Analisis BMC Quipper
Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan Pahamify, kelebihan, risiko serta cadangan strategik.
Analisis BMC CARPUT
Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.
Analisis BMC Boost
Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko dan cadangan strategik.

Beza Posts vs Page

Posting kali ni kita akan sentuh tentang beza post vs page WordPress.  Ingat tak pasal cara buat posting sebelum ni?  Boleh refer ke posting Cara Guna WordPress untuk recap balik semula 🙂

Dalam posting tu kita buat beberapa posting dan bila klik di posting yang bertajuk “Posting ke Dua”  ia akan dipaparkan seperti berikut:

Kandungan atau content yang dipaparkan ini adalah sebahagian dari “posts” yang kita buat.

Jadi apa dia Page ni?

Selain dari Posts, kita juga boleh membuat content melalui Page.  Kalau posts sentiasa perlu kita buat baru dari semasa ke semasa, Page pula bersifat kekal.  Contoh paling mudah kalau kita browse website pihak lain, kita akan lihat menu “About Us” dan “Contact“.

Maklumat ini biasanya tidak selalu berubah berbanding content pada posts.  Content pada posts perlukan kita update dan tambah secara consistent.  Istiqamah 🙂

Beza Post vs Page WordPress

Mari kita lihat perbezaannya:

  1. Post bersifat sementara dan perlu update dan tambah seperti berita.  Page bersifat kekal lebih lama dan hanya perlu ubah atau update berdasarkan keperluan;
  2. Post pada website akan dipaparkan bersama pengarang (author), tidak pada Page;
  3. Post punya tarikh ianya diterbitkan, tetapi page tiada;
  4. Post boleh dipisahkan dengan kategori, page pula menggunakan konsep parent & child dalam bentuk hierarki.

OK, lihat gambar post di atas dan kemudian nanti bandingkan dengan terus mebaca tentang beza post vs page di WordPress ni..

Membuat Page di WordPress

Sekarang kita akan buat page pertama dalam WordPress:

(1) Access ke Dashboard

Mula-mula kita access dashboard seperti biasa.  Gunakan login dan password yang kita set sebelum ni.

(2) Klik menu Pages -> Add New 

Window bagi membuat content pada page akan dipaparkan:

(3) Isi kandungan atau content yang berkaitan

Di sini kita boleh mula untuk taip content pada page ni.  Kita boleh masukkan tajuk, ubah permalink dari yang asal diberi jika terlalu panjang (atau URL kepada page ini) dan seterusnya isi kandungan yang berkaitan.  Contoh:

Boleh juga set sebagai child kepada parent (page lain yang telah dibuat sebelumnya).  Dalam kes ni kita belum ada page lain… so abaikan dulu.  Nanti boleh cuba sendiri dengan buat page lain dan setkan page ini sebagai parent dia.

(4) Edit dan Terbit

Boleh “Save Draft“, “Preview” atau Tekan butang “Publish” di sebelah kanan setelah selesai.

(5) View Page

View page dengan permalink yang kita set tadi atau guna link view yang diberikan.  OK siaplah page pertama kita dengan paparan seperti berikut:

Nampak tak beza post vs page WordPress ni.  Tiada author dan date dipaparkan berbanding dengan post di gambar atas sekali tadi.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Analisis BMC Quipper

Ketahui Analisis BMC Quipper, sembilan blok Business Model Canvas, Value Proposition Canvas, perbandingan Ruangguru dan… Read More

Ogos 31, 2026

Analisis BMC CARPUT

Terokai Analisis BMC CARPUT, sembilan blok Business Model Canvas, Kanvas Cadangan Nilai, perbandingan pesaing, kelebihan,… Read More

Ogos 16, 2026

Analisis BMC Boost

Terokai Analisis BMC Boost merangkumi sembilan blok BMC, Value Proposition Canvas, perbandingan pesaing, kelebihan, risiko… Read More

Ogos 13, 2026

Analisis BMC Domino Pizza

Terokai Analisis BMC Domino Pizza, sembilan blok BMC, Kanvas Proposisi Nilai, perbandingan Pizza Hut, kelebihan,… Read More

Ogos 4, 2026

Analisis BMC Mie Gacoan

Terokai Analisis BMC Mie Gacoan yang menghuraikan segmen pelanggan, cadangan nilai, aliran hasil, operasi, kelebihan… Read More

Julai 12, 2026

Business Model Canvas Restoran

Ketahui bagaimana Business Model Canvas Restoran membantu pemilik restoran merancang model perniagaan yang lebih kukuh,… Read More

Julai 10, 2026