Share This Article
Bahasa / Language
Pernah dengar pasal SEO keyword difficulty? Apanya yang susah? OK sebenarnya bukan keyword atau key phrase yang susah, tetapi keyword yang kita pilih akan menyusahkan website kita dapat ranking Google yang baik. Mungkin result google website kita hanya muncul kat bawah page yang kelima!
Kenapa susah nak dapat rank yang baik?
Salah satu sebab adalah persaingan atau competition dari website lain yang lebih popular dan credible. Company yang lebih ternama dah guna SEO lebih lama.
Mereka ada team yang urus website yang profesional. Juga spend lebih banyak RM untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. Lebih banyak orang share content website yang mereka hasilkan.
Jadi kalau kita usahawan yang baru belajar ni mau bersaing dengan mereka dari segi Google SEO ni, jalannya agak panjang.
Macam mana nak tau tentang SEO keyword difficulty?
Dalam ilmu SEO keyword difficulty ni, orang banyak refer ke konsep yang dipanggil long tail keyword. Keyword biasanya dibahagikan kepada head, body and (long) tail. Keyword dengan satu perkataan, 2 atau 3 perkataan, dan seterusnya long tail merujuk kepada 4 atau lebih perkataan:
Dengan konsep ini, competition adalah lebih tinggi dengan head dan body, dan lebih rendah pada long tail keyword. Dari segi CPC juga lebih murah dengan long tail berbanding head dan body.
Analisis keyword dengan Keywords Everywhere
Mari kita analisis konsep long tail keyword ni dengan Keywords Everywhere ni. Tengok langkah-langkah yang boleh kita buat:
(1) Pertama buka Google dan cari “hijab”:
(2) Kemudian klik “Add All Keywords” kat sebelah kanan bawah:
(3) Buka menu Keywords Everywhere kat atas seblah kanan tu:
(4) Pilih menu “My Keywords”
(5) Dan hasilnya macam ni:
Hasil analisis long tail keyword vs head & body
Mari kita lihat balik hasil Keywords Everywhere untuk keyword yang berkaitan dengan “hijab“:
Nampak tak? keyword “hijab” mempunyai kadar carian yang lebih banyak, tetapi competition agak tinggi berbanding “fashion hijab kekinian“. Lagi satu “fashion hijab untuk orang gemuk” mempunyai competition lebih rendah.
Perkara yang sama juga apply untuk CPC masing-masing dengan nilai RM 1.43, RM 0.72 dan RM 0.08.
Jika guna keyword “hijab” saja, kita akan bersaing dengan jenama hijab yang lebih ternama. SEO keyword difficulty adalah lebih tinggi jika kita gunakan head & body, berbanding dengan long tail keyword.
Tengok balik result Google ni, semasa posting ini ditulis di Jakarta, laman pertama hasil Google untuk keyword “hijab” ni semangnya “dikuasai” oleh pengeluar hijab terkemuka di Indonesia seperti Vanilla dan Elzatta:
Jadi, mana yang kita nak pilih sebagai keyword kita ni? Bagi newbie macam saya, adalah digalakkan untuk gunakan long tail keyword. Macam mana pun, body keyword masih boleh digunakan jika persaingan masih tak banyak. Kenapa masih tak banyak? Contohnya content berbahasa melayu masih tak banyak. Jadi masih ada harapan.
Dapat sesuatu dari posting SEO keyword difficulty ini?
________________________________
Nota:
(1) Rujuk posting “Keyword Everywhere” untuk pasang dan guna add on Chrome atau Firefox ni.
(2) Key phrase “fashion hijab untuk orang gemuk” juga berbentuk niche market. Ianya mensasarkan segmen pasaran lebih khusus.