Share This Article
Bahasa / Language
Selain dari gunakan suggestion dari search engine Google, kita boleh buat keyword research Google Trends. Ya, kita gunakan Google Trends untuk buat SEO keyword research.
Cari je Google Trends ni atau terus buka alamat https://trends.google.com.
Nanti dia keluar macam ni:
Apa Google Trends ni?
Dia ni salah satu tool yang disediakan oleh Google untuk lihat apa keyword atau key phrase yang selalu di cari melalui Google.
Apa perkataan yang selalu digoogle 😀 Dengan tool ni kita boleh tahu populariti sesuatu keyword mengikut tempoh masa tertentu.
Penggunaan Google Trends Secara Ringkas
Mari kita browse through apa Google Trends ni boleh buat sebelum kita belajar macam mana nak cari keyword yang sesuai.
Pertama, kita perlu pastikan di bahagian mana kat planet bumi ni yang kita nak tau. So, kita klik icon globe kat sebelah kanan atas sekali tu.
Kita pilih negara mana. Dalam kes ni memang lah kita nak tau trend sesuatu keyword di Malaysia. Mari tukar..
Bila dah tukar, kita terus je masukkan apa keyword yang kita nak tahu. Contoh kali ini adalah “baju kurung“:
Kalau kita lihat kat atas ni, Google Trends pun ada bagi suggestion keyword yang berkaitan.
Google Trends Search Result
Sekarang kita search la keyword ni, apa dia keluar? Ni la contoh dia:
Nampak tak trends untuk keyword “baju kurung” ni? Memang ada orang cari rupanya. Secara asal, dia akan keluar populariti keyword ni dalam masa 12 bulan. Kita boleh adjust tempoh masa yang kita nak.
Boleh juga mouse over kat graf. Boleh lihat sedikit informasi poulariti keyword ni:
Contoh kat atas ni, kita ambil puncak tertinggi dalam graf. Populariti paling tinggi adalah pada 19-25 May 2019. Start bulan Januari kita dah nampak dia mula naik. Agak-agak kenapa?
Populariti Keyword & Trends
Kat sini kita boleh nampak trend sesuatu keyword yang digoogle. Dalam kes baju kurung ni, awal tahun lagi orang dah start cari baju raya. Puncak dia 2 minggu sebelum raya.
Lepas raya dah tak ramai orang cari kan? Tapi masih ada juga walau tak berapa banyak orang cari. Bukan tak ada langsung.
Kat Mana Orang dok Google Keyword ni?
OK kita scroll bawah sikit:
Ha kat sini kita boleh nampak kat mana orang cari. Nampaknya keyword “baju kurung” ni satu Malaysia orang cari hehe.
Seidikit tambahan, warna lebih gelap lebih banyak orang google. Boleh mouse over untuk lihat mana yang lebih popular:
Nampak gaya, di pantai timur lebih popular. Di Kelantan dan Terengganu.
Kat sini kita sebenarnya boleh target iklan kita ni nak tumpukan ke mana. Lagi-lagi kalau budget marketing kita ni terhad. Maklumlah belajar berniaga ni bukan terus pandai & untung besar 🙂
Keyword Research Google Trends
So kat mana keyword research Google Trends ni? Mari kita scroll ke bawah lagi… Haa kat sini la tempat dia:
Kat sini kita boleh nampak, keyword yang selalu orang google selain “baju kurung” adalah:
- baju kurung moden 2019
- baju raya 2019
- baju kurung raya 2019
- baju kurung budak 2019
- dan seterusnya.
Ha.. ni la secara ringkas macam mana kita nak buat keyword research dengan Google Trends ni. Nanti content dalam website, Youtube , FB, IG dan lain-lain media sosial kita pakat fokus guna keyword ni. Ni nanti kita sembang lain masa.
Selain dari keyword research google trends ni kita nak buat apa?
Sebagai orang bisnes kita kena lah peka dengan trend semasa. Mari prepare untuk tahun depan dengan “baju kurung moden 2020” dan yang sewaktu dengannya. 2 minggu sebelum raya 2020 kita pulun iklan lebih sikit.
Betul tak?
_______________________
Update #1
Ada tambahan sedikit.. Kita boleh masukkan lebih dari 1 keyword untuk buat perbandingan. Kat ruangan + Add Comparison tu boleh je kita nak tengok keyword mana lagi popular.
NI kalau kita nak tambah lagi keyword nak bandingkan: