Analisis BMC Agoda
Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan Expedia, kelebihan daya saing, risiko serta cadangan strategik untuk 2026.
Analisis BMC FedEx
Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC Quipper
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan Pahamify, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Business Model Canvas

BMC Key Activities / Aktiviti Bisnes

  Building block Business Model Canvas berikutnya iaitu  BMC Key Activities pula menerangkan apa bendanya yang entiti perniagaan perlu buat untuk memastikan model bisnes mereka berjaya. Entiti perniagaan mesti melakukan beberapa aktiviti penting ini untuk membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.  

  Building block Business Model Canvas berikutnya iaitu  BMC Key Activities pula menerangkan apa bendanya yang entiti perniagaan perlu buat untuk memastikan model bisnes mereka berjaya. Entiti perniagaan mesti melakukan beberapa aktiviti penting ini untuk membolehkan perniagaan berjalan dengan lancar.  Sama macam key resources, key activities ini diperlukan untuk membina tawaran nilai, membina dan menyokong perhubungan dengan pelanggan, dan seterusnya jana pendapatan (revenue). Key activities ini bergantung kepada jenis model bisnes yang dirancang.  Sebagai contoh:

  • Key activities bagi Microsoft adalah pembangunan sistem atau perisian (software development)
  • Dell pula dengan peniagaan menjual peralatan komputer pula memerlukan pengurusan supply chain (termasuklah pembuatan peralatan komputer)
  • McKinsey yang terkenal dalam bidang pakar runding (consultancy) dengan key activities utamanya adalah menyelesaikan masalah (problem solving).

Kategori BMC Key Activities

Ianya boleh dikategorikan kepada tiga (‘3’) jenis kat bawah ni:

(1) Produksi (Production)

Aktiviti berkaitan dengan mereka bentuk (design), membuat dan menyampaikan produk dalam jumlah yang banyak dengan kualiti yang tinggi. Aktiviti produksi ini biasanya mendominasi model perniagaan bagi industi pembuatan dan perkilangan. Contoh paling mudah, aktiviti utama restoran masakan tomyam adalah menyediakan makanan yang dipesan oleh pelanggan.  Kedai jual santan, aktiviti utama adalah memarut dan memerah kelapa untuk menghasilkan santan.

 (2) Menyelasaikan Masalah (Problem Solving)

Key activities bagi jenis ini biasanya bertujuan untuk menyelesaikan masalah spesifik kepada setiap pelanggan.  Ia juga bertujuan untuk membina penyelesaian masalah yang baru (‘new solutions‘) kepada pelanggan mereka. Biasanya merujuk kepada model bisnes bagi perkhidmatan consultancy dan BMC key activities utama memerlukan kepada pengurusan knowledge (knowledge management) dan latihan berterusan kepada staff syarikat. jauh sangat kan consultancy ni, ok kita bagi contoh senang nak faham.  Kedai tayar pasti sediakan perkhidmatan menukar tayar yang telah haus, buat balancing, tampar tayar bocor dan sebagainya.  Selasai masalah tayar kereta kita tu.

(3) Platform / Network

Platform boleh merujuk kepada rangkaian, match making platform, software dan juga brand.  Contoh mudah bagi kategori ini adalah eBay yang membina, mengekal dan menyengara laman web mereka sebagai platform perniagaan. Bagi Microsoft pula, perisian Microsoft Windows adalah platform mereka dan model bisnes Microsoft memerlukan pengurusan perhubungan dengan syarikat lain yang membina perisian berdasarkan sistem pengoperasi ini. Bagi pengeluar kad kredit Visa pula, key activities mereka lebih kepada menyediakan rangkaian rangkaian yang membolehkan transaksi kad kredit boleh dilaksanakan antara pengguna, merchant, bank dan pihak mereka sendiri. Contoh paling dekat di hati buat masa ni? Platform FoodPanda dan GrabFood.  Sediakan platform untuk kedai makan, rider dan pelanggan untuk berurusniaga.  Pesan guna aplikasi, kedai makan terima tempahan dan sediakan makanan, rider pun datang untuk ambil dan hantar kepada pengguna.  Lapar tapi malas nak keluar rumah? Tekan-tekan aplikasi nanti ada orang hantar sampai depan pintu 🙂

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC Agoda

Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan… Read More

September 15, 2026

Analisis BMC FedEx

Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL,… Read More

September 3, 2026

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026