Analisis BMC Rembayung
Terokai Analisis BMC Rembayung merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan De.Wan 1958 dan Restoran Rebung, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.
Analisis BMC Kinokuniya
Terokai Analisis BMC Kinokuniya merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan Barnes & Noble dan Waterstones, kelebihan daya saing, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC Agoda
Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan Expedia, kelebihan daya saing, risiko serta cadangan strategik untuk 2026.
Technology

On-Page vs Off-Page SEO

Kali ni kita nak cerita pasal On-Page vs Off-Page SEO.  Apa tu On-Page SEO? OK ni apa yang dah kita buat sebelum ni.  Segala apa yang kita usahakan di website kita untuk jadikan ianya search  engine friendly, kita panggil sebagai on-page SEO.

On-Page SEO

Kita tengok apa yang dah kita borak tentang on-page SEO sebelum ini:

(1) Kita mulakan dengan setup plugin Yoast untuk memudahkan kita analis kandungan posting:  Pemasangan Yoast SEO.  

(2) Baca juga macam mana nak guna pluin Yoast SEO ni: Pengunaan Yoast SEO dengan WordPress

(3) Kita buat keyword research, pilih keyword atau keyphrase yang sesuai dengan posting:  SEO Keyword Research untuk Newbie macam Saya

(4) Kita boleh gunakan Keywords Everywhere untuk buat keyword research

(5) Fahami bagaimana keyword difficulty untuk kurangkan persaingan dengan website lain lebih berautoriti: Keyword Difficulty

(6) Kita juga bincangkan bagaimana kita mahu menulis artikel yang mesra SEO: 8 Tips Menulis Artikel Mesra SEO

(7) Kita gunakan Yoast SEO untuk menulis posting: SEO Friendly Posting with Yoast.  Kita tulis apa yang mahu Google paparkan, sediakan link internal dan external, keyword pada heading dengan jumlah yang sesuai, image alt dan sebagainya.

Kebanyakkan apa yang perlu kita lakukan bagi memudahkan posting kita mendapat rating yang baik di Google adalah dalam item no. (6) dan (7) di atas.  iniliah yang kita namakan sebagai on-page SEO.

Off-Page SEO

Seterusnya Off-page SEO yang sebenarnya sama penting dengan On-Page SEO ni.   Kalau on-page SEO adalah apa yang kita buat di website dan posting kita, Off-page SEO kita perlu lakukan di luar website kita.  Senang cerita, off-page SEO ini apa yang kita perlu lakukan untuk jadikan website atau posting kita popular, banyak trafik & visitor serta ‘berautoriti’.

Apa yang perlu kita buat bagi Off-Page SEO ni?

Kita perlu ada backlink ke website atau posting kita.  Kalau on-page kita perlu ada link ke posting lain dalam website, dan ada juga link ke luar, off-page pula perlu ada link dari website lain ke website kita.

Secara umumnya, ia merupakan salah satu petunjuk yang website kita ni popular dan ‘berautoriti’ bila orang lain sebut-sebut dah link balik ke website kita.  Orang akan share tanpa kita suruh…

Macam mana nak buat backlink?

(1) Share di media sosial

Contoh blog & website saya ni  orang tak berapa kenal,  kita perlulah jadikan ianya orang kenal.  Macamana? Kita boleh je share posting kita ni ke sosial media macam Facebook, Twitter dan Instagram.  Boleh juga paksa kawan-kawan untuk share sekali 😀

(2) Share di Forum

Kita perlu daftar di mana-mana forum yang berkaitan dengan industri yang kita ceburi.  Boleh share di forum yang berkaitan.  Jangan share di forum yang tak ada kena mengena untuk mengelakkan kena marah atau ban dengan admin.

(3) Share di Blog rakan-rakan

Kita juga boleh share di ruangan komen di blog rakan-rakan yang kita kenali.  Kadang-kadang kita boleh masukkan link dalam komen.  Pastikan industrinya sama.  Elakkan spam blog orang lain!

(4) Gunakan iklan berbayar

Kita boleh gunakan iklan berbayar macam Fb Ads dan GoogleAds.  Ok ni nanti kena belajar juga di hari lain.

Penutup

Selain dari kita buat on-page SEO, off-page SEO juga adalah sama penting.  Kedua-dua nya kita kena lakukan untuk meningkatkan rank website dan posting dalam Google dan search engine lain.  Kalau On-page SEO lebih kepada apa yang kita buat di website sendiri, Off-page pula adalah tingkat visibility website kita secara luaran.  Kita share atau galakkan orang share di tempat lain seperti website, social media, blog dan forum.

Sehingga berjumpa lagi dan selamat maju jaya!

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC Rembayung

Terokai Analisis BMC Rembayung merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan De.Wan 1958 dan… Read More

Oktober 12, 2026

Analisis BMC Kinokuniya

Terokai Analisis BMC Kinokuniya merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan Barnes & Noble… Read More

September 22, 2026

Analisis BMC Agoda

Terokai Analisis BMC Agoda yang merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan Booking.com dan… Read More

September 15, 2026

Analisis BMC FedEx

Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL,… Read More

September 3, 2026

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026