Ramai yang anggap fungsi trademark atau cap dagangan hanyalah sebagai alat pemasaran sahaja. Trademark hanya berkaitan dengan nama syarikat, nama produk dan logo syarikat sahaja.
Ramai yang anggap fungsi trademark atau cap dagangan hanyalah sebagai alat pemasaran sahaja. Trademark hanya berkaitan dengan nama syarikat, nama produk dan logo syarikat sahaja. Sebenarnya terdapat lima (5) fungsi trademark terhadap perniagaan:
.Mari kita lihat satu persatu fungsi trademark dalam perniagaan ini.
Bila kita nak beli sesuatu barangan, tentulah kita akan beli produk dengan brand yang kita dah biasa beli. Kita juga tahu barangan tersebut selalunya berkualiti. Faktor utama, pegeluar produk mementingkan kualiti dan mempunyai reputasi tinggi dalam pasaran.
Jadi, fungsi yang pertama adalah ianya sebagai fungsi identiti kepada sumber pengeluar produk atau perkhidmatan.
Contohnya, kita tahu syarikat Nestle banyak mengeluarkan produk-produk yang berkualiti seperti Milo, Maggi dan Nescafe. Macam Maggi tu, produk mee segera lain pon kita panggil Maggi juga
Cuba bayang kita pergi kedai terdekat nak beli beras. Semua bungkusan beras pula guna plastik warna putih sebagai pembungkusnya. Beras ni pula dikilangkan dan dikeluarkan oleh pihak yang berlainan.
Bagaimana kita nak buat pilihan? Kena buka satu-satu nampaknya nak ukur panjang beras tu agaknya. Kena tengok dulu banyak yang peroi ke tidak. Betul tak?
Dengan adanya trademark, sangat mudah kita nak buat pilihan. Kita boleh pilih beras keluaran Faiza, cap naga, cap rambutan dan sebagainya. Sama juga kalau kita nak beli laptop. Cuba imagine bila kita nak shopping laptop ni tak ada sebarang indikasi brand laptop, Jenuh.
Brand dengan trademark yang didaftarkan semangnya boleh dikaitkan secara langsung dengan kualiti dan reputasi pengeluar produk atau penyedia perkhidmatan. Sebuat sahaja pengeluar telefon pintar seperti SAMSUNG, APPLE dan HUAWEI. Kita tahu mereka adalah pengeluar telefon pintar yang berkualiti. Telefon pintar ini jadi pilihan pengguna walau pun ada yang lebih murah.
Pernah guna tak telefon pintar yang capnya ntah apa-apa tu? Yelah.. tujuan untuk berjimat. Tetapi akhirnya kita yang rugi. Mungkin kita pakai 6 bulan dan terlalu perlahan untuk digunakan. Mungkin sudah rosak!
Brand yang didaftarkan sebagai trademark akan menjadi tumpuan utama dalam pemasaran dan pengiklanan. Lihat sahaja iklan di TV yang menjentik emosi pengguna.
Pernah tak sampai terliur tengok iklan Pizza Hut dengan cheese dia yang meleh tu. Lepas tu kita tengok kanak-kanak dengan riang makan drumstick KFC. Melekat dalam kepala nampak ayam goreng sedap je kita hubungkan dengan KFC. OK tiba-tiba rasa macam nak beli KFC…
Fungsi yang kelima ni ramai yang tak tahu. Kalau kita bina perniagaan kita sehingga ianya mempunyai keuntungan dan reputasi yang tinggi, nilai terhadap trademark yang kita daftarkan di MyIPO juga akan meningkat. Trademark ini kita boleh lesenkan, buka peluang franchise dan boleh dijual pada satu masa nanti. Tahukah bahawa nilai trademark Maybank sahaja RM 10 bilion? Ni kita baru nak beli nama je tau. Belum nak beli bank dia.
Mari kita tengok contoh nilai brand untuk company lain di Malaysia (Data tahun 2016, nilai dalam juta US Dollar). Ni nilai brand je tau, bukan nilai keseluruhan bisnes:
Dah faham tentang fungsinya? Penting ke penting? Tapi ianya tak bermakna kalau kita tak daftar pon trademark kita. Mari kita mulakan membangunkan brand kita dengan daftar trademark terlebih dahulu. Ingat, siapa cepat dia dapat. Macam tu la dengan trademark ni. Siapa daftarkan dahulu, dia yang punya. Kalau kita dah guna berpuluh tahun dan ada orang daftar dulu, tak ke kesian kat diri sendiri.
Link asal:
https://www.daftartrademark.com/2020/03/16/5-fungsi-trademark/
Dapat sesuatu dari posting ni? Sila SHARE untuk lebih ramai dapat manafaat.
Analisis BMC Kopiko menunjukkan bagaimana konsistensi menjadi asas kekuatan jenama ini. Kopiko terus meneroka pasaran… Read More
Dengan menggunakan konsep kos peluang, faedah marginal, dan pulangan dijangka, kita boleh membina proses keutamaan… Read More
Kos peluang ialah nilai pilihan terbaik yang kita lepaskan apabila membuat sesuatu keputusan. Ia menunjukkan… Read More
Artikel Analisis BMC OldTown White Coffee ini membincangkan sembilan blok utama yang menjadi asas pertumbuhan,… Read More
Di sinilah konsep pertimbangan keputusan perniagaan memainkan peranan. Membuat pertimbangan yang betul menentukan idea mana… Read More
Dalam ekonomi, kekurangan sumber dalam perniagaan bermaksud sumber adalah terhad sementara keperluan dan kehendak manusia… Read More