Share This Article
Bahasa / Language
Kali ni kita nak cerita pasal On-Page vs Off-Page SEO. Apa tu On-Page SEO? OK ni apa yang dah kita buat sebelum ni. Segala apa yang kita usahakan di website kita untuk jadikan ianya search engine friendly, kita panggil sebagai on-page SEO.
On-Page SEO
Kita tengok apa yang dah kita borak tentang on-page SEO sebelum ini:
(1) Kita mulakan dengan setup plugin Yoast untuk memudahkan kita analis kandungan posting: Pemasangan Yoast SEO.
(2) Baca juga macam mana nak guna pluin Yoast SEO ni: Pengunaan Yoast SEO dengan WordPress
(3) Kita buat keyword research, pilih keyword atau keyphrase yang sesuai dengan posting: SEO Keyword Research untuk Newbie macam Saya
(4) Kita boleh gunakan Keywords Everywhere untuk buat keyword research
(5) Fahami bagaimana keyword difficulty untuk kurangkan persaingan dengan website lain lebih berautoriti: Keyword Difficulty
(6) Kita juga bincangkan bagaimana kita mahu menulis artikel yang mesra SEO: 8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO
(7) Kita gunakan Yoast SEO untuk menulis posting: SEO Friendly Posting with Yoast. Kita tulis apa yang mahu Google paparkan, sediakan link internal dan external, keyword pada heading dengan jumlah yang sesuai, image alt dan sebagainya.
Kebanyakkan apa yang perlu kita lakukan bagi memudahkan posting kita mendapat rating yang baik di Google adalah dalam item no. (6) dan (7) di atas. iniliah yang kita namakan sebagai on-page SEO.
Off-Page SEO
Seterusnya Off-page SEO yang sebenarnya sama penting dengan On-Page SEO ni. Kalau on-page SEO adalah apa yang kita buat di website dan posting kita, Off-page SEO kita perlu lakukan di luar website kita. Senang cerita, off-page SEO ini apa yang kita perlu lakukan untuk jadikan website atau posting kita popular, banyak trafik & visitor serta ‘berautoriti’.
Apa yang perlu kita buat bagi Off-Page SEO ni?
Kita perlu ada backlink ke website atau posting kita. Kalau on-page kita perlu ada link ke posting lain dalam website, dan ada juga link ke luar, off-page pula perlu ada link dari website lain ke website kita.
Secara umumnya, ia merupakan salah satu petunjuk yang website kita ni popular dan ‘berautoriti’ bila orang lain sebut-sebut dah link balik ke website kita. Orang akan share tanpa kita suruh…
Macam mana nak buat backlink?
(1) Share di media sosial
Contoh blog & website saya ni orang tak berapa kenal, kita perlulah jadikan ianya orang kenal. Macamana? Kita boleh je share posting kita ni ke sosial media macam Facebook, Twitter dan Instagram. Boleh juga paksa kawan-kawan untuk share sekali 😀
(2) Share di Forum
Kita perlu daftar di mana-mana forum yang berkaitan dengan industri yang kita ceburi. Boleh share di forum yang berkaitan. Jangan share di forum yang tak ada kena mengena untuk mengelakkan kena marah atau ban dengan admin.
(3) Share di Blog rakan-rakan
Kita juga boleh share di ruangan komen di blog rakan-rakan yang kita kenali. Kadang-kadang kita boleh masukkan link dalam komen. Pastikan industrinya sama. Elakkan spam blog orang lain!
(4) Gunakan iklan berbayar
Kita boleh gunakan iklan berbayar macam Fb Ads dan GoogleAds. Ok ni nanti kena belajar juga di hari lain.
Penutup
Selain dari kita buat on-page SEO, off-page SEO juga adalah sama penting. Kedua-dua nya kita kena lakukan untuk meningkatkan rank website dan posting dalam Google dan search engine lain. Kalau On-page SEO lebih kepada apa yang kita buat di website sendiri, Off-page pula adalah tingkat visibility website kita secara luaran. Kita share atau galakkan orang share di tempat lain seperti website, social media, blog dan forum.
Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!