Analisis BMC Agoda
Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan Expedia, kelebihan daya saing, risiko serta cadangan strategik untuk 2026.
Analisis BMC FedEx
Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC Quipper
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan Pahamify, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Business Model Canvas

BMC Key Resources / Sumber Perniagaan

BMC Key Resources (sumber utama) merujuk kepada  aset penting atau sumber yang diperlukan untuk memastikan aktiviti bisnes  boleh berjalan. Sumber ini membolehkan entiti perniagaan untuk membina dan menawarkan nilai (value proposition), mensasarkan pasaran kepada segmen pelanggan dan seterusnya menjana pendapatan (earn revenue). Dalam Business Model Canvas, key resources boleh jadi perkara-perkara dalam bentuk fizikal, kewangan, sumber intelek dan juga sumber manusia.

BMC Key Resources (sumber utama) merujuk kepada  aset penting atau sumber yang diperlukan untuk memastikan aktiviti bisnes  boleh berjalan.

Sumber ini membolehkan entiti perniagaan untuk membina dan menawarkan nilai (value proposition), mensasarkan pasaran kepada segmen pelanggan dan seterusnya menjana pendapatan (earn revenue).

Dalam Business Model Canvas, key resources boleh jadi perkara-perkara dalam bentuk fizikal, kewangan, sumber intelek dan juga sumber manusia.

(1) Fizikal

Kategori key resources jenis ini termasuk aset fizikal seperti peralatan atau fasiliti pembuatan produk, bangunan, kenderaan, mesen, komputer, sistem, sistem point-of-sale dan rangkaian pengedaran.

Contoh ringkas untuk kedai runcit, kita perlukan:

  • bangunan untuk buka kedai runcit;
  • rak untuk susun barang jualan;
  • pelbagai barang jualan yang diperolehi dari pelbagai pembekal;
  • peralatan eletrik seperti lampu dan kipas
  • sistem point of sale bagi merekod jualan
  • dan lain-lain lagi.

(2) Sumber Intelek

Sumber intelek adalah seperti jenama, pengetahuan, paten dan hak cipta (copyright).  Sumber intelek seperti ini juga lebih dikenali sebagai harta intelek. Database pelanggan juga termasuk dalam kategori sumber intelek.

Tengok je macam-macam jenama terkenal dengan brand mereka.  Sebut je pun orang dah tau macam mana kualitinya.

Contoh ringkas untuk restoran makan segera KFC, bayaran program francais mereka termasuklah lesen kebenaran penggunaan jenama KFC.

(3) Sumber Manusia

Dalam BMC key resources, setiap perniagaan wajib memerlukan sumber manusia.  Ia penting lebih-lebih dalam model bisnes  bagi industri knowledge-intensive dan juga kreatif.  Contohnya, perniagaan yang memerlukan pakar runding atau consultant dan juga saintis bagi industri farmaseutikal.

Begitu juga dengan sektor guaman dan kesihatan.  Key resources kategori ini memerlukan sumber manusia untuk perniagaan dijalankan.

Ni nak bagi contoh macam mana? Kedai makan perlukan tukang masak, tukang jaga kaunter dan pelayan untuk ambil order pelanggan.

(4) Kewangan (Financial)

Key resources bagi kategori ini? Wang tunai.  Macam mana nak dapat wang tunai? Gunakan duit sendiri, boleh buat pinjaman (kawan atau bank), financial guarantee dan juga stock option.  Boleh juga dapatkan sumber kewangan dengan konsep koperasi di mana ahli melaburkan wang dengan harga unit tertentu.  Pernah dengar tengang Bursa Malaysia? Ini juga salah satu untuk dapat sumber kewangan dengan buat proses listing di bursa atau pasaran saham.

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC Agoda

Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan… Read More

September 15, 2026

Analisis BMC FedEx

Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL,… Read More

September 3, 2026

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026