Share This Article
Bahasa / Language
Ada beberapa jenis akaun bagi merekodkan transaksi perniagaan. Jenis-jenis akaun termasuk:
(1) Akaun Aset
(2) Akaun Liabiliti
(3) Akaun Ekuiti Pemilik
Tiga jenis akaun ini kemudiannya melibatkan pelbagai transaksi yang perlu direkodkan.
Akaun T
Akaun bertujuan untuk merekod pertambahan atau penurunan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Kaedah merekodkan transaksi ini dia namakan “Akaun T“. Orang putih kata “T Account” hehe:
Nama Akaun
---------------+-------------
(Kiri) | (Kanan)
Pertambahan jumlah kepada akaun aset perlu direkodkan sebelah kiri, pengurangan direkodkan sebelah kanan.
Bagi akaun liabiliti dan ekuiti pemilik, pertambahan jumlah sebelah kanan dan pengurangan pada sebelah kiri:
AKAUN ASET AKAUN LIABILITI AKUAN EKUITI PEMILIK -------+------ -------+------ -------+------- Tambah | Kurang Kurang | Tambah Kurang | Tambah + - - + - +
| Warung Terlolap Mato
Mari kita tengok transaksi yang berlaku dengan merujuk posting sebelum ini: (1) Modal memulakan restoran – RM 5000 Jadi T account akan direkodkan macam ni.. Akaun Aset:
Cash
-----------+-----------
(1) 5,000 | (2) 2,100
| (3) 1,000
-----------+-----------
Baki 1,900 |
Pembayaran Sewa
-----------+-----------
(3) 2,100 |
-----------+-----------
Baki 2,100 |
Peralatan Dapur
-----------+-----------
(3) 5,000 |
-----------+-----------
Baki 5,000 |
Liabiliti:
Notes Payable
-----------+-----------
| (3) 4,000
-----------+-----------
| Baki 4,000
Ekuiti:
Modal KakYa
-----------+-----------
| (1) 5,000
-----------+-----------
| Baki 5,000
Nota:
Setiap akaun aset perlu balanced,
( cash 1,900; Sewa 2,100; Peralatan
dapur 5,000 = RM 9,000)
dengan akaun liabiliti + ekuiti
(notes payable 4,000 dan
modal KakYa 5,000 = RM 9,000)
|
Akaun Aset
Dalam jenis akaun aset ni, mari kita tengok transaksi yang terlibat:
- Tunai di tangan (cash on hand) – duit tunai yang ada di tangan, dalam poket (duit perniagaan), petty cash, dan cash register;
- Cash on deposit – duit tunai bisnes di dalam bank. Jika ada beberapa akaun bank dengan tujuan yang berbeza (contoh: satu untuk pembayaran umum dan satu lagi untuk pembayaran gaji), akaun ini perlu dipisahkan;
- Account receivable – merekodkan jumlah hutang yang perlu dibayar oleh pelanggan, sewa, pekerja dan lain-lain);
- Allowance for doubtful accounts – reserve untuk kemungkinan kerugian bila hutang tidak dibayar;
- Inventory – beberapa inventori berbeza seperti penyediaan makanan, minuman, alatan pejabat, alatan pencucian dan barangan lain (contoh: penjualan barangan sampingan);
- Marketable securities – akaun untuk merekodkan pelaburan jangka pendek;
- Prepaid expenses – dah bayar seperti sewa, lesen dan lain-lain;
- Investments – Pelabnuran jangka panjang – stock market, fix deposit, ASB, sijil premium BSN
- Land & Building – pembelian tanah dan bangunan restoran;
- Equipment – alatan yang digunakan di restoran dan kedai makan seperti peti ais, dapur masak, pinggan mangkuk
- Furniture – merekodkan pembelian perabut
- Accumulated depreciation – rekodkan penurunan nilai aset yang ada seperti peralatan dan perabut;
- Deposit – bayaran deposit seperti utiliti air, eletrik dan Internet.
Akaun Liabiliti
Transaksi bagi akaun liabiliti:
- Account payable – akaun bagi merekodkan jumlah perlu dibayar kepada pembekal bahan makanan dan minuman;
- Notes payable (selalunya jangka pendek) – rekodkan hutang kepada penghutang seperti hutang bank atau hutang kawan (kawan pon wajib bayar hutang woi);
- Taxes payable – rekodkan jumlah cukai yang dibayar;
- Accrued expenses – selalunya rekod disediakan bila accounting period hendak ditutup – payroll, utiliti, faedah dan sewa;
- Long-term debt – hutang jangka panjang;
- Dividen – bayar dividen kepada pemilik / pemegang saham.
Akaun Ekuiti
- Akaun modal pemilik – merekodkan net worth pemilik dalam kedai makan dan restoran. Merekodkan modal pemilik yang dilaburkan, ditambah dengan wang masuk dan ditolak dengan wang yang diambil, perbelanjaan operasi dan lain-lain. Jika perkongsian, setiap akaun bagi ekuiti pemilik perlu di pisahkan;
Akauan Pendapatan dan Perbelanjaan
Akaun bagi merekodkan segala pendapatan yang masuk dan perbelanjaan yang dilakukan. Tengok ni:
Pendapatan
|
Perbelanjaan. OK nanti tambah lain..
|

