Share This Article
Bahasa / Language
Bahasa / Language: |
---|
Ramai keliru apabila dah daftar perniagaan/syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara automatik mereka dah daftar trademark nama bisnes. Banyak juga soalan macam ni..
“Dah daftar SSM bukan nama bisnes tu trademark ke?”
“Dafar di SSM je tak cukup?”
“Dah daftar di SSM, kena lagi ke daftar di MyIPO?”
OK, untuk jawab persoalan ni, mari kita mulakan dengan beza antara kedua-dua pendaftaran perniagaan dengan trademark ni..
Apa beza trademark & nama syarikat?
Trademark nama bisnes dan nama perniagaan/syarikat adalah dua perkara yang berbeza. Mari kita tengok bagi situasi di Malaysia ni…
(1) Undang-undang
Pendaftaran perniagaan (i.e., perniagaan enterprise/PLT) atau syarikat (Sdn. Bhd.) dan pendaftaran trademark adalah berbeza dari segi undang-undang. Undang-undang bagi mengawal selia pendaftaran perniagaan adalah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, manakala undang-undang bagi trademark adalah Akta Cap Dagangan 1976.
(2) Agensi kawal-selia pendaftaran dan penguatkuasaan
Pendaftaran perniagaan/syarikat boleh dilakukan di SSM tetapi pendaftaran trademark di MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).
(3) Kewajiban Pendaftaran
Pendaftaran perniagaan/syarikat adalah wajib kalau kita mahu berniaga. Pendaftaran trademark adalah tidak wajib tetapi digalakkan untuk sebab-sebab kepentingan perniagaan.
(4) Nama Perniagaan/Syarikat vs Trademark
Nama yang dipilih untuk nama perniagaan/syarikat perlu unik, tak sama (identical) dengan nama perniagaan/syarikat lain. Nama hampir-hampir sama masih boleh didaftarkan bagi pendaftaran perniagaan/syarikat.
Contoh: PETRONAS DAGANG masih boleh didaftarkan walau pun PETRONAS sudah didaftarkan sebagai nama syarikat. Nama ADIBAS Sdn. Bhd. boleh didaftarkan walau ada ADIDAS.
Unsur nama/perkataan/logo/nombor/brand atau kombinasi unsur ini yang hendak didaftarkan sebagai trademark pula tidak boleh sama atau hampir-hampir sama dengan yang telah didaftarkan. Contoh, ADIBAS boleh ditolak pendaftarannya kerana hampir sama bunyinya dengan ADIDAS.
Kes seperti pengunaan trademark Chipsplus telah menerima tindakan undang-undang kerana Chipsmore telah didaftarkan.
(5) Pengunaan nama syarikat vs trademark
Pendaftaran perniagaan/syarikat bertujuan untuk kita menjalankan perniagaan secara SAH di Malaysia. Pendaftaran trademark pula untuk menjadikan ianya hak ekslusif kita di sisi undang-undang. Apabila trademark telah didaftarkan, kita berhak mendapat faedah moral dan ekonomi.
Pihak lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran. Pengunaan oleh pihak lain tertakluk kepada kebenaran pemilik dan bayaran lesen tertentu.
Dah register di SSM, perlukah saya daftar trademark?
Jadi, bila dah daftar perniagaan atau syarikat di SSM, adakah kita perlu daftar trademark? Jawapanya adalah, “YA!“. Register di SSM je tak cukup ke? TAKKK~! Kenapa?
Ia berbeza dan serve different purpose. Walau daftar trademark adalah tidak diwajibkan, ia mempunyai faedah moral dan kepentingan ekonomi seperti yang dijelaskan sebelum ini.
Bolehkah kita daftar trademark nama bisnes?
Kita dah daftar nama perniagaan/syarikat.. masih bolehkan kita daftarkan nama yang sama atau trademark nama bisnes kita tu?
Menurut Seksyen 10 (1) (a) Akta Cap Dagangan 1976, nama perniagaan/syarikat boleh daftarkan sekiranya ianya adalah UNIK. Iaitu ianya tidak sama, hampir sama atau hampir-hampir bunyinya kepada trademark lain yang telah daftar terlebih dahulu.
Artikel asal di https://www.daftartrademark.com/2020/03/05/nama-bisnes-sebagai-trademark/