BMC #059 – Analisis BMC Tokopedia
Artikel ini membongkar struktur strategik Tokopedia melalui Analisis BMC—menjelaskan bagaimana Tokopedia membina, menyampaikan dan menangkap nilai dalam pasaran e-dagang yang kompetitif di Indonesia.
SEO pada Tahun 2025: Masa Depan Carian
Artikel ini meneroka perubahan paling kritikal yang membentuk kaedah SEO pada tahun 2025, sambil menawarkan peta hala tuju kepada organisasi yang ingin mengekalkan keterlihatan dan autoriti dalam pasaran digital yang sesak. Dalam era ini, kelincahan, inovasi dan pemikiran bersepadu menjadi pembeza utama.
Kisah kejayaan pengasas Taokaenoi, Thailand
Dan selagi wujud impian anak muda yang berani mencuba dan tekad untuk berjaya, kisah kejayaan pengasas Taokaenoi akan terus menginspirasi—snek demi snek, kisah demi kisah, generasi demi generasi.

Pengurusan Kewangan Kedai Makan dan Restoran #8 – Jenis-jenis Akaun

Ada beberapa jenis akaun bagi merekodkan transaksi perniagaan.  Jenis-jenis akaun termasuk:

 

(1) Akaun Aset

(2) Akaun Liabiliti

(3) Akaun Ekuiti Pemilik

Tiga jenis akaun ini kemudiannya melibatkan pelbagai transaksi yang perlu direkodkan.

Akaun T

Akaun bertujuan untuk merekod pertambahan atau penurunan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.  Kaedah merekodkan transaksi ini dia namakan “Akaun T“.  Orang putih kata “T Account” hehe:

              Nama Akaun
    ---------------+-------------          
       (Kiri)      |   (Kanan)

 

Pertambahan jumlah kepada  akaun aset perlu direkodkan sebelah kiri, pengurangan direkodkan sebelah kanan.

Bagi akaun liabiliti dan ekuiti pemilik, pertambahan jumlah sebelah kanan dan pengurangan pada sebelah kiri:

  AKAUN ASET    AKAUN LIABILITI   AKUAN EKUITI PEMILIK
-------+------   -------+------    -------+-------
Tambah | Kurang  Kurang | Tambah   Kurang | Tambah
   +       -        -       +         -        +

 

Warung Terlolap Mato

Mari kita tengok transaksi yang berlaku dengan merujuk posting sebelum ini:

(1) Modal memulakan restoran – RM 5000
(2) Pembayaran sewa RM 2100
(3) Beli dapur RM 5000 –  Down payment RM 1000 dan hutang  atau notes payable RM 4000) .

Jadi T account akan direkodkan macam ni..

Akaun Aset:

          Cash
-----------+-----------
(1)  5,000 | (2)  2,100
           | (3)  1,000
-----------+-----------
Baki 1,900 |

     Pembayaran Sewa
-----------+-----------
(3)  2,100 |
-----------+-----------
Baki 2,100 |

     Peralatan Dapur
-----------+-----------
(3)  5,000 |
-----------+-----------
Baki 5,000 |

Liabiliti:

     Notes Payable
-----------+-----------
           | (3)  4,000
-----------+-----------
           | Baki 4,000

Ekuiti:
      Modal KakYa
-----------+-----------
           | (1)  5,000
-----------+-----------
           | Baki 5,000

Nota:
Setiap akaun aset perlu balanced, 
( cash 1,900; Sewa 2,100; Peralatan 
dapur 5,000 = RM 9,000) 
dengan akaun liabiliti + ekuiti 
(notes payable 4,000 dan 
modal KakYa 5,000 = RM 9,000)

Akaun Aset

Dalam jenis akaun aset ni, mari kita tengok transaksi yang terlibat:

  • Tunai di tangan (cash on hand) – duit tunai yang ada di tangan, dalam poket (duit perniagaan), petty cash, dan cash register;
  • Cash on deposit – duit tunai bisnes di dalam bank. Jika ada beberapa akaun bank dengan tujuan yang berbeza (contoh: satu untuk pembayaran umum dan satu lagi untuk pembayaran gaji), akaun ini perlu dipisahkan;
  • Account receivable – merekodkan jumlah hutang yang perlu dibayar oleh pelanggan, sewa, pekerja dan lain-lain);
  • Allowance for doubtful accounts – reserve untuk kemungkinan kerugian bila hutang tidak dibayar;
  • Inventory – beberapa inventori berbeza seperti penyediaan makanan, minuman, alatan pejabat, alatan pencucian dan barangan lain (contoh: penjualan barangan sampingan);
  • Marketable securities – akaun untuk merekodkan pelaburan jangka pendek;
  • Prepaid expenses – dah bayar seperti sewa, lesen dan lain-lain;
  • Investments – Pelabnuran jangka panjang – stock market, fix deposit, ASB, sijil premium BSN 
  • Land & Building – pembelian tanah dan bangunan restoran;
  • Equipment – alatan yang digunakan di restoran dan kedai makan seperti peti ais, dapur masak, pinggan mangkuk
  • Furniture – merekodkan pembelian perabut
  • Accumulated depreciation – rekodkan penurunan nilai aset yang ada seperti peralatan dan perabut;
  • Deposit – bayaran deposit seperti utiliti air, eletrik dan Internet.

Akaun Liabiliti

Transaksi bagi akaun liabiliti:

  • Account payable –   akaun bagi merekodkan jumlah perlu dibayar kepada pembekal bahan makanan dan minuman;
  • Notes payable (selalunya jangka pendek) – rekodkan hutang kepada penghutang seperti hutang bank atau hutang kawan (kawan pon wajib bayar hutang woi);
  • Taxes payable – rekodkan jumlah cukai yang dibayar;
  • Accrued expenses – selalunya rekod disediakan bila accounting period hendak ditutup – payroll, utiliti, faedah dan sewa;
  • Long-term debt – hutang jangka panjang;
  • Dividen – bayar dividen kepada pemilik / pemegang saham.

Akaun Ekuiti

  • Akaun modal pemilik – merekodkan net worth pemilik dalam kedai makan dan restoran.  Merekodkan modal pemilik yang dilaburkan, ditambah dengan wang masuk dan ditolak dengan wang yang diambil, perbelanjaan operasi dan lain-lain.  Jika perkongsian, setiap akaun bagi ekuiti pemilik perlu di pisahkan;

Akauan Pendapatan dan Perbelanjaan

Akaun bagi merekodkan segala pendapatan yang masuk dan perbelanjaan yang dilakukan. Tengok ni:

Revenue & Expenses Accounts

Pendapatan

  •  Jualan makanan
  •  Jualan minuman
  •  Jualan sampingan
  •  Dividen pelaburan

Perbelanjaan. OK nanti tambah lain..

  •  Kos bahan mentah makanan
  •  Kos minuman
  •  Gaji
  •  Faedah pekerja
  •  Cukai
  •  Alatan kebersihan
  •  Perbelanjaan kenderaan / milage / tol
  •  Parking
  •  Lesen / permit perniagaan
  •  Kos pengiklanan / marketing
  •  Derma
  •  Papan tanda
  •  pakaian uniform
  •  Eletrik
  •  Air
  •  Alatan pejabat
  •  Bil telefon
  •  Fee profesional
  •  Data processing
  •  Laman web / hosting / DNS
  •  Fee lain (contoh: franchise)
  •  Cetak Menu
  •  Cetak banner / bunting
  •  Doubtful accounts
  •  Cat bangunan kedai makan dan restoran
  •  Sewa bangunan
  •  Depreciation

 

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

BMC #059 – Analisis BMC Tokopedia

Artikel ini membongkar struktur strategik Tokopedia melalui Analisis BMC—menjelaskan bagaimana Tokopedia membina, menyampaikan dan menangkap… Read More

September 12, 2025

SEO pada Tahun 2025: Masa Depan Carian

Artikel ini meneroka perubahan paling kritikal yang membentuk kaedah SEO pada tahun 2025, sambil menawarkan… Read More

September 8, 2025

Kisah kejayaan pengasas Taokaenoi, Thailand

Dan selagi wujud impian anak muda yang berani mencuba dan tekad untuk berjaya, kisah kejayaan… Read More

September 7, 2025

Analisis SWOT SME Indonesia: Kopi Kenangan

Artikel ini membincangkan kerangka analisis SWOT SME Indonesia berdasarkan perjalanan perniagaan Kopi Kenangan. Kisah ini… Read More

September 5, 2025

Analisis SWOT SME Malaysia

Analisis SWOT SME Tempatan: Kajian Kes myBurgerLab Pengenalan: Mengapa SME Perlu Berfikir Secara Strategik Perusahaan… Read More

September 1, 2025

Analisis SWOT Starbucks

Dalam artikel ini, kita terokai bagaimana Analisis SWOT Starbucks membimbing strategi pertumbuhannya melalui pelbagai fasa… Read More

Ogos 29, 2025