Mari kita daftar Google Analytics hari ni untuk monitor ramai tak browse website atau blog kita ni. Sebelum tu kalau belum tau apa tu Google Analytics sila jenguk posting ni >> Mari Berkenalan dengan Google Analytics. Pastikan juga kita dah ada akaun Google atau Gmail.
Mari kita daftar Google Analytics hari ni untuk monitor ramai tak browse website atau blog kita ni. Sebelum tu kalau belum tau apa tu Google Analytics sila jenguk posting ni >> Mari Berkenalan dengan Google Analytics. Pastikan juga kita dah ada akaun Google atau Gmail.
Mula-mula kita macam biasa kena la buka link dia sebelum daftar Google Analytics ni. Link dia kat https://analytics.google.com. Tak pun boleh je google dan klik result dia.
Bila kita buka link, sistem akan redirect untuk kita daftar dengan akaun Google sedia ada. Pilih akaun mana yang hendak kita gunakan bagi Google Analytics ini. Pilih “Use another account” jika kita nak guna akaun lain.
Masukkan username dan password bagi akaun Gmail yang nak kita daftarkan:
Sekarang kita dah masuk bahagian Google Analytics. Untuk teruskan daftar, klik “Setup for free”.
Lepas itu kita akan terus setup akaun. Masukkan nama akaun yang nak kita gunakan. Biasanya kita boleh masukkan laman web kita sebagai akaun untuk memudahkan kita memantau jika ada beberapa website. Contoh di sini kita gunakan “terlolapmato.com”:
Teruskan scroll ke bawah dah tick semua option yang ada. Kemudian klik butang “Next”. Senang kan 😀
Pilih apa yang nak kita monitor dengan Google Analytics. Dalam kes ni kita nak pantau website kita:
Scroll lagi ke bawah dan tekan button “Next“:
Isikan semua tempat kosong pada borang yang disediakan. Masukkan:
Contoh:
Kemudian tekan butang “Create” di atas.
Klik options yang ada dan klik butang “I Accept“
Sekarang dah siaplah kita daftar Google Analytics. Mesej macam ni akan dipaparkan:
Tracking ID ni kita simpan untuk kita guna pada website kita nanti. Dalam akaun ni, tracking ID ialah UA-152080910-1. Gunakan apa yang kita dapat. Bukan guna yang ni ya. Macam mana nak guna kat website kita?
Kita boleh gunakan plugin WordPress yang berkaitan atau masukkan script Global Site Tag tu ke dalam kod website. Nanti kita bincang lagi dalam posting lain. Selamat mencuba!
Ketahui Analisis BMC FedEx merangkumi sembilan blok BMC, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan UPS dan DHL,… Read More
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More
Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More
Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More
Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More
Terokai Analisis BMC Mie Gacoan yang menghuraikan segmen pelanggan, cadangan nilai, aliran hasil, operasi, kelebihan… Read More