Share This Article
Bahasa / Language
Nak setup email dengan alamat domain sendiri? OK memang kita dah ada banyak akaun email. Gmail, Outlook, Yahoo dan sebagainya. Apa kata kita ada alamat email sendiri.
Cuba bayangkan, kita dah ada website dengan alamat www.terlolapmato.com. Lepas tu kita guna alamat email nazri@terlolapmato.com. Amacam? Nampak lebih pro dan established tau. Bagus juga untuk tujuan branding. Consistent.
Jadi macaman nak setup email dengan alamat domain sendiri?
Pertama, hari tu kita dah langgan web hosting dan alamat domain atau DNS. Bila dah langgan, secara automatik kita dah ada kemudahan nak setup email ni. Sebab tu amatlah digalakkan untuk sewa dari web hosting provider macam ServerFreak dan Exabytes ni. Dah ada dalam pakej sekali.
Guna cPanel
Kedua, kita akan gunakan cPanel untuk setup email dan urus email untuk alamat domain yang dah kita langgan hari tu. Check posting ni untuk tau serba sedikit tentang cPanel: Berkenalan dengan cPanel.
Sekarang masuk ke cPanel dengan alamat:
http://alamatdomain/cpanel
Contoh:
https://terlolapmato.com/cpanel
Sila login dengan username dan password bagi akaun web hosting kita ni.
Ketiga, dah login scroll ke bawah terus ke bahagian untuk setup email: EMAIL.
Tambah akaun email
Keempat, kita sekarang nak tambah atau bina email akaun baru.
Bawah tu, klik menu “Email Accounts”…
Dan kita akan nampak tab “Add Email Account” di situ. Masukkan dalam form ni alamat akaun email dan password yang kita nak gunakan. Part password ni dia akan guide sampai ianya kukuh (strong).
Set juga quota yang diperlukan bagi akaun email ni. Default dia set 1 Gb.
Klik “Create Account” untuk bina email akaun ni. Nanti nak tambah guna juga dengan cara yang sama ya! Dah klik nanti dia display macam ni…
Urus email akaun
Kelima, klik tab “Email Accounts” untuk kita urus akaun email kita. Ni kalau kita nak tuka quota, suspend akaun email pengguna atau pun nak delete kalau dah tak nak guna.
Access email melalui web
Keenam, kita klik tab sebelah tu, “Default Email Account“. Ni kita nak access Webmail. Dalam masa yang sama kita nak configure kaedah access dan jenis webmail yang nak kita guna.
Next, klik “Access Webmail” tu ya..
Tengok gambar kat atas ni. Lepas ni setiap masa kita nak baca email, boleh acess di:
https://alamatdomain:2096
Contoh:
https://terlolapmato.com:2096.
Klik link tu atau “Go to Secure Webmail Login” kat bawah dia.
Sekarang boleh login dengan akau email dan password yang kita tambah sebelum ni. Pastikan alamat penuh email digunakan sebagai login. Contoh, nazri@terlolapmato.com sebagai Email Address.
Configure Webmail
Ada 3 pilihan webmail yang kita boleh guna. Yang ni kita boleh pakai “roundcube” dan set sebagai default. Boleh cuba lagi dua tu dulu dan tengok kita suka yang mana.
Dalam contoh ni, “roundcube” akan kita set sebagai default. So, klik “Set as Default” macam kat gambar bawah ni:
Dah klik nanti kita nampak:
Next, klik gambar roundcube tu untuk mula guna webmail:
Access Webmail
Sekarang kita dah boleh access webmail! Silalah test baca email pertama kita yang dihantar masa kita buat akaun tadi.
Sekarang boleh test hantar email pulak..
Tekan “Send” untuk hantar email. Pergi check. Dapat tak? Best kan?
Urus identiti dan Signature
Ok yang ni kita nak manage sedikit alamat email kita. Yelah tadi dia display alamat email je.. Sekarang kita nak le ada nama penuh dan signature. So klik “Settings” sebelah atas kanan tu… Dan seterusnnya klik “Identities“.
Klik kat alamat email tu, aan isi form ni mengikut kesesuaian kita ..
Last sekali tekan “Save“.
Sekian sahaja posting tentang setup email guna alamat domain sendiri ni. Lain-lain boleh la explore sendiri kan. Klik je sana sini :-D.
Sila share posting ni kat kawan-kawan dan Selamat maju jaya!