Share This Article
Bahasa / Language
G
enerally Accepted Accounting Principles (GAAPs) merupakan piawaian yang diguna pakai dalam perakauan / pengurusan kewangan. Ia bertujuan untuk memastikan keseragaman dalam prosidur dan teknik yang digunakan dalam menyediakan penyata kewangan.
Konsep GAAPs
Konsep yang digunapakai dalam GAAPs temasuk:
- Business Entity
- Historical Cost
- Going Concern
- Periodicity
- Expenses matched revenues
- Conservatism
Business Entity
Kedai makan dan restoran adalah entiti bisnes yang berbeza dan dipisahkan daripada pemilik. Ia menjana pendapatan, perlu perbelanjaan dengan menggunakan aset (harta mempunyai nilai yang dimiliki oleh entiti bisnes bagi menjalankan aktiviti perniagaan), menjana keuntungan atau boleh kerugian, atau break even sahaja.
Entiti bisnes juga menanggung liabiiti iaitu tanggungan/hutang yang perlu dibayar kepada pihak tertentu.
Historical Cost
Nilai terhadap aset dalam bentuk tunai. Jika berlaku sebarang transaksi seperti penjualan aset, harga aset tersebut bergantung kepada harga semasa (current fair value).
Harga boleh turun atau naik bergantung kepada jenis aset. Contoh, harga kedai akan naik tetapi harga sistem POS akan berkurangan.
Going Concern
Kedai makan dan restoran adalah dianggap akan beroperasi sampai bila-bila kecuali terdapat sebab sebaliknya. Contoh, jika entiti bisnes perlu ditutup dan terdapat liabiliti, aset perlu dijual walau perlu menanggung kerugian.
Periodicity
Penyata kewangan perlu ada pada tempoh berkala tertentu. Contoh, penyata kewangan yang mengambarkan status kewangan semasa termasuk penyata pendapatan perlu dijana pada setiap bulan bagi pemilik memantau dan membuat keputusan. Penyata pula perlu dijana pada setiap tahun bagi tujuan cukai oleh kerajaan.
Expenses matched revenues
Perbelanjaan yang dilakukan hendaklah berdasarkan (matched with) dan ditolak dari pendapatan (revenue). Terdapat konsep sistem perakaunan akrual (accrual accounting system) di mana pendapatan dan perbelanjaan diiktiraf sama ada duit tunai diterima/dibayar atau tidak. Jika belum dibayar, jumlah tersebut adalah hutang kepada restoran (accounts receivable). Jumlah yang perlu dibayar kepada pembekal pula dia panggil accounts payable.
Cash accounting system pula hanya mengiktiraf pendapatan dan perbelanjaan bila duit tunai telah diterima/dibayar. GAAPs menggunakan konsep accrual accounting system bagi tujuan pengurusan kewangan.
Conservatism
Kerugian (yang berpotensi besar akan berlaku) perlu direkodkan dalam penyata kewangan sebagai kerugian manakala gains and financial benefit hanya direkodkan bila ianya memang benar berlaku. Contoh, kerugian boleh direkodkan tanpa menunggu keputusan hakim jika terdapat saman tertentu yang dipercayai tidak berpihak kepada bisnes kita.
Consitency
Maklumat kewangan perlulah tepat. Prosidur yang digunakan untuk mengumpul maklumat kewangan hendaklah konsisten pada setiap tahun kewangan.
Materiality and practicality
Keperluan sama ada praktikal atau tidak untuk melapor minor financial events atau perkara-perkara yang berkaitan dengan kerahsiaan.
Perkaunan yang Efektif
Tiha (3) ciri-ciri penting perakaunan oleh GAAPs:
- Maklumat kewangan perlulah relevan – berguna bagi tujuan spesifik: membuat keputusan, monitor, membayar cukai, dan sebagainya;
- Maklumat kewangan semasa hendaklah yang terkini: maklumat untuk memantau operasi harian hendaklah dijana secara harian dan sebagainya; dan
- Maklumat kewangan hendaklan tepat – kalau tak tepat macam mana kita nak tahu financial health sebenar restoran dan kedai makan kita?