Apa itu SEO Keyword Research? Kenapa kita nak buat proses ni? Kena buat ke?
Jawab dia, kalau nak optimize website kita supaya orang jumpa masa orang google kenalah buat.
Jadi SEO keyword research ni adalah proses yang kita buat untuk cari dan pilih keyword atau key phrase yang sesuai. Proses pertama untuk optimumkan website kita supaya mesra search engine.
Keyword tersebut itu pula mestilah selalu di cari di Google. Kalau setakat kita ambil sebarang keyword, kemungkinan besar orang tak cari pun. So tak jumpa.
Eh SEO ni apa? Baca posting ni dulu..
Keyword – satu perkataan yang orang cari
Key phrase – ayat yang selalu orang cari.
Contoh:
Keyword: SEO
Keyphrase: Cara buat SEO
Dua-dua ni nanti kita panggil sebagai keyword la ye senang 😀
Kita rasa orang akan google dengan keyword yang kita pilih, tapi sebenarnya tak ada pun. Contoh kita gunakan keyphrase “cara menuntut ilmu SEO” ini bagi tujuan SEO website. Kalau kita search keyword ni mungkin akan keluar di page pertama,
Tetapi, besar kemungkinan tak ada orang cari maklumat dengan keyword tu. Orang mungkin lebih senang untuk cari guna keyphrase “belajar SEO” atau “teknik SEO”.
Jadi macamana nak cari keyword yang sesuai? Pertama kita kena brainstorm, cari idea. Kita senaraikan seberapa banyak idea tentang apa keyword yang berkaitan. Apa yang berkaitan dengan industri kita.
Contoh, bisnes kita bertujuan untuk membantu pelanggan untuk pasarkan produk mereka melalui Internet. Jadi kita boleh senaraikan keyword berkaitan macam ni:
Dan sebagainya lah kan..