Daftar SSM online boleh ke? Malas nak pegi beratur ke pejabat SSM ni. Bolehh. Eh sebelum tu, nak bisnes ni kena ke daftar? Ya! Mengikut undang-undang di Malaysia, nak memulakan sebarang perniagaan, kita kena daftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’). SSM ni ditubuhkan antaranya bagi mengawal selia pendaftaran perniagaan dan syarikat di Malaysia. Ibu pejabat ada di kawasan KL Sentral. Cawangan pulak ada di seluruh negara. Boleh semak kat sini mana cawangan berdekatan.
Bagi memudahkan proses pendaftaran dan lain-lain urusan perniagaan, SSM menyediakan laman web SSM ezbiz online. Antara perkhidmatan yang disediakan:
Nak bayar denda terlewat bayar pembaharuan perniagaan juga boleh dibuat di sini.
Pertama, kita kenalah daftar dengan melawat laman web ni dan klik butang “Sign Up“.
Kedua, isikan maklumat yang tepat pada borang. Pilih ID Type, Masukkan no kad pengenalan dan nama seperti dalam kad pengenalan:
Ketiga, isikan maklumat-maklumat lain seperti yang di minta.
Keempat, selesai isikan maklumat, emel akan dihantar untuk arahan seterusnya. Kita akan diminta hadirkan diri ke pejabat SSM terdekat untuk buat pengesahan identiti.
Kelima, pergi ke pejabat SSM dan jangan lupa bawa kad pengenalan. Ambil nombor giliran dan tunggu :-). Nanti bila sampai giliran, kita akan dipanggil untuk pengesahan cap jari. Selesai. Sekarang kita boleh balik rumah dan boleh daftar SSM online pada bila-bila masa yang kita mahukan.
Macam mana nak daftar perniagaan secara online ni? Teruskan membaca…
(1) Buka laman web SSM ezbiz online
(2) Login dengan “username” dan “password” yang dipilih semasa “Sign Up”
Masukkan juga captcha seperti yang tertera di skrin.
(3) Klik menu “My Business Services -> New Business Registration -> New Business”
Laman berikut akan dipaparkan:
(4) Isikan jenis & nama bisnes serta maklumat lain.
Gunakan nama sendiri atau trade name. Nama sendiri macam NAZRI AHMAD ENTERPRISE atau tradename seperti GERBANG BISNES SOLUTION. Masukkan nama bisnes ke dalam borang:
Tukar business start date jika nak mula bisnes pada tarikh yang lain. Sila abaikan kalau nak mula bisnes hari ini jugak!
Scroll ke bawah dan pilih tempoh perniagaan. kalau nak guna 1 tahun biar je. kalau banyak tahun tukar. Kalau guna 1 tahun tu nanti kita renew je setiap tahun. Kalau malas renew nanti letak 5 tahun dan bayar untuk 5 tahun sekaligus.
Pilih “YES” jika mau bisnes secara online.
(5) Isikan alamat perniagaan.
Scroll lagi ke bawah. Isikan alamat perniagaan dan alamat bagi tujuan penghantaran surat. Kalau sama seperti alamat masa kita daftar hari tu, klik je “Copy From Profile Address“. Klik “Next“.
(6) Isikan maklumat cawangan lain jika ada.
Biarkan kosong kalau tak ada cawangan.
Klik “Next“.
(7) Masukkan keterangan bisnes dan kod-kos jenis bisnes.
Klik butang “Add Business Code” untuk tambah. Tambah je seberapa banyak nak. Boleh gunakan fungsi search tu.. Tick kat bawah action tu dan “Add Selecte Code” untuk tambah kod-kod yang berkaitan dengan bisnes:
Dah siap tambah, klik je butang “Next”
(8) Isikan maklumat rakan kongsi
Masukkan no kad pengenalan partner kalau ada. Tak ada abaikan. Nanti pertner tu pun kena pegi ke pejabat SSM untuk pengesahan identiti melalui cap jari.
Klik “Next”
(9) Nanti dia bagi tau berapa kos yang perlu dibayar untuk daftar SSM online ni.
Sebelum tu boleh upload supporting document macam perjanjian dengan partner tadi tu. Tak ada partner sorang-sorang tu boleh abaikan.
Tick “I confirm..” tu. Pastikan semua maklumat adalah benar semata-mata. dan klik “Preview“.
(10) Buat bayaran
Klik “Submit Payment”
Buat bayaran online dengan klik “PAY ONLINE“. Boleh juga bayar di kaunter pejabat SSM dengan tunaiii.
Pilih cara bayaran. Kad kredit atau perbankan online. Pilih bank yang kita nak le..
Nanti dia pi website internet banking. Ni contoh kalau pakai Maybank2u:
Buar transaction macam biasa. Dan tadaaa, dah siap daftar:
Tengok bawah tu boleh cetak resit ni.
Lepas daftar boleh semak dah lulus ke belum dalam sistem ni. Selalunya 1 jam dah siap!
Login seperti biasa ke dalam SSM ezbiz online ni. Guna menu “My Business Services -> List New Business Registration”
Kalau tengah proses tengok kat “In Process“:
Tengok bahagian “Approved / Reject“. Yayyy! dah lulus!
Kalau ada isu, contoh nama tak boleh didaftarkan, ada pertanyaan lain oleh SSM atau nama dah ada orang lain guna boleh semak di bahagian “Query“. Ikut arahan atau jawab pertanyaan yang diberikan oleh SSM.
Nak mula berniaga kita kenalah daftar perniagaan di SSM. Boleh pergi ke pejabat SSM terdekat atau lagi mudah daftar SSM online gunakan SSM ezbiz online. Daftar di website dan buat pengesahan cap jari. Lepas tu boleh buka seberap banyak perniagaan secara online. Boleh buat bila-bila masa tanpa pergi pejabat SSM lagi dahhh.
SWOT untuk pertumbuhan perniagaan ialah peta jalan ke arah penskalaan mampan. Ia mengubah tindakan reaktif… Read More
Idea ekonomi asas boleh mengubah cara kita melihat keputusan. Inilah inti kepada Ekonomi untuk Usahawan,… Read More
Analisis BMC HokBen ini membongkar bagaimana syarikat menyusun model perniagaannya untuk mengekalkan pertumbuhan sambil mengimbangi… Read More
Kisah Inspirasi Perniagaan: Dato’ Jimmy Choo Pengenalan: Warisan yang Dijahit dengan Impian Dalam dunia fesyen… Read More
Analisis SWOT produk baharu menyusun pemikiran strategik dalam empat kategori utama: Kekuatan, Kelemahan, Peluang, dan… Read More
Gabungan SWOT dengan Porter memberikan dua sudut pandangan—struktur industri dan kekuatan dalaman organisasi. Syarikat bukan… Read More