Share This Article
Bahasa / Language
Sebelum cerita pasal debit kredit (debits and credits) ni, kita ingat semula pasal jenis asset account, liability account & owners’ equity account:
ASSET ACCOUNT LIABILITY ACCOUNT OWNERS' EQUITY -------+------ -------+------ ------+------- + | - - | + - | +
So apa tu debit kredit? (Debit – Dr. & Kredit (Cr.) ? Debit adalah entry sebelah kiri dan credit di sebelah kanan akaun.
Lepas ni kita guna debit dan kredit banding dengan guna term sebelah kanan dan kiri.
Debit akan tambah jumlah pada akaun tertentu dan mengurangkan pada akaun yang lain. Sama juga konsep kredit ni. Kita tengok jenis-jenis kategori akaun dengan debit kredit ni:
ASSET ACCOUNT LIABILITY ACCOUNT OWNERS' EQUITY -------+------ -------+------ ------+------- + | - - | + - | + Dr. | Cr. Dr. | Cr. Dr. | Cr. REVENUES EXPENSES -------+------ ------+-------- - | + + | - Dr. | Cr. Dr. | Cr.
Kesemua transaksi kewangan perlu direkodkan dengan sekurang-kurangnya 1 debit dan 1 kredit. Jumlah debit dan jumlah kredit hendaklah sama.
Contoh:
Restoran KakYa beli peralatan dapur RM 5,000, down payment RM 1,000 dan hutang RM 4,000.
Perlu ingat lagi ASET = LIABILITI + EKUITI
Jadi untuk rekod akaun, kita perlu Debit RM 5,000 dari furniture account (ASET) dan ia perlu sama dengan jumlah kredit RM 1,000 dari cash account (EKUITI) dan RM 4,000 daripda notes payable (LIABILITI).
Jenis Transaksi Perakaunan Debit Kredit
Ada 9 kemungkinan bagi transaksi perakaunan yang memberi kesan kepada akaun yang utama melalui debit kredit ni:
(1) Tambah aset dan mengurangkan akaun aset lain. Contoh: Beli perabut dengan harga RM 500 (Dr. akaun aset perabut dan Cr. akaun aset cash)
(2) Aset bertambah dan liabiliti juga bertambah. Contoh: Pinjaman RM 1000 dari bank – Dr. cash (aset) & Cr. notes payable (liability). Akaun aset cash bertambah, dan hutang (akaun liabiliti notes payable) juga bertambah.
(3) Asset account dan owner’s equity account kedua-duanya bertambah. Contoh: Owner labur RM1,000 dalam bisnes – Dr. cash account (asset) & Owners’ equity account Cr.
(4) Liability account bertambah dan liability account lain berkurang. (A note is made in exchange for an account payable – hutang kepada supplier – Dr. accounts payable & Cr. notes payable). Bayar hutang pembekal dengan duit hutang. So, hutang kepada pembekal berkurang (account payable Dr.) , tetapi notes payable bertambah – Cr.)
(5) Liabiliti berkurang dan aset bertambah. Contoh: Hutang dibayar (Dr. account payable dan Cr. Cash)
(6) Liability bertambah dan owners’ equity berkurang. Contoh: Syarikat declare dividen. (Dr. Cash, Cr. dividends payable)
(7) Aset dan owners’ equity berkurangan. Contoh: Cash digunakan oleh pemilik (Dr. owners’ capital, Cr. Cash)
(8) Liabiliti berkurang dan owners’ equity bertambah. Contoh: hutang / pendahuluan cash oleh pemilik ditukar menjadi modal. Dr. pendahuluan, Cr. owners’ equity.
(9) Owners’ equity bertambah, mengurangkan owner’s equity yang lain.
Transaksi Debit Kredit
Jadi bagaimana kita nak tau sebelah mana nak rekod transaksi yang berlaku? Seblah kanan atau kiri? Debit atau Kredit? Ada tiga (3) langkah:
(1) Kenal pasti akaun mana yang terlibat (asset, liability atau owner’s equity);
(2) Kenal pasti sama ada debit atau kredit dari/kepada akaun (sebelah kanan atau kiri);
(3) Kenal pasti jumlah amaun yang perlu direkodkan.
Contoh:
Restoran KakYa membeli sistem POS (Point of Sale) berharga RM 5,000, jadi:
(1) Akaun terlibat, kedua-dua adalah kategori asset account: Equipment account dan cash account ;
(2) Debit atau kredit? so tengok balik kategori jenis akaun kat atas tu… Equipment account bertambah, so seblah kiri – debit (Dr.). Cash account akan berkurangan, sebelah kanan – kredit (Cr.).
(3) Jumlah Rm 5,000 perlu didebit pada equipment account, dan dikreditkan pada cash account.
Lepas ni kita tengok pula pasal baki akaun (account balances), kita kenal pasti sama ada baki akaun adalah debit atau kredit. Jumpa lagi di bahagian ke dua.