Share This Article
Bahasa / Language
Pernah dengar tak pasal Google SEO ni? Kalau orang bisnes yang banyak memanafaatkan dunia online ni memang biasa guna kaedah ni sebagai salah satu cara pemasaran.
Apa itu SEO?
SEO ni atau perkataan penuhnya Search Engine Optimization, guna dia untuk naikkan rating website kita supaya berada dalam page terawal result carian di Google. Bukan Google sahaja, teknik yang sama pun kita boleh gunakan untuk enjin carin (search engine) lain macam Yahoo, Bing, MSN dan lain-lain lagi.
Kalau kita guna Google ni, berapa ramai yang browse sampai page ke 5 atau seterusnya? Orang selalu tekan page 1, page 2, page 3 lepas tu malas dah. Berpinar bijik mata kut.
Result carian di page pertama Google
Kan ke best kalau ada kat page pertama result Google ni kan? Contohnya, kalau kita nak cari maklumat “Business Model Canvas” dalam bahasa melayu, kita akan buka Google dan search “bmc melayu”. Betul tak?
Meh try buka Google dah search “bmc melayu” apa akan jadi…
Kita tengok resultnya.
Nampak tak? posting blog saya pasal BMC ni ada dalam page pertama. Kedudukan pula ada kat tempat kedua dan ketiga. Best ke best? Kena usaha lebih lagi ni untuk naik atas sekali.
Perhatikan betul-betul. Ada lebih 500,000 result carian. Secara default, Google akan paparkan 10 hasil carian dalam satu muka. Kalau website kita ada pada kedudukan ke 90, kat muka 9 lah kut dia keluar. Kalu 1000?
Cuba search “mari belajar linux” apa keluar?
Alhamdulillah. Berada kat atas sekali walau pun artikel ni ditulis pada tahun 2014. Ni la contohnya kegunaan Google SEO ni. Nak tak?
Facebook Ads vs Google SEO
Dah ada page bisnes ni Facebook, dan dah buat FBAds. Kena buat tak Google SEO ni? Kena ada lah! Lagi-lagi kalau ada website atau blog untuk tujuan bisnes.
Pernah dengar tentang interruption vs permission marketing? Ini la faktor pembeza kalau kedua-dua kaedah marketing guna Facebook Ads vs Google SEO ni. Jangan salah faham, kedua-duanya penting dan ada kelebihan tersendiri.
- Interruption Marketing ni bahasa mudah, kacau orang untuk tarik perhatian. Tengah tengok scene suspense Avenger kat TV tiba-tiba keluar iklan. Tengah baca orang membawang kat Facebook, keluar iklan produk ada label sponsored untuk memutihkan dan mencunkan diri dalam masa 3 hari! Teringin pulak nak cuba try test. Betul tak?
- Permission marketing guna Google SEO ni lain pulak. Search kat Google memang nak cari “produk putihkan ketiak”, keluar result dengan rela hatinya dia klik website tu. Website pula ada offer ebook tips-tips untuk putihkan ketiak, dengan rela hati kali kedua masukkan email address kita dalam tu. So jangan marah kalau seller online ni email kita lepas tu kan. Sebab kita rela hati bagi. Macam tu lah lebih kurang…
Macamana nak buat SEO ni?
Ok, ini lah kegunaan SEO secara ringkas. Nanti kita sambung posting macam mana nak apply teknik SEO ni. Ada dua faktor kita kena layan pasal SEO ni. Satu aspek teknikal, dan yang paling penting adalah good content. Sehingga bertemu lagi dalam posting SEO akan datang.
Dapat manafaat dari posting ni? Sila share kat kawan-kawan.