Analisis BMC Quipper
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan Pahamify, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC CARPUT
Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.
Analisis BMC Boost
Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.
Categories: Trademark

Nama Bisnes vs Trademark

Ramai keliru apabila dah daftar perniagaan/syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara automatik mereka dah daftar trademark nama bisnes. 

Bahasa / Language:

 

Ramai keliru apabila dah daftar perniagaan/syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara automatik mereka dah daftar trademark nama bisnes.   Banyak juga soalan macam ni..

“Dah daftar SSM bukan nama bisnes tu trademark ke?”

“Dafar di SSM je tak cukup?”

“Dah daftar di SSM, kena lagi ke daftar di MyIPO?”

OK, untuk jawab persoalan ni, mari kita mulakan dengan beza antara kedua-dua pendaftaran perniagaan dengan trademark ni..

Apa beza trademark & nama syarikat?

Trademark nama bisnes dan nama perniagaan/syarikat adalah dua perkara yang berbeza.  Mari kita tengok bagi situasi di Malaysia ni…

(1)  Undang-undang

Pendaftaran perniagaan (i.e., perniagaan enterprise/PLT) atau syarikat (Sdn. Bhd.) dan pendaftaran trademark adalah berbeza dari segi undang-undang.  Undang-undang bagi mengawal selia pendaftaran perniagaan adalah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, manakala undang-undang bagi trademark adalah  Akta Cap Dagangan 1976.

(2)  Agensi kawal-selia pendaftaran dan penguatkuasaan 

Pendaftaran perniagaan/syarikat boleh dilakukan di SSM tetapi pendaftaran trademark di MyIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).

(3)  Kewajiban Pendaftaran

Pendaftaran perniagaan/syarikat adalah wajib kalau kita mahu berniaga.  Pendaftaran trademark adalah tidak wajib tetapi digalakkan untuk sebab-sebab kepentingan perniagaan.

(4)  Nama Perniagaan/Syarikat vs Trademark

Nama yang dipilih untuk nama perniagaan/syarikat perlu unik, tak sama (identical) dengan nama perniagaan/syarikat lain.  Nama hampir-hampir sama masih boleh didaftarkan bagi pendaftaran perniagaan/syarikat.

Contoh:  PETRONAS DAGANG masih boleh didaftarkan walau pun PETRONAS sudah didaftarkan sebagai nama syarikat.   Nama ADIBAS Sdn. Bhd. boleh didaftarkan walau ada ADIDAS.

Unsur nama/perkataan/logo/nombor/brand atau kombinasi unsur ini yang hendak didaftarkan sebagai trademark pula tidak boleh sama atau hampir-hampir sama dengan yang telah didaftarkan.  Contoh, ADIBAS boleh ditolak pendaftarannya kerana hampir sama bunyinya dengan ADIDAS.

Kes seperti pengunaan trademark Chipsplus telah menerima tindakan undang-undang kerana Chipsmore telah didaftarkan.

(5)  Pengunaan nama syarikat vs trademark

Pendaftaran perniagaan/syarikat bertujuan untuk kita menjalankan perniagaan secara SAH di Malaysia.  Pendaftaran trademark pula untuk menjadikan ianya hak ekslusif kita di sisi undang-undang.  Apabila trademark telah didaftarkan, kita berhak mendapat faedah moral dan ekonomi.

Pihak lain tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran.  Pengunaan oleh pihak lain tertakluk kepada kebenaran pemilik dan bayaran lesen tertentu.

Dah register di SSM, perlukah saya daftar trademark?

Jadi, bila dah daftar perniagaan atau syarikat di SSM, adakah kita perlu daftar trademark? Jawapanya adalah, “YA!“. Register di SSM je tak cukup ke? TAKKK~!  Kenapa?

Ia berbeza dan serve different purpose.  Walau daftar trademark adalah tidak diwajibkan, ia mempunyai faedah moral dan kepentingan ekonomi seperti yang dijelaskan sebelum ini.

Bolehkah kita daftar trademark nama bisnes?

Kita dah daftar nama perniagaan/syarikat.. masih bolehkan kita daftarkan nama yang sama atau trademark nama bisnes kita tu?

Menurut Seksyen 10 (1) (a) Akta Cap Dagangan 1976, nama perniagaan/syarikat boleh daftarkan sekiranya ianya adalah UNIK.  Iaitu ianya tidak sama, hampir sama atau hampir-hampir bunyinya kepada trademark lain yang telah daftar terlebih dahulu.

Artikel asal di https://www.daftartrademark.com/2020/03/05/nama-bisnes-sebagai-trademark/

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026

Analisis BMC Mie Gacoan

Terokai Analisis BMC Mie Gacoan yang menghuraikan segmen pelanggan, cadangan nilai, aliran hasil, operasi, kelebihan… Read More

Julai 12, 2026

Business Model Canvas Restoran

Ketahui bagaimana Business Model Canvas Restoran membantu pemilik restoran merancang model perniagaan yang lebih kukuh,… Read More

Julai 10, 2026