Share This Article
Bahasa / Language
Teknik copywriting PESTA ni berstruktur dan memang memudahkan kita buat ayat-ayat iklan. Framework teknik copywriting PESTA ni simple. Nak buat apa je ayat iklan boleh guna framework P.E.S.T.A ni:
- ( P ) Problem, apa masalah sebenarnya ni?
- ( E ) Emphasize & Exxaaaggeratee, masalah besar ni. Mushkila kabir.
- ( S ) Solution, ya kita boleh selesaikan masalah ni.
- ( T ) Testimony, apa orang kata.
- ( A ) Action, suruh orang buat apa yang kita nak.
Teknik Copywriting PESTA
Mari kita tengok satu persatu.
(1) Problem
Pertama, tentulah kita perlu kenal siapa pelanggan. Tau demografi mereka. Lelaki ke wanita? Kerja apa, umur berapa dan di mana. Range gaji berapa pun penting juga. Lepas tu, kenapa mereka ni nak beli produk atau perkhidmatan kita. Apa sebenarnya masalah mereka yang boleh diselesaikan dengan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Banyak masalah kan kat dunia ni. Yang pasti, ayatnya ada unsur-unsur macam ni:
“Tak reti..”
“Susah la..”
“Tak cukup..”
“Ada/tak ada..”
“Tak pandai/Susah betul..”
“Tak mampu..”
Tengok juga kesan emosi lain yang kita boleh gunakan kat posting ni: Emotional Marketing
Dengan teknik PESTA ni, kita tukarkan masalah jadi ayat HEADLINE. Dah nama masalah, pasti kita rasa marah, sedih atau pun takut. Buat HEADLINE dengan salah satu daripada perasaan ini. Nak jadikan contoh, jom kita gunakan perkhidmatan Daftar Trademark oleh HURRIYA® Trademark Services (https://daftartrademark.com).
Orang bisnes ramai yang tahu kepentingan daftar trademark atau cap dagangan ni. Nama bisnes, nama produk, logo dan tagline atau apa-apa yang mewakili brand atau tanda perniagaan kena daftar di MyIPO. Tapi ramai yang tak daftar pun.
Kenapa agaknya mereka tak daftar? Mungkin ramai busy buat marketing sampai lupa nak daftar. Nak daftar pulak rasa macam susah. Lagi-lagi tak pernah buat. Kurang maklumat. Tak tau nak mula dari mana. Trademark, copyright dengan patent pun tak boleh beza. Lepas tu tak sure, OK ke tak nama yang kita nak register ni? Lepas ke tak?
Berbalik semula kepada teknik copywriting PESTA ni, mari kita tukar masalah ini jadi HEADLINE. Apa masalah utama? Di sini kita nampak sebenarnya ramai nak daftar. Tapi tak ada masa, lepas tu rasa macam susah gila. Jom kita cuba buat headline. Jangan lupa. Gunakan ayat marah, sedih atau takut. Ni beberapa contoh yang kita boleh guna, berkait dengan masalah pengguna:
“Takut brand bisnes makcik sebelah guna,
tapi susahnya la nak daftar trademark ni”“Makcik jangan guna brand bisnes saya boleh?
Nanti saya saman.”“Sibuk buat bisnes bila masa nak daftar trademark?”
“Jauhnya nak pegi Bangsar. Nak register trademark je pun.”
“Agak-agak tak register trademark ok tak?
Bukan ada orang cilok pun.”
Jangan buat headline panjang-panjang. Kalau iklan di Facebook, pastikan tak lebih daripada 3 baris (line). Polisi baru Facebook ni. Kalau lebih nanti iklan tak approved. Pastikan juga polisi lain Facebook kena ikut. Kalau langgar policy banyak kali boleh kena disable akaun ads.
Boleh ke boleh? Agak-agak mana satu yang lebih sesuai? Mana yang lebih menarik perhatian? Kita pun tak tahu yang mana satu. Ni kena la gunakan teknik split test iklan. Test mana yang lebih dapat sambutan. Teknik split test ni cerita lain pulak ya..
(2) Emphasize / Exaggerate
Sekarang masa kita untuk exaggerate sikit. Kita highlight sunguh-sunguh masalah ni. Kita kena tekankan yang ianya memang masalah. Perbesarkan masalah. Bak kata sifu Rahim, masa untuk “tambah lauk”. Apa ayat kita boleh masukkan untuk perbesarkan masalah pelanggan ni?
Salah satunya, kena bagi tau prospek atau pelanggan kenapa kita MESTI selesaikan masalah tu sekarang. Kalau tak selesai, apa akan jadi? Apa kesan kalau kita tak nak selesaikan masalah. Contohnya, masalah akan jadi lebih besar. Keadaan akan jadi semakin complicated dan memeningkan kepala. Boleh datangkan kerugian. Ini semua bergantung kepada situasi masalah yang kita highlight.
Berbaik semula kepada perkara pendaftaran trademark ni, apa masalah utama kalau tak daftar? Masalah dia ialah kalau tak register nanti sapa-sapa pun boleh guna brand bisnes kita ni. Katakan kita ada jual karipap paling sedap kat dunia. Karipap isi kentang dan daging gebu dan besar.
Kandungan oksigen hanya 0.1 % pula. Tak macam karipap orang lain yang isinya angin 75%.. Ramai yang suka dan repeat order. Fikir punya fikir, bagi nama brand karipap OksijenX. Tiba-tiba jiran taman perumahan sebelah jual karipap nama sama pulak. Dia bubuh nama OksigenX juga. Buat orang confuse. Tak ke haru?
Untuk elak benda macam ni, kita kena daftar la trademark ni. Kalau orang lain guna, boleh suruh orang stop pengunaan cap dagangan milik kita ni. Boleh saman. Kalau tak register, susah nak marah. Lagi teruk kalau dia pi selamba daftar dulu macam nenek dia yang punya. Apa lagi masalah? Nak daftar kena pegi pejabat MyIPO.
Nak pegi jauh. Kena isi borang tu ini. Kena sediakan supporting document. Kena semak nama OksijenX ni ada orang guna ke tak? Sesuai tak untuk kita daftarkan? Yang lagi penting, proses makan masa dengan tempoh yang agak lama. Rasa susah? Rasa banyaknya benda kena tahu…
Nampak tak sebenarnya kalau tak register masalah dia besar. Kalau kita tak emphasize orang mana tau. Orang pandang ringan masalah ni. Mari kita cuba buat ayat exaggerate sikit:
“Sapa tak tau pentingnya daftar trademark ni. Kalau tak daftar sapa-sapa boleh guna. Makcik taman perumahan sebelah dengan selamba je boleh guna. Kita fikir nama brand macam nak pecah kepala, senang-senang je dia buat macam nenek dia punya. Kalau dia register dulu mau gigit jari!”
“Tapi kan, macam mana la nak register ni. Macam susah pulak. Nak kena pegi daftar kat Bangsar. Kena isi borang la pulak. Isk.. Lepas ke nak daftar nama ni? Eh apa beza trademark dengan paten ni ha? Sama ke?”
Macam tu la lebih kurang. Boleh la kut. Mungkin kena praktis lebih lagi ni. Maklumlah.. baru belajar ni :_D.
(3) Solution
Next, kita masukkan penyelesaian kepada masalah besar tadi dengan produk atau perkhidmatan kita. Kita perkenalkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Pastikan ada 3 elemen utama iaitu ciri-ciri produk (FEATURES), kelebihan produk berbanding produk lain (ADVANTAGES) dan apa manafaat produk (BENEFIT).
Macam mana kita nak tulis copywriting untuk part solution ni? Boleh gunakan teknik “so that”:
- Tulis [FEATURES], so that [BENEFIT] ..
- Tulis [ADVANTAGES], so that [BENEFIT] ..
Satu lagi perkara yang penting adalah gunakan ayat TRANSITION. Sebaik-baiknya kita cuba letakkan diri kita jadi pelanggan. Gunakan ayat “empathy” bagi tunjukkan kita faham masalah pelanggan. Tunjuk kita concern atau ambil berat dengan masalah mereka. Contoh ayat:
“Ramai orang ada masalah yang sama..”
“Jangan risau.. “
“Anda amat berharga buat kami..”
Kita sambung gunakan perkhidmatan daftar trademark sebagai contoh. Pertama, apa ciri-ciri perkhidmatan yang di tawarkan? Perkhidmatan ini bantu pelanggan daftar dengan 3 langkah iaitu:
- Analisis, semak dan lakukan carian sama ada cap dagangan sesuai dan boleh didaftarkan
- Dokumentasi dan memfailkan permohonan ke MyIPO
- Pendaftaran dan pewartaan cap dagangan
Apa pula kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan ini? 100% diuruskan semuanya oleh agen trademark berpengalaman.
Apa pula manafaat jika guna perkhidmatan ini? Ease of mind. Usahawan boleh fokus buat jualan tanpa perlu bersusah payah daftarkan sendiri. Dah berjaya daftar, lagi lega. Cap dagangan jadik milik ekslusif usahawan sepenuhnya dan dapat perlindungan undang-undang di Malaysia selama 10 tahun.
Sekarang masa untuk mengayat pelanggan dengan kita buat copywriting bahagian solution ini. Mulakan dengan ayat transition – empathy. Mungkin boleh begini:
“Jangan risau, ramai juga usahawan ramai hilang punca tentang trademark ni. Sebab tu kami nak bantu sungguh-sungguh untuk daftar trademark tuan/cik puan.”
Masukkan ciri-ciri perkhidmatan:
“Kami jadikan urusan pendaftaran lebih mudah dengan hanya 3 langkah sahaja. Pertama, kami pastikan cap dagangan tuan/cik puan benar-benar boleh didaftarkan dengan risiko ditolak adalah sangat kecil.”
“Kedua, kami bantu urusan dokumentasi dan lakukan permohonan pendaftaran ke MyIPO.”
“Ketiga, kami juga bantu untuk uruskan pendaftaran dan terbitkan dalam warta Kerajaan Malaysia. Jika tiada bantahan dari pihak lain.. Tahniah! ”
Masukkan kelebihan perkhidmatan ikut formula “so that”:
“Dengan kepakaran dan pengalaman luas kami bantu usahawan, tiga langkah mudah ini kami uruskan 100% untuk Tuan/Cik Puan.”
Next, kita masukkan pula manafaat. Guna formula “so that” juga:
“Bila dah kami uruskan semuanya, Tuan/Cik Puan boleh fokus buat bisnes. Tak payah pening kepala uruskan pendaftaran sendiri. Bila dah berjaya daftar nanti, cap dagangan ni jadi hak milik ekslusif Tuan/Cik Puan selamanya. Boleh pecut kembangkan bisnes ke tahap lebih tinggi..”
(4) Testimoni
Testimoni membuktikan yang produk atau perkhidmatan yang kita sediakan ni berfungsi seperti yang kita katakan. It works! Boleh masukkan dalam copywriting dalam bentuk ayat. Boleh juga buat dalam bentuk video atau gambar. Screen capture apa testimoni pelanggan sebelum ini daripada Facebook, Instagram, Twitter, WhatsApp dan sebagainya. Perlu ingat juga kalau gunakan Facebook, tensimoni gambar sebelum dan selepas tidak dibenarkan. Contoh, sebelum gamba gumokkk, lepas tu kurusss.
(5) Action
Dalam teknik copywriting PESTA ini, komponen berikutnya adalah Action. Action ni bertujuan untuk suruh pelanggan buat apa yang kita nak. Selalunya kita nak suruh diorang klik link ke WhatsApp atau mana-mana landing page website jualan. Boleh juga klik terus ke link Shopee atau Lazada contohnya. Kebiasaan, link ke WhatsApp untuk kita buat proses close sale berikutnya.
Apa yang perlu ada pada action ini? Ada dua iaitu irresistable offer dan call-to-action (‘CTA’):
- Irresistable offer – buat tawaran yang orang tak akan tolak! Kena ada gabungan tiga (3) perkara yang tawaran hebat (great offer’), scarcity (limited unit, limited edition, limited slots etc.)
- Call-to-action – kita suruh apa pelanggan nak buat.
Bagi daftar trademark, apa irresistable offer yang boleh kita buat? Contohnya jika harga pasaran bagi perkhidmatan daftar trademark adalah RM 3,500 untuk satu kelas pendaftaran, kita bagi diskaun RM 200.
Jika daftar lebih dari satu kelas, potongan lagi RM 500 untuk setiap kelas. Ini namanya great offer. Tak kan kita nak lepaskan peluang ni. Kalau daftar 2 kelas kita dah jimat RM 1,000 dah! Kelas pendaftaran trademark di sini merujuk kepada bidang apa ianya nak didaftarkan seperti makanan, training, marketing dan sebagainya.
Pastikan juga kita masukkan faktor scarcity untuk orang rebut peluang. Offer ini terhad untuk 10 orang pertama. Sah sehingga tarikh 30 Syawal 1441!
Mari kita buat ayat irresistable offer:
“Yuran perkhidmatan daftar trademark biasa untuk satu kelas: RM 3,500”
“Tetapi sempena perayaan Aidilfitri tahun ni kami nak buat promosi:
-
Pedaftaran untuk satu kelas RM 3,300, diskaun RM 200!
-
Pendaftaran untuk lebih dari satu kelas RM 3,000 untuk setiap kelas. Daftar 2 kelas jimat RM 1,000. Wow!
-
Terhad untuk 10 pelanggan pertama sahaja.
-
Promosi sah sehingga 30 Syawal 1441 jam 11:59 malam.
Ayat copywriting call-to-action:
“Jika dah tak sabar untuk dapat ketenangan berbisnes dari kerisauan brand orang lain guna, klik link di bawah untuk bantuan pendaftaran trademark SEKARANG:”
Penutup
Sekarang kita dah ada kelima-lima komponen framework Teknik Copywriting PESTA ni. Ada Problem, Emphasize/Exaggerate, Solution, Testimoni dan Action. Mari kita gabung semua sekali.
|
Inilah serba sedikit copywriting tentang perkhidmatan daftar trademark dengan menggunakan teknik PESTA. Mungkin kena review dan pendekkan sikit. Atau buat lebih ringkas dan kita split test dua-dua jenis copywriting panjang-pendek ni tengok mana orang suka. Maklumlah ada orang yang tak suka baca panjang-panjang. Ada pulak yang suka cari maklumat yang lebih detail dan lengkap.
Nak tau lebih lanjut kena berguru dengan sifu Rahim Ibrahim. Dia dah guna teknik ni betahun-tahun dan berpengalaman dengan macam-macam produk dan bisnes. Tengok je dia boleh komen dan beri cadangan ayat yang lebih sesuai.
Moga dapat sesuatu dari posting ini. Sila SHARE untuk lebih ramai orang dapat manafaat. Selamat maju jaya!