Share This Article
Bahasa / Language
AIDA marketing ni interesting. Kita buat marketing atau pemasaran berdasarkan model AIDA. Model AIDA merujuk kepada proses bagi setiap kelakuan / kognitif pelanggan masa mereka beli sesuatu produk/perkhidmatan. Bermula daripada mereka niat nak beli, sampai selesai pembelian dibuat.
jadi, apa yang pelanggan fikir dan buat untuk pilih dan beli sesuatu produk, kita bantu mereka pada setiap proses dengan kaedah marketing yang bersesuaian dengan proses tersebut.
AIDA ni apa?
Kita ulangkaji balik, AIDA ni terdiri daripada 4 fasa pembelian oleh pelanggan:
- Awareness/Attention – Pelanggan mula sedar kewujudan produk/perkhidmatan dan tertarik nak beli
- Interest – Dah mula minat. Mula ambil tahu tentang produk/perkhidmatan, ciri-ciri, benefit dan sebagainya
- Desire – Lebih dari minat. Betul-betul teringin nak beli. Dah dapat imagine mereka dah beli pun.
- Action – Buat tindakan. Pergi kedai dan beli. Tekan button checkout dan bayar!
AIDA marketing
Nampak tak 4 fasa pembelian melalui model AIDA di atas? Setiap fasa kita bantu dengan kaedah-kaedah AIDA marketing yang bersesuaian. Secara ringkas, kita boleh buat macam ni:
- Awareness/Attention – Kita bina brand awareness untuk perkenalkan produk dan pengeluar produk/perkhidmatan. Kita beri tahu kewujudan kita dan produk yang dipasarkan
- Interest – Menarik minat pengguna dengan highlight ciri-ciri produk, benefit dan kelebihan produk. Maklumat yang diberikan cukup untuk pengguna berminat untuk tahu lebih lanjut tentang produk
- Desire – Bina emotional connection terhadap produk. Orang selalunya membeli berdasarkan faktor emosi. Faktor kehendak. Bukan keperluan sangat pun.
- Action – Beri arahan untuk pengguna buat tindakan. Tak kiralah lah. Suruh beli. Suruh telefon, download brochure, klik link wasap untuk mereka dapat maklumat lanjut. Kita layan dengan teknik close sale. Boleh juga suruh klik link terus ke Shopee & Lazada.
Contoh AIDA Marketing
Kita tengok pulak contoh macam mana kita buat AIDA marketing dengan model AIDA ni. Kali ni kita nak buka cawangan kedai gunting rambut dengan barisan tukang gunting yang berpengalaman. Kita gunakan contoh ni buat marketing pakai facebook jelah untuk buat idea.
- Awareness/Attention – Mula buat Facebook page dan pos tips berkaitan “penguntingan” rambut. Style-style rupabentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy. Boleh buat Facbook Advertising. Pos juga video pendek menarik untuk tarik perhatian. kalau boleh viral lagi cantik.
- Interest – Pos juga di facebook tentang style rupabentuk muka bumi rambut yang terkini dan trendy. Style rambut artis-artis terkemuka kasik orang berminat. Apa je tips yang berkaitan dengan rambut boleh pos. Pos juga apa yang kedai gunting kita boleh buat. Buat mereka minat nak gunting rambut kat kedai kita ni.
- Desire – Kemudian masukan testimoni orang yang dah gunting rambut di cawangan kita yang lain. “Gunting 5 minit dah siap. Tak sakit tengkuk sebab teleng kepala kejap je!” , macam nilah contoh. Kalau ada artis pernah gunting rambut, upload gambar dia! Buat promosi pembukaan. Buat membership. Potong 10 kali free 1x. Yang ni lebih dari minat! Minat nak rambut sama macam artis pujaan ati dia ni.
- Action – Suruh ambil tindakan. Dalam posting ada CTA – Call to Action. Datang sekarang! Telefon sekarang! WhatsApp sekarang! Klik link untuk maklumat lanjut. Klik link untuk nak gunting rambut dan lain-lain.
Penutup
OK tu je. Dari model AIDA, setiap proses pengguna nak buat pembelian, kita bantu pelanggan buat keputusan dengan kaedah marketing yang bersesuaian. Masa mereka fikir nak beli, kita buat marketing untuk tarik perhatian. masa mereka berminat nak beli, kita buat mereka berminat dengan produk keluarkan kita sehinggalah mereka buat pembelian. Dapat sesuatu tentang AIDA marketing ni?
Selamat maju jaya!