Share This Article
Bahasa / Language
Mari daftar Gmail! Ramai daripada kita dah ada akaun email. Pelbagai perkhidmatan email percuma mungkin telah kita daftar seperti outlook.com, yahoo.com, rocketmail.com dan sebagainya. Walau apa juga perkhidmatan yang kita gunakan, mari daftar Gmail.
Kenapa Kena Daftar Gmail?
Dengan daftar Gmail, kita sebenarnya telah daftar akaun Google. Ini bermakna perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Google boleh kita gunakan.
Contoh perkhidmatan lain yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Google Search – enjin carian google
- Google Docs – membina dan mengedit pelbagai dokumen dengan pelbagai format (seperti Microsoft Office dan OpenOffice)
- Google+ – media sosial (seperti Facebook dan Twitter)
- Google AdWords – pengiklanan di enjin carian Google
- Blog melalui Blogspot.com
- dan sebagainya…
Bagaimana Nak Daftar Gmail?
1) Layari laman Gmail di http://mail.google.com
2) Klik “Create an account” dan isikan setiap ruang yang disediakan. Juga masukkan nombor yang tertera dalam gambar kat bawah tu…
Klik check box “I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy”
dan
Klik button “Next Step”
3) OK siap dah daftar akaun Google dan Gmail. Kini kita boleh personalized akaun dengan membina profile. Klik “No thanks” dan kita boleh isi profile di lain hari.
4) Ok siap dah.. lepas ni kita boleh guna sebarang perkhidmatan Google, khususnya Gmail.
5) Pada bila-bila masa, buka http://mail.google.com untuk menggunakan perkhidmatan email Google:
6) Klik pautan “Sign in” dan masukkan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan:
7) Kalau pertama kali login, mesej berikut akan dipaparkan. Klik pangkah di sebelah atas, kanan sekali:
8) Sekarang kita dah boleh menggunakan Gmail. Kita boleh hantar dan membaca email yang diterima. Selamat mencuba!