Share This Article
Bahasa / Language
Kedai Makan dan Restoran Kecil
Bagi kedai makan dan restoran yang kecil, kerja-kerja pengurusan kewangan biasanya dibuat oleh pemilik merangkap pengurusnya. Maklumat kewangan disediakan oleh pemilik bagi tujuan memantau dan membuat keputusan yang berkaitan dengan kedai makan dan restoran mereka.
Proses perakaunan yang kompleks untuk menyediakan penyata kewangan seperti penyediaan penyata kewangan bagi tujuan percukaian seterusnya menyebabkan kepakaran luar diperlukan. Maklumat ini perlu disediakan oleh external accountant yang bertauliah.
Bidang Tugas Pengurusan Kewangan
Keperluan bidang tugas pengurusan kewangan akan turut bertambah jika kedai makan dan restoran kita semakin berkembang. Restoran bertambah maju dengan pertambahan pekerja. Contoh bidang tugas:
- Bookkeeper – menyusun rekod dan dokumen seperti jumlah jam bekerja, invois, data dari sales register atau sistem POS dan lain-lain;
- Accountant – Mereka bentuk (design) dan memantau pengumpulan data dan sumber dokumen (source documents), meringkaskan maklumat kewangan dalam penyata kewangan, membina laporan kepada pengurusan, membuat kordinasi / penyelarasan budget, mengumpul maklumat bagi tujuan cukai dan laporan kepada pihak berkuasa berkaitan (contoh: SSM). Accountant biasanya akan report kepada controller;
- Controller – biasanya kalau syarikat besar dipanggil Chief Accounting Officer / Chief Financial Officer; Boss akauntant la ni kan..
- F&B controller – membina operating & controls reports – penerimaan produk, penyimpanan, pengurusan inventori bagi penyediaan makanan dan lain-lain;
- Internal auditor – menilai kecekapan / effectiveness sistem pengurusan kewangan. Buat audit la senang cerita; dan
- External accountant & external auditor – pihak luar yang boleh memberikan penilaian/pengauditan dan opinion bebas kepada operasi dan kewangan kedai makan dan restoran kita.