Share This Article
Bahasa / Language
Bahasa / Language: |
Posting kali ini merujuk kepada aplikasi BMC kedai makan dan restoran. Bagaimana kita boleh aplikasikan BMC untuk buat model bisnes untuk kedai makan dan restoran.
Idea umum ini boleh dikembangkan bersesuaian dengan jenis atau konsep kedai makan yang akan dibangunkan. Contoh, authentic malay cusine, fast food restaurant, kedai tomyam, chinese style dan sebagainya.
Sebelum tu.. apa itu model bisnes? Ia merujuk bagaimana organisasi bisnes membina dan menyampaikan nilai kepada pelanggan. Untuk peringatan diri sendiri, BMC terdiri daripada sembilan (9) building blocks iaitu:
- Customer segments
- Value propositions
- Channels
- Customer relationship
- Revenue streams
- Key resources
- Key activities
- Key partners, dan
- Cost structure.
Mari kita lihat bagaimana model bisnes dengan 9 building blocks ini diaplikasikan kepada perniagaan kedai makan dan restoran. Tiada betul/salah, janji kita tahu apa nak dibuat dengan setiap building blocks ini!
Customer Segments
Siapa target market kepada bisnes kedai makan dan restoran ini? Target market atau segmen pelanggan sasaran boleh merujuk kepada keperluan, kehendak, tingkah laku atau pun kategori pengguna (seperti tahap pendapatan):
- Ia boleh jadi kepada semua golongan atau tiada target market tertentu – mass market
- Target market yang lebih spesifik (niche)
- Segmented – membezakan pelanggan berdasarkan keperluan dan ciri pelanggan atau kepelbagaian masalah pelanggan
- Diversified atau pelbagai, iaitu model bisnes memenuhi keperluan dua atau lebih segmen pelanggan
- Multisided Platform – dua atau lebih segmen pelanggan yang bergantung pada satu sama lain.
Sasaran Segmen PelangganTarget market lebih kepada segmented yang terdiri dari penduduk kawasan sekitar. Lingkungan kawasan 30 Km dari kedai makan / restoran. Boleh terdiri daripada:
|
Value Propositions
Tawaran nilai atau value propositions merujuk kepada nilai yang nak kita bina terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan. Tawaran nilai ini mestilah spesifik disasarkan kepada segmen pelanggan yang kita pilih.
Antara elemen yang boleh diguna pakai bagi membina tawaran nilai:
- Produk / Perkhidmatan baru (newness)
- Prestasi (performance)
- Penyesuaian (customization)
- Getting the job done
- Rekabentuk / design
- Brand / Status
- Harga
- Pengurangan Kos
- Risk Reduction
- Accessibility, dan
- Convinience.
Contoh tawaran nilai bagi bisnes kedai makan:
Tawaran NilaiKedai makan dan restoran perlu tawaran nilai yang hebat! Bayang kita nak ke kedai makan, apa yang kita nak? Simple je.. makanan sedap dan lepas order dapat dengan cepat. Betul tak? Ok ni idea tawaran nilai yang boleh kita gunakan, tak tertakluk kepada 11 elemen di atas je:
|
Channels
Bagaimana organisasi bisnes berkomunikasi atau berhubung dengan pelanggan bagi memberi tawaran nilai mereka? Bagaimana mereka memberi awareness tentang kewujudan perniagaan, produk dan perkhidmatan? Macam mana nak bagi tahu tentang bisnes kedai makan dan restoran kita?
Kita lihat lima (5) fasa channels ni, bagaimana kita membantu pelanggan untuk membuat:
- Customer awareness terhadap bisnes dan produk
- Penilaian terhadap produk (tak ke best kalau dapat good review dari customer?)
- Pembelian produk
- Delivery; dan
- After sales.
SaluranOwned channels (direct – sendiri punya / indirect – contoh kedai sendiri dikendalikan oleh organisasi bisnes lain) dan partner channels :
|
Customer Relationship
Hubungan organisasi bisnes dengan pelanggan adalah sangat penting. Tujuan utama boleh jadi untuk mendapatkan dan mengekalkan (rentention) pelanggan serta meningkatkan jualan seperti untuk tujuan upsell atau repeat / regular customer. Lebih-lebih lagi bagi bisnes kedai makan dan restoran. Regular customer penting untuk kelestarian bisnes.
Perhubungan PelangganSo macamana nak wujudkan perhubungan pelanggan? Kekalkan pelanggan dengan contoh-contoh di bawah ni:
|
Revenue Streams
Revenue streams / aliran pendapatan merujuk kepada pendapatan yang boleh dijana daripada produk dan perkhidmatan yang disasarkan kepada segmen pelanggan pilihan.
Bagi kedai makan dan restoran, tentulah hasil daripada tawaran nilai terhadap penjualan makanan dan minuman. Mekanisme harga selalunya tertakluk kepada harga bahan mentah dan saiz makanan yang dihidangkan.
Aliran PendapatanAliran pendapatan berkait rapat dengan penjualan makanan dan minuman. Mungkin boleh wujudkan dua jenis kategori bagi mensasarkan segmen pelanggan premium dan yang affordable untuk semua golongan. Mari kita lihat apa yang boleh menjana aliran pendapatan:
|
Key Resources
Key resources (sumber utama) merupakan aset penting untuk bisnes berjalan, continuity dan sustainability. Antara key resources yang perlu ada:
- Fizikal (bangunan kedai, peralatan, sistem, kenderaan dan sebagainya)
- Harta Intelek
- Sumber manusia (pekerja); dan
- Kewangan.
Sumber UtamaMari kita bincangkan key resources yang perlu ada pada kedai makan dan restoran:
|
Key Activities
Key Activities pula menerangkan apa yang entiti perniagaan perlu buat untuk memastikan model bisnes berjaya. Sama macam key resources, key activities ini diperlukan untuk membina tawaran nilai, membina dan menyokong perhubungan dengan pelanggan, dan seterusnya jana pendapatan (revenue).
Aktiviti UtamaKey activities semangnya berkait rapat dengan jenis bisnes yang dijalankan. Bagi bisnes kedai makan dan restoran:
|
Key Partners
BMC key partners pula merujuk kepada rangkaian pembekal (suppliers) dan juga rakan kongsi (partner) dalam perniagaan yang dijalankan.
Empat jenis key partnerships:
- Pakatan strategik (strategic alliances) antara entiti perniagaan yang merupakan bukan persaing antara satu sama lain
- Kerjasama strategik di antara pesaing
- Joint venture (JV) untuk membina perniagaan baru; dan
- Perhubungan di antara pembeli dan pembekal untuk menjamin kecukupan bekalan.
Bisnes kedai makan dan restoran pula bagaimana?
Rakan NiagaSiapa rakan niaga kita semasa menjalankan bisnes kedai makan?
|
Cost Structure
BMC cost structure ini menerangkan semua kos-kos yang terlibat untuk menjalankan perniagaan berdasarkan model bisnes yang dirancang. Kesemua aspek untuk membina dan manyampaikan tawaran nilai, mengekalkan perhubungan dengan pelanggan dan seterusnya mahu menjana pendapatan memerlukan kos-kos yang perlu ditanggung.
Kos-kos ini boleh dirancang dengan baik sekiranya kita tentukan aspek Key Resources, Key Activities dan Key Partnerships dalam model perniagaan yang hendak dijalankan.
Jenis-jenis cost structure termasuk:
- Cost driven – Model bisnes berasaskan cost-driven ini terfokus kepada objektif untuk mengurangkan kos seberapa mungkin.
- Value driven – Fokus utama adalah pembinaan kepada “nilai” yang ditawarkan, kos tidak menjadi isu kerana produk atau perkhidmatan adalah premium.
Ciri-ciri struktur kos adalah seperti berikut: Fixed cost, variable cost dan economies of scope / scale.
Mari kita lihat cost strusture bagi bisnes kedai makan dan restoran:
Struktur Kos BisnesKos-kos bisnes kedai makan dan restoran yang boleh kita fikirkan: Variable cost terhadap barang mentah bagi penyediaan makanan dan minuman
|
Ringkasan BMC Kedai Makan dan Restoran
OK mari kita tengok keseluruhan idea BMC kedai makan dan restoran ini. Idea ini boleh dikembangkan lagi atau disesuaikan dengan jenis bisnes kedai makan dan restoran yang mahu kita bangunkan atau strukturkan semula:
BMC kedai makan dalam format Microsoft PowerPoint boleh dimuat turun di sini.
4 Comments
Rizal
Terima kasih atas info Tuan Md Nazri.. Semoga anda lebih kaya dan berjaya dunia akhirat.. Aminn
Nazri Ahmad
Sama-sama Tuan, muga dapat dimanafaatkan. Banyak lagi kena belajar ni 🙂
Farah
Terima kasih..sangat membantu nk buat ent..
Laila
Keren dan mantul, semoga bisa menjadi bahan referensi, ditunggu artikel berikutnya.