara kalau DNS belum sepenuhnya terpasang.
OK masukkan login dan password yang kita dapat dalam email tu.. Kalau dah berjaya nanti dia keluar macam ni:
Sekarang kita dah berjaya login. Apa nak buat? pertama sekali kena tukar password tulah. Pastikan password kita kukuh. Kukuh macam mana? Jiran sebelah rumah atau kawan kat office tak boleh senang-senang teka apa password yang kita pakai. Kalau password “qwerty” atau “abc123” atau “123456” atau yang dekat-dekat macam tu, tak payah lah guna..
Nak tukar password, klik dibahagian macam gambar ni:
Masukkan password yang lama, dan tukar password baru:
Ada indicator “Strength” untuk beri tahu password kita itu kukuh atau tak. Kalau strong tu kemungkinan jiran sebelah rumah tak boleh teka password kita. Klik “Change your password now!” untuk tukar password.
So apa cPanel ni boleh buat?
OK kita tengok balik masa lepas login tadi..
Kat sini kita ada file manager untuk kita uruskan fail-fail yang ada dalam web hosting kita ni. Tengok je dulu. Jangan gatal tangan pi delete pulak 😀
Kat situ pon ada ciri-ciri yang boleh kita gunakan untuk set privacy untuk direktori (folder), kita boleh buat backup web hosting dan wujudkan ftp account untuk kita upload atau download fail gunakan teknologi FTP.
Bawah tu ada features untuk kita tengok dah bayar bill ke belum. Kita juga boleh open ticket untuk bantuan dari company web hosting ni.
Next?
Kita sambung berkenalan dengan cPanel dengan ciri berikutnya iaitu kita boleh guna untuk urus pangkalan data (database), urus DNS (tambah, ubah atau buang domain atau sub-domain) dan urus email kita. Contoh? Nak ada alamat email sendiri macam nazri@terlolapmato.com tak? kat sini la kita configure. Ni kita cerita lain masa lah ya..
Metrics, Security & Software
Metrics tu macam kalau kita nak periksa error log dan statistik sapa yang access ke website. CPU yang kita gunakan dan concurrent usage pon ada sini.
Next.. ada Security. Ni untuk keselamatan website kita lah nanti. Lepas tu ada cara kita nak setup SSL. Bawah tu pulak ada software yang ada dalam web hosting ni. nantilah kalau kita ada gunakan software-software ni kita cerita. Tak selalu gunapun sebenarnya.
Advanced, Preferences, Softacolus Apps Installer
Yang ni pulak kita akan guna Softculuos App Installer ni untuk kita install macam-macam. Yang utama nanti kita akan install WordPress untuk buat website kita.
Bawah-bawah (atau sebelah tepi bergantung kepada resolution screen) tu ada info-info dan statistik yang berkaitan dengan web hosting kita ni. Boleh browse sendiri 😀
Ok sekian dulu topik berkenalan dengan cpanel ni. Nanti kita sentuh yang berkaitan je ya. Lain-lain boleh explore sendiri.
Selamat maju jaya!