Share This Article
Bahasa / Language
Sebelum kita berkenalan dengan keywords everywhere, ingat lagi tak kita boleh buat keyword research dengan Google. Kaedah yang sama boleh kita gunakan dengan YouTube, Amazon dan Ebay. Online marketplace seperti Shopee dan Lazada pun kita boleh gunakan.
Berdasarkan pengalaman, result SEO paling cepat kalau kita letak kat YouTube. Apa kata buat video, upload ke YouTube dan masukkan keyword SEO dia sekarang. Yang ni nanti rajin pun kene belajar juga 😀
Keywords Everywhere ni apa? Ini merupakan salah satu tool yang boleh kita pasang sebagai add on Chrome dan gunakan untuk buat keyword research. Add on atau plugin ini juga boleh dipasang pada Mozilla Fireforx.
Pasang Keywords Everywhere
Mari kita tengok step-by-step macam mana nak pasang:
(1) Buka website Keywords Everywhere
OK boleh buka https://www.keywordseverywhere.com dan klik “INSTALL FOR CHROME“. Kalau guna Firefox install la untuk Firefox ya..
(2) Pasang Add-on / Chrome Extension
Dah klik nanti dia keluar macam ni:
Klik “Add to Chrome” untuk pasang.
Klik “Add extension” untuk selesai pemasangan.
(3) Masukkan alamat email untuk terima “API Key”
Ha apa lagi, masukkan email address:
Klik butang “EMAIL ME THE API KEY” dan mesej berikut dipaparkan:
(4) Check email untuk dapatkan API key
Klik link dalam email macam di atas, dan API key akan dipaparkan:
Select dan Copy API key kat atas ni.
(5) Mari kita configure Keywords Everywhere
Tengok icon “K” warna merah hitam kat sebelah kanan atas browser Chrome ni. Nampak? Pi klik kat situ. Nanti dia keluar macam ni:
Klik kat menu “Settings” ni..
(7) Masukkan API key
Masukkan API key ni dalam konfigurasi dan tekan “Validate“:
Lain-lain konfigurasi tu kita boleh tengok. Boleh tukar Currency ke RM. Country tu takda pulak Malaysia nak tukar. Tapi tak apa, kita biarkan default settings. Selesailah pemasangan Keywords Everywhere ni.
So macam mana nak guna?
Dah pasang ni, apa lagi mari kita try test. Macam biasa, buka www.google.com dan cari la keyword atau key phrase yang berkaitan. Cuba cari “belajar seo”:
Dan lihatlah hasilnya:
OK scroll lagi ke bawah:
Dan scroll lagi ke bawah sekali…
Apa maklumat yang kita dapat dengan gunakan tool ni?
Kita dapat banyak keyword atau key phrase yang berkaitan. Berapa banyak orang search sebulan.
Maklumat lain termasuklah berapa jumlah atau volume sebulan orang cari dan cost per click (CPC).
CPC ni adalah kos yang Google kenakan kalau kita buat iklan melalui Google Ads. Contoh, kalau kita buat iklan melalui Google Ads dan orang klik, Google akan charge dengan harga tersebut. Google Ads ni kita belajar lain waktu la ya.. Inti utama, lagi tinggi CPC, lagi susah website kita nak keluar kat 3 muka pertama hasil google.
Satu lagi maklumat, yang kita dapat adalah Competition. Persaingan kalau kita gunakan keyword tersebut dengan orang lain. Lagi tinggi competition, lagi susah website kita nak keluar kat muka pertama.
Lepas tu apa nak buat?
So, kita pilihlah keyword sesuai yang lebih murah, dan tidak mempunyai competition yang tinggi. Buat seberapa banyak artikel berdasarkan beberapa keyword yang kita pilih. Satu artikel dengan beberapa keyword yang berkaitan. Since kita pakai plugin WordPress Yoast SEO yang free, buatlah satu artikel atau posting dengan satu keyword yang kita pilih.
Sekian!