Share This Article
Bahasa / Language
Web Hosting Malaysia? Posting kali ini adalah tentang cara melanggan web hosting Malaysia. Ya web hosting yang berada dalam network di Malaysia. Posting sebelum ni ada menyentuh tentang kelebihan langgan web hosting Malaysia. Antaranya, kalau ada masalah network antarabangsa, pelanggan masih boleh access.
Antara yang biasa digunakan untuk pasang website di Malaysia ni:
(1) Exabytes (https://www.exabytes.com); dan
(2) ServerFreak (https://www.serverfreak.com)
Web Hosting Malaysia ni Macamana Cara Nak Langgan?
Ok kita akan guna ServerFreak sebagai contoh (Lagi satu pasal dia punya SSL untuk setup HTTPS nanti FREE!). Kita akan tempah web hosting & DNS sekali dan seterusnya buat pembayaran secara online.
Kalau ikut step-by-step, rasanya tak jauh beza pun cara nak langgan web hosting Exabytes & ServerFreak ni. Sama jugalah dengan web hosting malaysia yang lain.
Sekarang kita tengok macamana nak langgan web hosting malaysia step-by-step:
Step 1 – Layari website untuk Web Hosting Malaysia
Layari website ServerFreak atau Exabytes untuk pakej yang mereka tawarkan. Scroll atas bawah dan tengok pakej yang mereka tawarkan.
Kita tengok pakej Semi-Pro ni agak menarik. Affordable dan sesuai untuk bisnes kecil-kecilan kita secara online. Boleh letak 10 domain. Ni maknanya kita boleh pasang 10 website dengan alamat domain yang berlainan.
Step 2 – Mari kita Order
OK dah berkenan paker ni, kita ketik button “Order” ni. Yelah nak buat tempahan pakej yang ni!
Dah klik nanti dia keluar macam ni lebih kurang lah kan…
Step 3 – Check dan Pilih Alamat Domain
Sekarang kita nak pilih alamat domain. Alamat kedai online kita. So masukkan je alamat domain tu & tekan check.
Masukkan la nama domain sendiri ya. Terlolapmato tu memang confirm dah kena amikkk.
Scrollllll ke bawah sikit… abaikan yang lain tu kecuali nak alamat domain lain…
Klik button “Continue” nanti dia keluar macam kat bawah ni untuk tujuan billing cycle. Nak bayar setahun sekali ke… tiga tahun sekali pun boleh. Kalau bayar tiga tahun sekali ni diskaun makin banyak lah.
Scroll lagiii …
Abaikan yang ni dan scroll lagi.. Sampai bawah tu klik butang continue…
Nanti dia keluar macam ni…
Kali ni pilih DNS management & email forwarding. Sebab apa pilih? FREE.
Step 4 – Review & Checkout
Lepas tu tekan button continue lagi.. Lepas tu dia keluar “Review & Checkout” ni..
Abaikan yang lain dan scroll sampai bawah…
Tekan button checkout tu.
Isi je form tu… atau tekan Sign Up with Facebook / Sign UP with Google. Macam diri sendiri ni pakai jela Sign Up with Google, pilih akaun Google mana kita nak:
Dah login pakai Google pon kena isi jugak borang ni…
Scroll lagi… abaikan button “Add to Cart” yang lain tu ye..
Pilih kaedah pembayaran & tekan butang “Complete Order” tu.
Step 5 – Buat Pembayaran
Nanti dia keluar macam ni…
Boleh tekan “Proceed wihh Payment” atau tukar kaedah pembayaran kat “Payment Method” bawah seblah kiri tu. Yang bawah ni saya dah tuka jadi PayPal:
NI dia akan redirect ke PayPal. Kalau kredit kad tadi dia keluar lah kredit kad punya payment macam ni..
Kalau pakai online banking dia akan masuk website bank masing-masing ye.
Dah siap pembayaran, dia akan keluar acknowledgement macam ni:
Ni scroll sampai bawah. Boleh download atau print invoice untuk rekod dan tujuan accounting & finance.
Step 5 – Check Email
Mari kita cek email dari ServerFreak ni…
Dapat email tak? Kalau takde tunggu kejap. Tak pun cek spam folder mana tau masuk ke situ.. Haaa kan dah ada:
Ada beberapa email dari ServerFreak tu. Yang bawah-bawah tu email org lain ye. Sila abaikan. Apa email yang kita dapat? Maklumat web hosting malaysia yang kita order lah kan. Kalau tak betul pi contact customer service dia.
Nanti kita dapat email pasal New account information. Baca email ni sampai bawah tu ada lah kan maklumat akaun web hosting kita:
Ni contoh maklumat. Ni dah censored siap-siap ye:
Step 6 – Confirm Register Domain
Kita lepas tu dapat email pasal DNS atau nama domain:
So kita bacalah email ni lepas tu klik “Please click here to verify your domain name”. Dah klik nanti dia kluo macam ni:
Ok selesailah kita melanggan web hosting malaysia dengan alamat DNS nya sekali. Untunk posting berikut, kita tengok nanti macam mana nak access management console untuk web hosting yang kita langgan ni.
Sehingga jumpa lagi di posting yang lain dan selamat maju jaya!