Share This Article
Bahasa / Language
Hari ini kita berkenalan dengan Google Analytics. Salah satu tool percuma yang disediakan oleh Google. Dah free kan, apa lagi.. kita manafaatkan sepenuhnya.
Apa itu Google Analytics?
Satu tool disediakan oleh Google untuk kita lihat prestasi atau performance website atau mobile application kita. Secara mudahnya bila kita ada website, kita nak tengok berapa ramai visitor dan apa content yang mereka baca.
Itu je boleh buat?
Tak. Tool yang boleh kita integrate dengan tool lain macam Google Ads dan Google Search Console ni, boleh bantu kita untuk buat analisis lebih mendalam. Mari kita tengok apa yang Google Analytics ni boleh buat secara ringkas:
(1) Overview keseluruhan performance website
Kita akan nampak berapa ramai visitor website kita dalam tempoh tertentu. Secara default, dalam tempoh 7 hari. Contoh di bawah ni kita tukar ke 90 hari biar nampak macam ramai yang browse website ni 😀
Nampak tak “Last 90 days” kat bawah tu. Boleh tukar untuk tempoh yang kita suka.
Apa kita boleh baca di sini:
(a) Users – berapa ramai visitor. Ada lebih kurang 4500 visitor dalam masa 90 hari. Tak ramai nampaknya kan. Kena usaha lebih lagi dan lebih consistent untuk buat posting.
(b) Sessions – berapa session orang browse content website. Kat sini ada lebih kurang 6300 kali browse website atau baca posting/page dari 4500 orang ni.
(c) Bounce Rate – berapa peratus orang pi browse website lain lepas masuk laman website kita yang pertama. Contoh, orang bukak main page, lepas tu dia pi la website lain. Atau orang bukak link yang kita share di Facebook, lepas tu dia terus pi bukak website lain. Kat sini lebih 68 % visitor pi tempat lain.
Apa nak buat? Mungkin boring nak baca. Kena usaha lebih lagi. Perbaiki skill penulisan atau buat website lagi menarik hehe.
(d) Session Duration. Berapa lama visitor duk layan per-session secara purata. Blog ni paling lama orang baca secara average dalam 90 hari adalah 3 minit 32 saat sahaja. Baca lebih masa sure menguap agaknya. Kena perbanyakkan content yang lebih bagus dan menarik!
(2) Maklumat visitor semasa & insights
Tool ini juga akan paparkan visitor semasa secara realtime. Nampaknya hanya ada 1 visitor pada masa ini. Kita juga akan nampak posting apa yang sedang dibaca.
Ia juga memaparkan insights atau pandangan semasa. Kali ini kita dapati salah satu kategori posting tiba-tiba punyai view yang lebih tinggi berbanding kebiasaan. Interest yang naik tentang bisnes kedai makan dan restoran mungkin menyebabkan keadaan ini.
(3) Trafik visitor kita ni dari mana?
Kita boleh buat analisis mana datangnya trafik ke website. Adakah mereka ni datang dari hasil search engine, memang datang secara direct ke website, dari media sosial atau referral dari website lain?
Sebagai contoh, kita ada buat kempen untuk orang ke website melalui Facebook Ads. Selain insights dari Facebook, kita juga boleh tengok hasilnya di sini.
Contoh kedua, kita boleh tahu yang SEO dan Google Ads kita ni agak berhasil atau tak. Nampaknya banyak visitor datang ke blog ni melalui organic search dari Google.
(4) Bila masa orang ramai datang?
Kita juga boleh lihat bila orang ramai tengok website kita ni. Contoh di sini, banyak orang datang jam 12-4 petang. Kemudian 8-12 malam. Tengok betapa gigihnya orang bisnes mencari ilmu. Kita kena contohi mereka!
(5) Negara mana?
Kita tengok gambar yang sama di no (4) di atas. Sebelah tu ada data dari negara mana visitor kita ni. Penting untuk mana kita nak target pembaca website atau blog kita ni.
(6) Device atau Peranti apa mereka guna?
Next, kita boleh tau device apa yang visitor kita ni pakai. Pakai telefon pintar, tablet atau personal computer (tak kira desktop atau laptop):
Apa boleh kita buat? Kita target iklan lebih banyak pada pengguna smart phone!
(7) Apa content yang mereka baca?
Google Analytics juga boleh beri tahu kita apa content website yang paling banyak orang baca. Kita boleh lihat dari yang terbanyak dan yang paling kurang sekali. Analisis di blog ni nampaknya visitor lebih tertarik tentang Business Model Canvas. Bagaimana nak buat model bisnes kita.
Plan nak update content BMC ni dan bukukan. Ada yang nak tak?
Apa lagi?
Kita dah tengok 7 kegunaan tool ni. Best tak? Sebenarnya banyak lagi boleh kita manafaatkan. Kita boleh gunakan untuk ukur conversion website , berapa ramai share, siapa advocate kita. Buat analisis lebih mendalam tentang visitor kita melalui jantina, umur, interest dan sebagainya. Nanti kita borak lagi ya!
Macam mana nak pasang dan guna?
Pertama, kita kena ada account Google. Kalau dah ada email melalui Gmail, bermakna kita dah ada account Google. Kemudian buka web Google Analytics dan create satu account.
Next, kita integrate Google Analytics dengan website. Ada code ringkas yang boleh kita masukkan di website. Sementara website kita dah guna WordPress, kita boleh pakai plugin yang bersesuaian. OK kita sambung diposting berikutnya macam mana nak pasang ya.
Sehingga berjumpa lagi!