Analisis BMC Agoda
Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan Expedia, kelebihan daya saing, risiko serta cadangan strategik untuk 2026.
Analisis BMC FedEx
Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC Quipper
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan Pahamify, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Business Model Canvas

BMC Key Partners / Rakan Niaga

Key partners  merujuk kepada rakan niaga dalam menjalankan perniagaan.  Ia termasuklah rakan kongsi (partner), rangkaian pembekal (suppliers) dan juga pihak ketiga yang kita perlu berurusan dengan kerap dalam bisnes.  Rakan niaga ini penting dalam menjalankan aktiviti bisnes.

Posting kali ini akan menyentuh tentang BMC Key Partners, antara blok utama Business Model Canvas.   Key partners  merujuk kepada rakan niaga dalam menjalankan perniagaan.  Ia termasuklah rakan kongsi (partner), rangkaian pembekal (suppliers) dan juga pihak ketiga yang kita perlu berurusan dengan kerap dalam bisnes.  Rakan niaga ini penting dalam menjalankan aktiviti bisnes.

Jenis-jenis BMC key partners

Empat jenis key partners:
  1.  Pakatan strategik (strategic alliances) antara entiti perniagaan yang merupakan bukan persaing antara satu sama lain.  Contoh, Telekom Malaysia bekerjasama dengan Huawei untuk menyokong perkhidmatan UniFi.  Antara nya, TM penyedia infrastruktur broadband dan Huawei pula bekalkan peralatan router dan WiFi di rumah.
  2.  Kerjasama strategik di antara pesaing.  Contoh: Malaysia Airlines berkerjasama dengan Emirates dengan berkongsi kod penerbangan dan trafik.
  3. Joint venture (JV) untuk membina perniagaan baru.  Contoh: Kerjasama antara Mazda Corporation, syarikat internasional dengan Bermaz Motor Sdn Bhd di Malaysia.  Kedua syarikat ni mewujudkan syarikat baru Mazda Malaysia sdn Bhd bagi memasarkan kereta Mazda.
  4. Perhubungan di antara pembeli (pemilik bisnes) dan pembekal untuk menjamin kecukupan bekalan.  Ni BMC key partners yang paling simple.  Nak jual barangan kena beli dari pembekal terlebih dulu.  Restoran dengan pembekar di pasar, kedai runcit dengan pemborong dan sebagainya.

Kenapa perlu kepada partners?

Kenapa kita perlukan rakan kongsi dan pembekal ini?  Dah tentulah kita ni tak boleh buat semua benda dalam menjalankan perniagaan. Antaranya kita boleh membina pakatan bagi mengoptimumkan perniagaan, mengurangkan risiko dan mendapatkan lebih sumber bisnes dengan kos yang lebih menguntungkan.

(1) Pengoptimum dan economy of scale

Perkara paling utama adalah mengoptimumkan perniagaan yang dijalankan.   Partners yang paling asal pula adalah sebagai pembeli dan pembekal. Contoh mudah,  gerai makanan membeli mee kuning untuk dijadikan mee goreng.  Mereka tidak perlu membeli tepung dah bahan lain untuk membuat mee kuning tersebut dan seterusnya menyediakan mee goreng yang sedap untuk pelanggan. Bagi konsep economy of scale pula, bila pengilang mee kuning mengeluarkannya dengan lebih banyak untuk lebih banyak kedai makanan, kos mee kuning tersebut akan jadi lebih rendah.

(2) Mengurangkan risiko dan ketidak tentuan

Partnerships juga boleh mengurangkan risiko dalam persekitaran yang begitu kompetetif.  Contoh di sini merujuk kepada teknologi Blu-ray bagi membolehkan video disimpan dengan kualiti lebih tinggi. Pelbagai syarikat elektornik dan pengeluar komputer bekerjasama untuk membina standard atau piawaian yang perlu gunakan bagi teknologi Blu-ray ini.  Mereka bekerjasama dalam membangunkan piawaian, dan dalam masa yang sama bersaing untuk menjual produk Blu-ray mereka. Kerjasa ini membolehkan ketidak tentuan dapat dielakkan jika mereka menggunakan standard yang berlainan.  Bagaimana jika teknologi yang mereka keluarkan tidak digemari kerana orang lebih mengemari Blu-ray yang lebih meluas digunakan?

(3) Mendapatkan sumber 

Hanya sedikit entiti perniagaan yang mempunyai sumber mereka yang tersendiri.  Oleh itu, ianya boleh didapati melalui entiti perniagaan yang lain.  Ini adalah tujuan utama konsep BMC key partners ini. Contoh, pengeluar smartphone seperti Samsung memerlukan chip daripada Qualcomm.  Sistem pengoperasian Android pula dibangunkan oleh Google berasaskan sumber terbuka Linux. Rujukan:
  1. Samsung Said to Be Exclusive Manufacturer for Qualcomm’s New Snapdragon Chip

  2. Android Operating System
 
Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC Agoda

Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan… Read More

September 15, 2026

Analisis BMC FedEx

Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL,… Read More

September 3, 2026

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026