Share This Article
Bahasa / Language
Pernah dengar tentang millennial disruption? Kalau sebelum ni kita selalu dengar tentang digital disruption, kali ni apa kata kita bincang tentang millennial disruption pulak. Ni pun salah satu perkara yang boleh menganggu gugat perjalanan bisnes. Lebih perit, boleh membunuh bisnes. Salah satu bentuk disruption ni je dah sangat mencabar. Hakikatnya, kita kini bertembung dengan kedua-dua perkara ini serentak. Double trouble!
Sebab tulah kita kena tahu dan faham kedua-dua bentuk disruption ni. Kita kena faham dan bersedia untuk menghadapi kedua-dua jenis disruption ni. Kita boleh ambil keputusan untuk elak atau pun buat perkara tertentu untuk minimumkan risiko. Kita juga boleh buat sesuatu untuk hadap cabaran-caraban bisnes masa kini.
Generasi Millenial
Posting kali ni akan sentuh serba sedikit tentang millenial disruption. Jadi, kita perlu kenal siapa yang dimaksudkan generasi millennial. Mana datang label tentang generasi ni? Ada Gen-X, Ada Gen-Y, Millennial dan apa lagi?
OK, label generasi ni wujud sejak Perang Dunia ke-2. Ahli ekonomi, bisnes dan pembuat dasar di Amerika Syarikat pada asasnya buat kajian terhadap demografi penduduk. Mereka buat kajian statistik terhadap populiasi penduduk seperti kadar kelahiran, kematian, pendapatan dan sebagainya.
Hasilnya wujudlah label generasi yang digunakan sampai hari ini. Di Malaysia, survey tentang demografi ni ni kerja Jabatan Perangkaan Malaysia. Macam-macam maklumat ada dalam tu.
Jadi apa generasi yang ada? Tengok kat bawah ni. Ada 2 generasi wujud sebelum generasi Millennial ni:
- The Baby Boomers – Generasi lahir di antara tahun 1946 hingga 1964. Diberi gelaran Baby Boomers kerana kadar kelahiran tinggi selepas perang. Kenapa tinggi? Penduduk US pada masa itu merancang untuk dapatkan anak hanya selepas perang. Hasilnya, kadar kelahiran baru adalah 3-4 juta pada setiap tahun.
- Gen-X – Generasi lahir di antara tahun 1965 hingga tahun 1980. Dipangail Gen-X kerama generasi ini “resist to being defined”, iaitu apa yang dikatakan sebagai variable “x” berbanding pemboleh ubah atau pun faktor lain. Baca artikel ni untuk info lanjut lah ya.. Jumlah Gen-X ni kurang sikit lah kalau nak banding dengan Baby Boomers ni.
Lepas Gen-X ni, generasi Millennial pula. Topik perbincangan utama posting ni. Generasi Millenial ni adalah generasi lahir antara tahun 1980 hingga tahun 1995. Juga dipanggil sebagai Gen-Y. Kenapa Y? Lepas X kan Y. Simple. Lepas generasi millenial ni, wujud pula Gen-Z, generasi yang lahir selepas tahun 2000.
Berbalik kepada Gen-Y ni, siapa generasi Millenial? Mereka ni terdiri daripada lebih kurang 2.3 billion (data jangkaan 2018). Kira-kira 32% dari populasi dunia pada tahun 2018 tu lah ya. Pada tahun 2025, generasi ini dijangka membekalkan 75% daripada tenaga kerja pasa tahun tersebut.
Kenapa Gen-Y Lain Macam?
Ada banyak sebab. Perubahan zaman memperlihatkan bagaimana sosio ekonomi dan situasi geopolitik berubah. Generasi millennial ini membesar di masa permulaan runtuhnya Tembok Berlin. Kemudian serangan 11 September di US yang memulakan apa yang dipanggil sebagai “War Against Terrorism”.
Bermula tahun 2008 pula dilanda krisis ekonomi yang memberi kesan di seluruh dunia. Akibatnya, generasi menghadapi kesukaran untuk mula bekerja dan masuk ke pasaran professional. Generasi ini juga menghadapi masalah dengan hutang pelajaran yang tinggi.
Dari sisi lain pula, teknologi digital mula berkembang pada awal tahun 1990-an dengan kadar yang sangat pantas. Banyak syarikat berasaskan teknologi digital, atau lebih dikenali sebagai “digital natives” turut tumbuh subur. Generasi ini kemudian terdedah kepada media sosial yang berikan mereka access kepada dunia kreativiti yang lebih tinggi. Berikan generasi ini untuk mengekspresi diri dengan lebih jauh dan confident. Mudah untuk expose diri tanpa ada batas geografi tertentu.
Tahap pendidikan Gen-Y ini juga lebih baik berbanding generasi-generasi sebelumnya. Data OECD tahun 2016 umpamanya menyatakan, lebih 23% daripada generasi millennial ini mempunyai kelulusan bachelor degree, dan 40 peratus masih dalam pengajian. Jadi, tahun 2021 ni, merekalah yang membekalkan tenaga pekerjaan dengan jumlah yang besar di seluruh dunia. Jangkaan tahun 2025, mereka merupakan 75% daripada keseluruhan tenaga kerja pada tahun tersebut. Tak lama, 4 tahun je lagi!
Kenapa perlu faham tentang mereka?
Berbalik kepada Gen-Y ni, siapa generasi Millennial? Mereka ni terdiri daripada lebih kurang 2.3 billion (data jangkaan 2018). Kira-kira 32% dari populasi dunia pada tahun 2018 tu lah ya. Pada tahun 2025, generasi ini dijangka membekalkan 75% daripada tenaga kerja seperti yang telah kita sentuh tadi. Bilangan generasi millennial ini juga lebih ramai kalau nak banding dengan Baby Boomer.
Sebagai orang bisnes, kenapa kita kena faham tentang mereka? Pertama, tentulah mereka merupakan sebahagian besar dari penduduk dunia. Keduanya, bisnes perlukan pekerja. Mereka ini akan menyumbang juga dengan jumlah yang sangat besar tenaga kerja pada hari ini.
Dan ketiga, mereka mempunyai pendidikan yang baik berbanding Gen-X dan Baby Boomer. Jadi berkemungkinan besar, tahap pekerjaan adalah lebih baik. Ada di antara mereka juga mempunyai bisnes sendiri. Tahap ekonomi lebih baik. Purchasing power juga tinggi.
Lebih ramai. Lebih berpendidikan. Tahap ekonomi lebih baik. Purchasing power yang tinggi!
Mereka pencetus Millenial Disruption
Pro, Lebih ramai. Lebih berpendidikan. Tahap ekonomi lebih baik. Purchasing power yang tinggi!
Tapi ada cons juga. Kerana mereka ni lain macam gayanya, wujudlah apa yang dipanggil millennial disruption.
Ini terjadi kerana keadaan semasa yang dialami oleh generasi ini semasa membesar menyebabkan cara berfikir mereka berubah. Cara mereka berbeza dengan generasi sebelumnya. Cita rasa atau preference juga tak sama. Perbezaan yang sangat extreme.
Ini boleh membunuh bisnes yang tidak sensitif kepada generasi millennial ini. Bisnes yang statik dan tidak mengikuti cara berfikir, cita rasa mahupun preference generasi millenial ini akan terima kesan yang besar. Kalau pun tidak terbunuh, pasti terganggu atau tergugat dengan perilaku generasi yang bersifat disruptive ini.
Digital Disruption vs Millenial Dirsuption
Kedua-duanya agak berbeza. Digital disruption, menganggu bisnes lama dengan model bisnes baru digital yang akibatkan model bisnes lama kurang atau tak relvan. Millennial disruption pula mengganggu dan boleh membunuh model bisnes lama yang menyebabkan value proposition mereka tidak lagi relevan.
Dari segi teori ekonomi, digital disruption menganggu sisi supply. Generasi millennial pula sangat mempengaruhi dan memberi kesan besar pada sisi demand.
Ya agak berbeza, tapi kesannya sama. Menganggu perjalanan bisnes dan kesannya boleh jadi agak fatal dalam masa panjang. Bisnes yang statik, tidak sensitif kepada kedua-dua business disruption lambat laun boleh terkubur. Ini kita tak cover lagi tentang pandemic disruption kan?
3 Contoh & Kesan Millenial Disruption
Kita belum pun menjengah tahun 2025. Tapi dah banyak contoh millennial disruption ini di depan mata. Mari kita layan beberapa situasi bisnes yang suda mula terkesan dengan ‘gangguan’ daripada generasi ini:
(1) Sarapan Bjiirin / Cereal
Industri sarapan dengan cereal sedang menghadapan masalah. Pasaran USD 9 bilion ini telah menunjukkan penurunan sebanyak 17% sejak 1 dekad lepas. Kenapa? Generasi millenial kata, cereal ini lebih sesuai untuk dijadikan makanan ringan (snack) berbanding untuk sarapan. Hasil kajian menunjukkan 82% generasi ini bersetuju dengan fakta ini.
(2) Department Stores
Kalau dulu shopping baju pasti ke sini. Pada hari ini, millenial lebih prefer untuk shopping secara online. Ok ni nampak macam digital disruption kan? Ia gabungan keduanya. Sisi supply sediakan perkara yang lebih mudah dan accessible. Dari segi demand pula generasi ini lebih suka membeli secara online. Kalau pernah dengar, Parkson dah tutup operasi mereka di Maju Junction, Suria KLCC dan di My Town, Cheras. Outlet di Holiday Plaza, Johor Bahru juga tidak dapat bertahan walau pun telah beroperasi selama 35 tahun!
(3) Motorsikal
Generasi millennial dikatakan kurang berminat untuk memiliki motorsikal. Lebih spesifik, motorsikal dengan konsep easy rider. Motorsikal dengan jenama Harley Davidson contohnya tidak lagi menjadi pilihan. Motorsikal dengan saiz yang kecil sederhana lebih diminati berbanding dengan jenama Harley ini.
Apa barang nak naik motor macam atuk aku kan…
Antara maklumat yang dikumpul di media sosial, generasi millennial berpendapat, mereka kurang suka motorsikal kerana:
- Panas, tak ada ekon. Baik naik kereta.
- Tak boleh guna handphone semasa menunggang motorsikal
- Tak boleh makan semasa menunggang motorsikal tak macam kereta.
- Tak suka ada serangga terlanggar muka
Nampak tak?
Kesan cita rasa berbeza generasi ini, harga saham Harley merundum sebanyak 20% pada tahun 2018!
Ok, ini adalah 3 contoh disruption yang wujud oleh generasi millenial . Nanti kita share satu persatu. Banyak sebenarnya bisnes pelbagai industri yang terkesan dan terbunuh akibat perkara ini. Kita kena aware tentang perkara ini, faham, adapt dan bertindak untuk kurangkan risiko dan seterusnya mengatasi cabaran hebat ini. Sehingga berjumpa lagi dalam posting lain & selamat maju jaya!