Share This Article
Bahasa / Language
Adakah blog masih relevan pada tahun 2021 ni? Ni persoalannya.
OK kita tengok kebelakang sikit.
Masih ingat tentang Blogspot? Sejak diambil alih oleh Google pada tahun 2002, media blog jadi perhatian ramai. Ramai blogger baru dan pelbagai platform blog mula dapat perhatian. Terdapat pelbagai informasi disalurkan melalui platform ini. Daripada berkongsi kisah harian, hiburan, gosip artis hinggalah kepada informasi lebih bersifat ilmiah.
Terdapat pelbagai content blog kemudian diterbitkan menjadi buku dan dipasarkan di negara ini. Contohnya, buku Saiful Nang, “Kisah Orang Menang“, merupakan isi kandungan blog yang telah ditulis beliau.
Tarik Trafik
Platform blog ini merupakan strategi berkesan untuk membawa audiens ke sesuatu website. Dengan sajian pelbagai informasi yang menarik, mereka kemudian mengumpul puluhan ribu follower dan pembaca ke blog setiap hari. Dengan trafik yang tinggi ini, proses monitize dilakukan untuk menjana pendapatan. Proses menukar trafik pelawat yang tinggi untuk jana pendapatan.
Proses ini membolehkan platform pengiklanan pihak ketiga (third party adversting) boleh diintegrasikan ke blog. Pendapatan diperolehi bila iklan-iklan yang dipaparkan dalam bentuk banner mendapat klik pembaca. Contoh, platform Nuffnang dan Google AdSense.
Blogger yang meningkat terkenal kemudian memerima perhatian pelbagai syarikat besar untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan masing-masing. Banyak syarikat juga bekerjasama dengan blogger jika mereka mahu memperkenalkan produk baru kepada pasaran. Dijemput semasa pelancaran dan diberikan produk secara percuma untuk mereka buat review.
Persoalannya.. adakah blog masih relevan untuk tarik trafik pembaca ke blog pada hari ini? Kalau tidak, kenapa? OK di sinilah isu tentang business disruption timbul. Platform blog sememangnya terkesan dengan ancaman digital disruption. Pada masa yang sama, cita rasa pengguna juga berubah. Lagi-lagi generasi millenial. Bentuk yang kita panggil millennial disruption.
Digital Disruption
Pertama, kita hari ini berhadapan dengan apa yang dipanggil digital disruption. Gangguan kemunculan pelbagai teknologi digital terhadap cara yang lebih tradisional. Gangguan terhadap model bisnes sedia ada kerana teknologi digital boleh mengambil alih peranan lama dengan kaedah baru.
Walaupun blogging ni juga bersifat digital, ia terkesan dengan kemunculan pelbagai teknologi sosial media lain. Kemunculan Facebook umpamanya hampir-hampir membunuh platform blog ini. Apatah lagi dengan adanya Instagram dan YouTube. Kemudian, TikTok pula jadi pilihan.
Aplikasi sembang seperti WhatsApp, WeChat, Telegram, Signal dan pelbagai lagi juga dijadikan tempat sebaran informasi dan maklumat.
Pelbagai teknologi sosial media ini berikan banyak pilihan.
Millennial Disruption
Kalau kita lihat digital disruption berlaku kepada supply, millennial disruption pula berlaku kepada demand. Cita rasa terhadap platform blogging turut berubah. Kalau dulu blogging, generasi millennial lebih suka video blogging. Dari blogger menjadi vlogger. Content berbentuk video kini lebih datangkan banyak trafik. Sebab itu platform macam YouTube & TikTok kini jadi pilihan pengguna. YouTuber mahupun TikTokers kini boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Survey lama oleh Cisco jangkakan pada tahun 2021 ini, 82% trafik Internet adalah berbentuk video. sekarang dah tahun 2021, betul tak? Hasil surver Cisco ini:
- Millennial dua kali lebih banyak gunakan visual communication berbanding baby Boomers;
- Lebih 60% millennial kata, mereka lebih cepat faham sesuatu maklumat jika guna komunikasi visual;
- 58% generasi millennial kata, mereka lebih ingat jika guna komunikasi visual;
Bagi generasi ini, menghasilkan content berbentuk video bukan sesuatu yang susah kerana terdapat banyak aplikasi boleh digunakan. Aplikasi ini pula mudah didapati di Google Play & Mahupun App Store.
Jadi Adakah Blog Masih Relevan?
Walaupun blog lebih identic dengan Gen-X, jawapan kepada sama ada blog masih relevan adalah Ya!
Mengikut statistik, 409 juta pengguna Internet masih membaca lebih 20 bilion muka surat hasil penulisan di blog. Billangan blogger juga bertambah 12 % sejak 5 tahun kebelakangan ini. Blog hiburan seperti OhBulan dan Beautifulnara nampaknya juga masih aktif.
Berbanding dengan media sosial lain, blog:
- Lebih sesuai untuk mengulas atau berkongsi sesuatu topik dengan baik dan jelas. Blog ada lebih banyak ruang untuk digunakan. Lihat Facebook, tak banyak ruang untuk kita tulis panjang-panjang. Media sosial lain seperti Instagram & Twitter pula memang tak di design untuk tulis panjang-panjang.
- Penulisan di blog adalah lebih tersusun banding dengan di media sosial. Boleh letak heading, mudah untuk susuan kategori, dan lebih mudah untuk kita buat carian. Mudah untuk search. Contoh, content di media sosial lain selalunya kita baca yang terkini je. Nak cari yang lama-lama walau pun boleh search, agak sukar nak jumpa.
- Lebih mesra SEO dan bersifat evergreen. Google search engine suka kepada content bertulis. Jadi senang nak jumpa. Betul, YouTube juga mesra SEO, tapi ia bergantung kepada description video kita.
- Blog kita adalah milik kita. Lagi-lagi kalau kita host sendiri blog. Kandungan media sosial lain tertakluk kepada terma dan syarat yang sentiada berubah-ubah. Blog kita, kita boleh tentukan sendiri apa kandungannya dan apa syaratnya.
Apa kita nak buat?
Ya blog masih relevan. Tapi tak bermaksud kita perlu statik dan tak berubah. Kita bukan pokok.
Kita tau ada digital disruption, kita juga hadap cita rasa pengguna terutamanaya generasi millennial. Mereka lebih selesa dengan komunikasi visual. Gambar dan video lebih engaging kepada mereka. Oleh itu, content kita perlu ada banyak gambar dan video. Kita perlu integrasikan pelbagai teknologi media sosial lain ke dalam penulisan blog.
Contohnya, pembahasan topik tentang sesuatu perkara dalam penulisan blog, perlu kita ulas dalam bentuk video. Boleh rakam video, upload ke YouTube dan masukkan dalam blog. Kita juga perlukan infografik dalam blog. Kalau kita baca komen-komen penulisan yang agak panjang dalam Facebook, ada je yang suruh lukis kan?
Dan paling penting? Kualiti terhadap content adalah penentu sama ada blog masih relvean atau pun tidak.
1 Comment
Kathaleen
Very nice post. I certainly appreciate this site.
Stick with it!