Menilai Pilihan Perniagaan
Dengan menggunakan konsep kos peluang, faedah marginal, dan pulangan dijangka, kita boleh membina proses keutamaan perniagaan yang lebih jelas dan berdisiplin. Kaedah ini mengurangkan risiko terlebih komitmen, mengelakkan pelaksanaan yang tidak tersusun, dan mengukuhkan logik di sebalik setiap keputusan strategik yang dilakukan.
Kos Peluang
Kos peluang ialah nilai pilihan terbaik yang kita lepaskan apabila membuat sesuatu keputusan. Ia menunjukkan harga sebenar di sebalik setiap tindakan kerana membuat satu pilihan.
101 Contoh BMC #063 – Analisis BMC OldTown White Coffee
Artikel Analisis BMC OldTown White Coffee ini membincangkan sembilan blok utama yang menjadi asas pertumbuhan, daya tahan, dan peluang inovasi dalam industri makanan dan minuman serantau.
Ideas

Apa kita perlu tahu tentang Digital Disruption?

Digital Disruption bukan gangguan digital.  Bukan pasal komputer rosak.  Bukan juga pasal TV satelite tak dapat siaran semasa hujan.  Digital disruption adalah gangguan akibat kehadiran, aplikasi atau pengunaan teknologi digital yang merubah keadaan industri dan perniagaan  secara drastik.

Digital Disruption bukan gangguan digital.  Bukan pasal komputer rosak.  Bukan juga pasal TV satelite tak dapat siaran semasa hujan.  Digital disruption adalah gangguan akibat kehadiran, aplikasi atau pengunaan teknologi digital yang merubah keadaan industri dan perniagaan  secara drastik.

Digital disruption berlaku pada hari ini dan akan terus berlaku pada masa depan

Mahu atau pun tidak, ianya telah berlaku kepada banyak industri.   Persoalannya bukan bila, tetapi sama ada kita bersedia atau tidak.  Kita bersedia untuk berubah atau tidak.   Mahukah kita ketinggalan? Ditinggalkan pesaing-pesaing kita yang lebih bersedia dari awal.  Bersedia mengaplikasi teknologi digital daripada segi model bisnes, strategi, operasi dan organisasi secara keseluruhan.

Bentuk Digital Disruption

Digital disruption datang dengan 3 bentuk perniagaan:

(1) New startup berteraskan digital seperti Grab dan Airbnb.  Juga perniagaan berassaskan digital yang telah established seperti Amazon dan WeChat.  Mereka melibatkan diri dalam industri perniagaan sedia ada dengan cara digital.  Grab tidak punya sebarang kenderaan tetapi menyediakan perkhidmatan perkongsian kenderaan yang lebih berdaya saing dan affordable.  Kini mereka melibat diri dalam beberapa industri lain seperti penghantaran barangan dan makanan.

(2)  Perniagaan tradisional memerima pakai cara bisnes digital.  Mereka adopt model bisnes berteraskan digital sebagai kaedah baru meluaskan pasaran.  Contohnya Tesco yang membolehkan kita memesan barangan secara online dan mereka sediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan.

(3) Periagaan yang sudah berjaya dalam satu industri dan melebarkan sayap ke industri yang lain.  Trend memperkasakan perkembangaan perniagaan dengan teknologi digital seperti ini banyak dilihat dengan institusi kewangan seperti bank, insurance dan takaful, dan pelbagai lagi jenis perniagaan.  Seperti Grab, mereka juga mengembangkan perniagaan dalam beberapa industri lain seperti penghantaran barangan dan makanan serta menyediakan kaedah pembayaran yang lebih dikenali sebagai digital wallet dan payment gateway.

Kes Digital Disruption yang Patut Kita Tahu

Mari kita lihat beberapa kes tentang digital disruption di mana kehadirannya boleh mengugat sesuatu industri mahupun perniagaan besar.

(1) Digital Photography dan Kodak

Kes awal kita lihat bagaimana Kodak yang mempunyai nilai berbilion dolar US tunduk kepada tekanan digital photography.  Kita tahu satu masa dulu Kodak merupakan satu perniagaan yang unggul dalam dunia photography.  Kamera filem mereka seperti tiada tandinggan sehinggalah kehadiran teknologi kamera digital.

(2) Uber, Grab dan Industri Teksi

Ini biasa kita dengar keluhan pemandu teksi yang menghadapi saingan dengan perkhidmatan e-hailing.   Kini pengguna kenderaan biasa boleh menyediakan perkhidmatan yang sama dengan kos yang lebih rendah.  Ia juga memberi cabaran dalam pembuat undang-undang  untuk mengawal selia keadaan ini.

(3)Internet dan Media Tradisional

Perkembangan penggunaan Internet melalui komputer peribadi dan telefon pintar menyebabkan rating media tradisional semakin menurun.  Rating TV tergugat dan media bercetak seperti surat khabar dan majalah juga semakin merudum.

(4) Netflix dan Saluran TV Berbayar

Kita juga boleh melihat saluran berbayar seperti Astro dan sebagainya semakin terancam.  Kini kita boleh subscribe Netflix dengan harga yang lebih rendah dan kita boleh tonton pilihan movies dan TV series yang banyak pada bila-bila masa.

(5) Online Payments, PayPal, Institusi Kewangan dan Bank

Kalau dulu transaksi kewangan pasti melibabatkan bank, kini penyedia perkhidmatan seperti PayPal menyediakan pilihan alternatif untuk kita buat pembayaran.  Mungkin benar masih libatkan bank pada masa tertentu, tetapi pada masa yang lain kita punya pelbagai pilihan.

(6) Bisnes Online dan Bisnes Tradisional

Kedai tradisional kita ditepi jalan mungkin menerima pelanggan dari kawasan setempat.  Tetapi kini ianya boleh menerima pasaran yang lebih luas dengan teknologi digital.  Kedai kita mungkin terima tempisanya bila pelanggan lebih suka order barangan secara online tanpa ke kedai lagi.

Apa perlu kita buat?

Digital disruption sememangnya boleh menganggu kepada industri sedia ada jika kita tidak ambil tahu.   Jika kita masih percaya kaedah sedia ada masih yang terbaik dan boleh bertahan.  Jika tidak secara drastik lambat laun kita juga akan terkesan.

Walau bagaimana pun, ia juga adalah peluang yang besar jika kita benar-benar tahu memanafaatkannya.  Apa yang kita perlu lakukan? Kita perlu menghadapinya dengan inisiatif transformasi digital.  Kita perlu berubah dan bersedia dari sekarang.  Paling kurang bisnes kita sudah perlu ada website dan aktif di media sosial.

Apa itu transformasi digital? Nanti kita sembang di lain masa untuk topik yang agak menarik ni..  Selamat maju jaya!

Nazri Ahmad

Published by
Nazri Ahmad

Recent Posts

Menilai Pilihan Perniagaan

Dengan menggunakan konsep kos peluang, faedah marginal, dan pulangan dijangka, kita boleh membina proses keutamaan… Read More

November 28, 2025

Kos Peluang

Kos peluang ialah nilai pilihan terbaik yang kita lepaskan apabila membuat sesuatu keputusan. Ia menunjukkan… Read More

November 24, 2025

101 Contoh BMC #063 – Analisis BMC OldTown White Coffee

Artikel Analisis BMC OldTown White Coffee ini membincangkan sembilan blok utama yang menjadi asas pertumbuhan,… Read More

November 21, 2025

Pertimbangan Dalam Perniagaan

Di sinilah konsep pertimbangan keputusan perniagaan memainkan peranan. Membuat pertimbangan yang betul menentukan idea mana… Read More

November 17, 2025

Kekurangan Sumber dalam Perniagaan

Dalam ekonomi, kekurangan sumber dalam perniagaan bermaksud sumber adalah terhad sementara keperluan dan kehendak manusia… Read More

November 7, 2025

101 Contoh BMC #062 – Analisis BMC Ruangguru, Indonesia

Analisis BMC Ruangguru ini menonjolkan bagaimana syarikat mencipta, menyampaikan, dan menangkap/menambat nilai dalam pasaran edtech… Read More

November 5, 2025