Share This Article
Bahasa / Language
Terdapat banyak jenis website yang boleh kita bangunkan. Antara yang biasa digunakan untuk tujuan bisnes:
- Laman web korporat / syarikat / perniagaan
- Laman e-commerce atau kedai online
- Minisite dengan surat jualan (sales letter)
- Blog
Mari kita lihat satu persatu jenis website yang boleh kita bangunkan untuk bisnes.
(1) Website korporat / syarikat / perniagaan
Jenis website yang ni digunakan untuk paparkan maklumat tentang syarikat dan produk atau perkhidmatan yang kita pasarkan.
Maklumat tentang syarikat, seperti siapa pemiliknya, board members, team pengurusan dan apa yang dipasarkan akan dipaparkan di website jenis ini. Produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh perniagaan kita juga akan diterangkan dengan jelas.
Prospek boleh membaca maklumat yang tertera. Jika berpuas hati dan mahu memggunakan produk atau perkhidmatan, mereka boleh hubungi kita melalui maklumat yang kita berikan atau terus ke lokasi kedai atau pejabat.
Pastikan kita sediakan maklumat yang lengkap. Nombor telefon yang boleh dihubungi, email dan alamat perniagaan serta cawangan yang ada. Jangan lupa masukkan sekali lokasi di Google map dan juga Waze!
Company-company besar semuanya ada website corporate diorang. Company kecik pon patut ada!
(2) Website E-Commerce
Website e-commerce atau kedai online boleh digunakan untuk kita menjual pelbagai produk melalui internet. Pernah membeli belah di Shopee dan Lazada? Inilah contoh derdekat website e-commerce ni. Ya kita boleh je guna perkhidmatan Lazada dan Shopee ni.. tetapi kita juga boleh buat sendiri.
Teknologi kedai online membolehkan prospek membeli melalui konsep “electronic shopping cart”. Website ini ada fungsi pendaftaran, proses membeli belah dan seterusnya buat bayaran secara online.
Jadi, masa kita tidur pon orang boleh membeli-belah kat kedai online kita ni. Best ke best? Esok pagi semak status jualan dan boleh terus bungkus dan hantar ke pejabat pos laju berhampiran.
OK ni nak bagi contoh website e-commerce. Salah satunya adalah Shopee. Semua orang kenal. Klik ni –> https://shopee.com.my/hurriya. Boleh shopping baju 🙂
(3) Jenis Website Minisite
Minisite atau laman surat jualan merupakan antara salah satu kaedah yang paling efektif untuk melonjakkan pasaran sesuatu produk.
Berbanding dengan website e-commerce yang memaparkan banyak produk, minisite biasanya mempunyai satu atau dua page sahaja. Website dengan satu page ini bertujuan untuk kita paparkan sebanyak mungkin informasi tentang produk yang nak kita pasarkan.
Website ini berkesan bagi membantu pelanggan buat keputusan untuk membeli dengan lebih mudah.
Ini kerana informasi yang hendak diketahui oleh pelanggan semuanya ada di sini. Lebih banyak maklumat lebih bagus dan kita juga nampak pakar tentang produk yang kita pasarkan.
Kenapa satu page sahaja?
Tahu tak? Proskpek pelanggan biasanya tak suka laman web yang perlu banyak klik untuk tahu tentang satu produk. Mereka ni mudah hilang fokus. Banyak lagi benda yang menarik perhatian di zaman media sosial ni.
Bayangkan.. Klik yang ke 4 mungkin milik pesaing kita! NI salah satu contoh minisite merangkap surat jualan ni. Website Daftar Trademark ni (https://daftartrademark.com) bertujuan untuk memasarkan perkhidmatan untuk sesiapa yang berminat untuk mendaftarkan tanda niaga mereka ke MyIPO. Mari daftar sekarang!
(4) Blog
Blog atau nama glamernya Web Logs pada satu masa dulu ni fungsinya sama macam kita tulis diari. Jenis website ni sama boleh la kita panggil sebagai diari online.
Kita boleh tulis apa je yang kita nak. Macam website yaang tengah kita baca ni… Ni pun contoh blog paling mudah: https://daftartrademark.com/blog
Boleh komen pasal politik, apa kita buat seharian, membawang dan macam-macam lagi. Tapi untuk kita nampak credible dan pakar, kita tulis lah apa yang kita ‘ahli’ dalam industri yang kita ceburi.
Kelebihan blog – search engine sangat suka. Kenapa suka? Ada banyak informasi dan teks. Jadi kita boleh guna teknik Search Engine Optimization untuk mudahkan orang cari bisnes kita.
Jangan lupa ada link kepada website bisnes dan minisite dari blog kita ni.
Jadi nak guna jenis website yang mana satu?
Mana yang bagus terpulang kepada objektif kita untuk jalankan bisnes. Kalau ada satu produk, buatlah minisite. Kalau banyak produk, gunakan laman e-commerce dan buat minisite untuk produk-produk tertentu sahaja.
Apa pun jenis bisnes, blog penting untuk kita gunakan teknik SEO. Gunakan juga media sosial yang lain untuk kita beri tahu rakan-rakan Internet jika ada posting baru.
Dapat sesuatu dari posting kali ini? Klik SHARE ke sosial media dengan button yang disediakan di atas…