Share This Article
Bahasa / Language
Satu aspek yang penting dalam perniagaan adalah PERMINTAAN dan kajian pasaran adalah penting bagi tujuan ini.
Sebelum ini kita telah menyentuh bagaimana kita nak mulakan perniagaan dengan passion yang kita ada. Secara ringkas, “passion” boleh wujud dari minat, kebolehan, kekuatan, pengetahuan dan pengalaman. Tetapi kita juga perlu tahu, “passion” sahaja tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan Internet atau apa juga perniagaan jika tiada permintaan terhadap produk atau perkhidmatan berasaskan passion tersebut.
Teori Ekonomi secara Ringkas
Mari kita belajar pasal teori ekonomi secara ringkas sebelum kita buat kajian pasaran:
(a) Harga Barangan & Permintaan
Kalau semakin kurang permintaan, semakin tinggi harga barang. Sebaliknya, semakin banyak permintaan, harga barang akan semakin berkurang. Logiknya, harga brangan dapat dikurangkan jika ada orang beli dengan kuantiti yang banyak.
(Nota: Nanti nak kena baca pasal teori ekonomi lebih lanjut)
(b) Complements atau Subtitutes
Kenali sama ada produk/perkhidmatan kita adalah penganti (subtitutes) atau pelengkap (complement) terhadap barangan lain.
Kalau barang pengganti, permintaan terhadap produk penganti akan naik jika harga barangan pengganti yang lain naik. Contoh: Kalau harga kopi naik, orang akan beli teh pula! Kalau Coca-cola naik harga, orang akan pilih pepsi.
Kalau complement, produk complement harganya naik, permintaan terhadap produk kita juga akan turun. Contohnya, daging burger naik harga, roti burger juga akan join naik sama!
(c) Citarasa Pengguna
Cita rasa pengguna – kalau tengah trending tu bolehlah masuk line juga. Kalau cita rasa positif, permintaan akan meningkat. Ini semua ada kena mengena dengan emosi di mana kita sebenarnya boleh mewujudkan permintaan tanpa apa-apa sebab dengan elemen emosi. Tapi biasanya, bisnes yang bersifat trending agak susah nak bertahan lama.
(d) Pendapatan dan Kuasa Beli Pengguna
Pendapatan atau kuasa beli pengguna – Kita boleh fikirkan perniagaan berdasarkan barang keperluan vs barang mewah. Permintaan juga boleh berubah-ubah mengikut musim. Biasala kan.. musim hujan sure payung laku. Musim hari raya, fokuskan kepada baju dan kuih raya contohnya.
(e) Bilangan dan Polar Penduduk
Lagi ramai penduduk sesuatu kawasan, lagi banyak permintaan. Bagi polar penduduk pula contohnya: lagi ramai remaja, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan yang mensasarkan remaja turut akan meningkat. Contoh, fesyen semasa remaja dan gajet elektronik.
Kajian Pasaran – Ada ke Permintaan?
Jadi, bagaimana kita hendak mengetahui sesuatu produk atau perkhidmatan itu mempunyai permintaan yang tinggi dalam kajian pasaran? Ini amat penting sebelum kita memulakan perniagaan Internet kita…
(a) Tanya.. Malu bertanya sesat jalan!
Tanya orang disekeliling kita. Mungkin kita boleh membuat sedikit kajian permintaan dari rakan-rakan sosial media anda sama ada Facebook, Twitter, Google+, Instagram dan sebagainya.
(b) Blog, Forum dan Media Sosial
Kita boleh melayari blog, forum dan Facebook group (atau sosial media yang lain) yang berkaitan dengan industri yang hendak kita ceburi untuk buat kajian pasaran. Perhatikan jika ianya mendapat sambutan melalui jumlah “like” atau komen yang tinggi. Perhatikan juga jika masih terdapat banyak engagement seperti komen terkini.
(c) Layari Laman Web E-commerce
Kita boleh melayari laman web e-commerce yang popular seperti Ebay dan Amazon. Perhatikan jika produk tersebut mendapat permintaan yang tinggi. Lihat pautan bagi Ebay dan Amzon bagi tujuan ini:
(d) Gunakan Tools di Internet
Gunakan kemudahan aplikasi di Internet. Contohnya, Google ada alat yang dipanggil “Google Keyword Planner” untuk melihat statistik terhadap carian produk dan perkhidmatan yang berkaitan. Semakin tinggi jumlah carian, ini bermakna permintaan juga adalah tinggi!
Nanti kita tengok tool “Google Keyword Planner” ini untuk jalankan kajian pasaran dalam Bahagian 2. Seterusnya, kita boleh menggunakan “Google Keyword Planner” ini untuk mengetahui bahawa produk atau perkhidmatan kita sememangnya mempunyai permintaan yang tinggi di Internet