Apa yang kita perlu tahu bagi memulakan perniagaan internet ?
Perniagaan Internet atau juga dikenali sebagai Bisnes Online merujuk kepada apa juga jenis perniagaan yang dijalankan dengan menggunakan medium Internet, sama ada keseluruhan aspek perniagaan mahu pun sebahagian sahaja. Ada sesetengah organisasi menjalankan keseluruhan perniagaan mereka melalui dunia online. Ada pula yang menjadikan beberapa aspek sahaja perniagaan mereka melalui Internet. Sebagai contoh, mereka menjalankan bisnes secara tradisional, tetapi menjalankan pemasaran melalui Internet.
Perniagaan Internet ini boleh dimulakan dengan adanya 5 perkara berikut:
Ini bermakna kita perlu ada produk atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan. Buat permulaan, kita mungkin boleh menjual produk atau perkhidmatan orang lain. Menjadi stokis, ejen atau pengedar kepada syarikat tertentu.
Mengikut undang-undang di Malaysia, perniagaan perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Daftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (enterprise). Perniagaan juga boleh didaftarkan sebagai Limited Liability Partnership (LLP). Bagi membuka syarikat Sendirian Berhad (sdn. bhd.) pula, kita perlukan perkhidmatan Company Secretary untuk menguruskan pendaftaran tersebut.
Mempunyai sambungan ke Internet dengan mendaftar dengan pembekal broadband seperti TM, P1, Celcom, XOX, Maxis, Yes dan sebagainya. Pastikan kelajuan Internet sesuai dengan cita rasa anda.
Kita juga perlukan backup line bagi meminimumkan gangguan telekomunikasi dengan pelanggan. Ya lah.. kalau salah satu Internet down, kita masih boleh gunakan yang satu lagi!
Kita juga perlu ada laman web dan email bagi perniagaan yang hendak dijalankan. Antara lain, anda perlu mengetahui serba sedikit tentang nama domain, tapak laman web (web hosting) dan mendaftar email. Ada yang percuma dan berbayar. Selalunya yang berbayar lebih fleksibel dan nampak lebih profesional.
Kita juga perlu untuk mempunyai kaedah pembayaran secara online. Akaun bank perniagaan atau syarikat dengan bank lebih utama. Akaun syarikat adalah perlu kerana akaun bank peribadi selalunya mempunyai had transaksi yang menyebabkan akan anda dibekukan bila terdapat banyak transaksi dalam sehari.
Pembayaran boleh dilakukan secara manual di mana pelanggan perlu untuk menyertakan bukti pembayaran sebelum penghantaran produk atau perkhidmatan.
Pelajari juga kaedah pembayaran secara online (payment gateway) seperti PayPal, MOLPay, BilPliz, SenangPay dan sebagainya. Kaedah ini membolehkan pembayaran dilakukan secara automatik melalui Internet.
Menjalankan Pemasaran dan Pengiklanan. Sebagaimana perniagaan tradisional, pemasaran dan pengiklanan juga perlu dilakukan secara online. Gabungan kaedah offline dan online juga penting bagi meningkatkan keberkesanan perniagaan anda. Antara cabaran besar pertama bagi pemasaranan secara online adalah bagi menjana trafik pengguna yang besar ke laman web perniagaan anda.
Pengunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain juga boleh dimanafaatkan bagi tujuan berkomunikasi dan pemasaran. Platform Facebook juga menyediakan platform pengiklanan melalui FB Ads.
Jangan lupa dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dalam bidang yang berkaitan seperti yang berkaitan dengan pendaftaran syarikat, memilih web hosting, membina laman web perniagaan dan rekabentuk grafik.
Kita juga perlu untuk menambah pelbagai ilmu tentang Perniagaan, Perniagaan Internet, dan seterusnya belajar lebih lanjut tentang pemasaran online mahupun offline. Ilmu-ilmu lain seperti leadership dan public speaking juga penting bagi membina perniagaan yang boleh bertahan lebih lama.
Hadiri kelas-kelas atau seminar yang berkaitan!
Artikel ini membongkar struktur strategik Tokopedia melalui Analisis BMC—menjelaskan bagaimana Tokopedia membina, menyampaikan dan menangkap… Read More
Artikel ini meneroka perubahan paling kritikal yang membentuk kaedah SEO pada tahun 2025, sambil menawarkan… Read More
Dan selagi wujud impian anak muda yang berani mencuba dan tekad untuk berjaya, kisah kejayaan… Read More
Artikel ini membincangkan kerangka analisis SWOT SME Indonesia berdasarkan perjalanan perniagaan Kopi Kenangan. Kisah ini… Read More
Analisis SWOT SME Tempatan: Kajian Kes myBurgerLab Pengenalan: Mengapa SME Perlu Berfikir Secara Strategik Perusahaan… Read More
Dalam artikel ini, kita terokai bagaimana Analisis SWOT Starbucks membimbing strategi pertumbuhannya melalui pelbagai fasa… Read More