Analisis BMC CARPUT
Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.
Analisis BMC Boost
Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.
Analisis BMC Domino Pizza
Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.

Pengurusan Kewangan Kedai Makan dan Restoran #9 – Debit Kredit (Bahagian 1)

Sebelum cerita pasal debit kredit (debits and credits) ni, kita ingat semula pasal jenis asset account, liability account & owners’ equity account:

 ASSET ACCOUNT   LIABILITY ACCOUNT  OWNERS' EQUITY 
-------+------     -------+------   ------+------- 
   +   |   -           -  |   +        -  |  +

So apa tu debit  kredit? (Debit – Dr.  & Kredit (Cr.) ?  Debit adalah entry sebelah kiri dan credit di sebelah kanan akaun.

Lepas ni kita guna debit dan kredit banding dengan guna term sebelah kanan dan kiri.

Debit akan tambah jumlah pada akaun tertentu dan mengurangkan pada akaun yang lain.   Sama juga konsep kredit ni.   Kita tengok jenis-jenis kategori akaun dengan debit  kredit ni:

 ASSET ACCOUNT   LIABILITY ACCOUNT  OWNERS' EQUITY 
-------+------     -------+------   ------+------- 
   +   |   -           -  |   +        -  |  +
  Dr.  |  Cr.         Dr. |  Cr.      Dr. | Cr.

    REVENUES                          EXPENSES
-------+------                      ------+--------
   -   |  +                            +  |  -
   Dr. |  Cr.                         Dr. | Cr.

Kesemua transaksi kewangan perlu direkodkan dengan sekurang-kurangnya 1 debit dan 1 kredit.  Jumlah debit dan jumlah kredit hendaklah sama.

Contoh:

Restoran KakYa beli peralatan dapur RM 5,000, down payment RM 1,000 dan hutang RM 4,000.

Perlu ingat lagi ASET = LIABILITI + EKUITI

Jadi untuk rekod akaun, kita perlu Debit RM 5,000 dari furniture account (ASET) dan ia perlu  sama  dengan jumlah kredit RM 1,000 dari cash account (EKUITI) dan RM 4,000 daripda notes payable (LIABILITI).

Jenis Transaksi Perakaunan Debit Kredit

Ada 9 kemungkinan bagi transaksi perakaunan yang memberi kesan kepada akaun yang utama melalui debit kredit ni:

(1) Tambah aset dan mengurangkan akaun aset lain.  Contoh: Beli perabut dengan harga RM 500  (Dr. akaun aset perabut dan Cr. akaun aset cash)

(2) Aset bertambah dan liabiliti juga bertambah.  Contoh:  Pinjaman RM 1000 dari bank  – Dr. cash (aset) &  Cr. notes payable (liability).  Akaun aset cash bertambah, dan hutang (akaun liabiliti notes payable) juga bertambah.

(3) Asset account dan owner’s equity account kedua-duanya bertambah.  Contoh: Owner labur RM1,000 dalam bisnes – Dr. cash account (asset) & Owners’ equity account Cr.

(4) Liability account bertambah dan liability account lain berkurang.   (A note is made in exchange for an account payable – hutang kepada supplier – Dr. accounts payable & Cr. notes payable).  Bayar hutang pembekal dengan duit hutang.  So, hutang kepada pembekal berkurang (account payable Dr.) , tetapi notes payable bertambah – Cr.)

(5) Liabiliti berkurang dan aset bertambah.  Contoh:  Hutang dibayar (Dr. account payable dan Cr. Cash)

(6) Liability bertambah dan owners’ equity berkurang.  Contoh:  Syarikat declare dividen.  (Dr. Cash, Cr. dividends payable)

(7) Aset dan owners’ equity berkurangan.  Contoh:  Cash digunakan oleh pemilik (Dr. owners’ capital, Cr. Cash)

(8) Liabiliti berkurang dan owners’ equity bertambah.  Contoh:  hutang / pendahuluan cash oleh pemilik ditukar menjadi modal.  Dr. pendahuluan, Cr. owners’ equity.

(9) Owners’ equity bertambah, mengurangkan owner’s equity yang lain.

Transaksi Debit Kredit

Jadi bagaimana kita nak tau sebelah mana nak rekod transaksi yang berlaku? Seblah kanan atau kiri? Debit atau Kredit?  Ada tiga (3) langkah:

(1) Kenal pasti akaun mana yang terlibat (asset, liability atau owner’s equity);

(2) Kenal pasti sama ada debit atau kredit dari/kepada akaun (sebelah kanan atau kiri);

(3) Kenal pasti jumlah amaun yang perlu direkodkan.

Contoh:

Restoran KakYa membeli sistem POS (Point of Sale) berharga RM 5,000, jadi:

(1) Akaun terlibat, kedua-dua adalah kategori asset account: Equipment account dan  cash account ;

(2) Debit atau kredit? so tengok balik kategori jenis akaun kat atas tu… Equipment account bertambah, so seblah kiri – debit (Dr.).  Cash account akan berkurangan, sebelah kanan – kredit (Cr.).

(3) Jumlah Rm 5,000 perlu didebit pada equipment account, dan dikreditkan pada cash account.

Lepas ni kita tengok pula pasal baki akaun (account balances), kita kenal pasti sama ada baki akaun adalah debit atau kredit.  Jumpa lagi di bahagian ke dua.

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026

Analisis BMC Mie Gacoan

Terokai Analisis BMC Mie Gacoan yang menghuraikan segmen pelanggan, cadangan nilai, aliran hasil, operasi, kelebihan… Read More

Julai 12, 2026

Business Model Canvas Restoran

Ketahui bagaimana Business Model Canvas Restoran membantu pemilik restoran merancang model perniagaan yang lebih kukuh,… Read More

Julai 10, 2026

F&B BMC (Business Model Canvas)

Ketahui bagaimana F&B BMC membantu restoran, kafe, jenama minuman, dan perniagaan F&B lain membina model… Read More

Jun 17, 2026