Share This Article
Bahasa / Language
Penting untuk siapa?
Perakaunan / pengurusan kewangan ini penting dan meliputi keseluruhan individu yang terlibat dalam industri kedai makan dan restoran:- Tetamu/Pelanggan (guests) – kita boleh pantau kos terlibat untuk melayan pelanggan bagi memastikan kedai makan dan restoran dapat keuntungan. Memahami kedudukan kewangan kedai makan boleh bantu kita buat perancangan terhadap aspek kepuasan pelanggan;
- Pekerja (employees) – kita perlu sediakan kos-kos yang terlibat dengan pekerja seperti gaji, cukai, KWSP, SOCSO dan benefit yang mereka perlu dapat (seperti faedah kesihatan);
- Pembekal/Vendor – kita perlu yakinkan mereka tentang credit-worthiness organisasi bisnes yang dijalankan. Buat mereka percaya!
- Owner/Investor – ini lagi penting apatah lagi jika kita sebagai tuan punya kedai atau pelabur. Maklumat kewangan perlu tepat dan boleh kita perolehi dalam masa yang diperlukan. Kita perlu tahu keseluruhan keadaan kewangan organisasi bisnes bagi tujuan pemantauan dan membuat keputusan. Laporan kewangan diperlukan bagi diserahkan kepada pihak berkaitan (berkaitan SSM, kastam dan LHDN) dan juga bank bagi tujuan membuat pinjaman; dan
- Agensi kerajaan – OK kita ada undang-undang berkaitan. Sediakan laporan kewangan sewajarnya.
Akauntan kan ada?
Mungkin kita ada banyak kerja lain naik buat kan, so kita cakap macam ni: “Tak payah tahu sangat pasal akaun-akaun semua ni, serahkan je kepada akauntan!” Betul tak? Nanti dulu.. baca bawah ni..Untuk apa pengurusan kewangan?
Kita perlu tahu tentang keseluruhan pengurusan kewangan agar:- Tahu maklumat yang berkaitan bagi kawalan (control) kedai makan bagi jangka masa pendek dan panjang;
- Faham tentang laporan kewangan yang disediakan;
- Memperbetulkan keadaan tertentu untuk merperbaiki keuntungan kedai makan; dan
- Membuat keputusan melalui potensi atau impak yang boleh berlaku terhadap bisnes berdasarkan laporan kewangan.