Adakah blog masih relevan pada tahun 2021 ni? Ni persoalannya.
OK kita tengok kebelakang sikit.
Masih ingat tentang Blogspot? Sejak diambil alih oleh Google pada tahun 2002, media blog jadi perhatian ramai. Ramai blogger baru dan pelbagai platform blog mula dapat perhatian. Terdapat pelbagai informasi disalurkan melalui platform ini. Daripada berkongsi kisah harian, hiburan, gosip artis hinggalah kepada informasi lebih bersifat ilmiah.
Terdapat pelbagai content blog kemudian diterbitkan menjadi buku dan dipasarkan di negara ini. Contohnya, buku Saiful Nang, “Kisah Orang Menang“, merupakan isi kandungan blog yang telah ditulis beliau.
Platform blog ini merupakan strategi berkesan untuk membawa audiens ke sesuatu website. Dengan sajian pelbagai informasi yang menarik, mereka kemudian mengumpul puluhan ribu follower dan pembaca ke blog setiap hari. Dengan trafik yang tinggi ini, proses monitize dilakukan untuk menjana pendapatan. Proses menukar trafik pelawat yang tinggi untuk jana pendapatan.
Proses ini membolehkan platform pengiklanan pihak ketiga (third party adversting) boleh diintegrasikan ke blog. Pendapatan diperolehi bila iklan-iklan yang dipaparkan dalam bentuk banner mendapat klik pembaca. Contoh, platform Nuffnang dan Google AdSense.
Blogger yang meningkat terkenal kemudian memerima perhatian pelbagai syarikat besar untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan masing-masing. Banyak syarikat juga bekerjasama dengan blogger jika mereka mahu memperkenalkan produk baru kepada pasaran. Dijemput semasa pelancaran dan diberikan produk secara percuma untuk mereka buat review.
Persoalannya.. adakah blog masih relevan untuk tarik trafik pembaca ke blog pada h