Share This Article
Bahasa / Language
Kita sambung posting kali ini dengan cara pasang theme WordPress di website yang kita subscribe dengan ServerFreak haritu. Theme WordPress ni apa? Ingat tak kita punya website aritu lepas kita pasang WordPress rupa dia macam mana? Macam ni kan..
Sebenarnya rupa bentuk ni boleh diubah dengan kita pasang theme yang kita pilih. Banyak theme WordPress diluar sana. Ada yang berbayar, dan ada pulak yang free. Tapi biasalah.. yang berbayar rasanya lebih menarik dan lebih banyak pilihan. Cara nak guna pula lebih mudah.
Posting cara pasang theme WordPress kali ini akan terangkan serba sedikit bagaimana nak tukar theme ni. Tukar theme untuk nampak lebih menarik. OK mari kita layan..
(1) Login ke admin interface
Macam biasa, nak buat apa-apa perubahan konfigurasi atau potsing kita kena login ke admin interface. Contohnya kena lah buka https://terlolapmato.com/wp-admin. Korang kena la login ke website masing-masing..
(2) Masuk Dashbord dan buka menu Appreance
Masuk Dashboard -> Appreance -> Themes
Nanti dia keluarlah pelbagai theme yang telah sedia terpasang secara default. Kat dalam contoh ni secara default dah siap terpasang Theme Twenty Sixteen, Twenty Seventeen dan Twenty Nineteen:
(3) Preview Theme
Nak tengok rupa theme yang ada ni, boleh je klik button “Live Preview” tu.
(4) Pilih & Configure Theme
Katalah kita nak pilih theme “Twenty Seventeen” ni, kita mouse over atas theme tu, dan klik kat “Theme Details” atas setiap theme tu. Kat sini lah kita boleh configure settings pada theme yang dipilih:
Kaedah configure settings ni mungkin berbeza mengikut theme yang digunakan.
Contoh theme “Twenty Seventeen” ni memerlukan untuk kita configure Site Identity, Colors, Header Media, Menu, Widgets, dan Hompage Settings. Kita tengok satu persatu.
Pertama, Site Identity:
Kat sini kita perlu masukkan “Title” dan “Tagline” website:
Kedua, warna yang nak kita gunakan pada website:
Bolehlah pilih ikut kesesuaian dan selera kita:
Ketiga, Ni pulak untuk gambar yang akan dipaparkan pada header. Theme ni benarkan kita tukar gambar atau video sebagai header website:
Tekan “Add New Image” untuk upload dan tukar gambar lain.
Keempat (skip dulu Widget & Menu tu), “Hompage Settings” tu kita boleh letak muka depan dengan posting terkini atau pun page yang statik.
OK kalau sebelum ni kita ada artikel buat posting pertama, kaedah buat page juga adalah hampir sama. Abaikan dulu settings ni. Nanti posting lain kita cerita pasal Widget, Page dan Menu tu yaa..
(5) Activate & Publish
Sekarang dah siap kita configure dan isi apa yang patut. Bolehlah tekan button “Activate & Publish” tu..
Dah tekan button tu, macam nil ah rupanya:
Boleh lah kita test tengok rupa baru website kita:
Cuba scroll-scroll sikit. Haa ada dah rupa sikit website kita ni kan..
Itu lah cara serba sedikit cara pasang theme WordPress ni. Boleh try godek-godek tukar theme ikut selera masing-masing. Jangan risau kalua mula-mula Nampak huduh website kita ni. Nanti lama-lama berkembang gak skill dan taste kita. Selamat maju jaya!