Harini kita layan macam mana nak setup SSL. SSL ni perlu untuk tambah tahap keselamatan website kita seperti dalam posting lepas. Dah setup SSL ni baru lah kita boleh guna HTTPS untuk access website kita. Bila dah guna, selamatlah sikit. SIkit je tau.. nak lagi selamat lagi banyak benda kena buat. Salah satu, upah kawan-kawan yang pakar buat security testing kat website kita. Tengok boleh hack ke tidak.
OK kita sambung cerita macamana nak setup SSL ni…
Mari kita setup SSL ni step-by-step.
Mula-mula kena login kat cPanel kita, buka browser:
http://<alamat-URL>/cpanel
Contoh:
http://terlolapmato.com/cpanel
Masukkan login & password secukup rasa dan masuk ke bagahian cPanel.
Terus scroll ke bahagian SECURITY bila selesai login.
Nampak tak ada Lets Encrypt SSL di situ? Sila Klik.
Sekarang cPanel akan display fungsi Let Encrypt SSL untuk kita install certificate dan setup SSL pada website kita:
Kita tengok gambar kat atas ni, masa ni belum ada satu pon domain website kita yang kita dah install certificate.
Scroll bawah sikit, kita tengok ada “Issue a new certificate“:
Sekarang kita nampak ada domain kita kat situ. Dalam kes ni, terlolapmato.com. Apa lagi, kita klik link +Issue kat sebelah domain kita tu. Nanti dia keluar macam ni untuk setup SSL dan certificate tu:
Sekarang kita klik je semua tick kat Include? tu. Guna default http-01 untuk option kat bawah tu. Dan seterusnya klik button Issue tu..
Tadaaa.. siap dah kita install certificate & configure SSL. Klik link “Go Back” untuk periksa.
Sekarang kita boleh semak SSL certificate dah dipasang dengan jayanya di website kita:
Dah siap install, boleh lah kita test dengan web browser. Masuk je alamat https://<alamat-URL> website kita. Contoh: https://terlolapmato.com
Wohoooo dah siap kita setup SSL dan boleh guna HTTPS yang lebih selamat. Jumpa lagi!
Terokai Analisis BMC Mie Gacoan yang menghuraikan segmen pelanggan, cadangan nilai, aliran hasil, operasi, kelebihan… Read More
Ketahui bagaimana Business Model Canvas Restoran membantu pemilik restoran merancang model perniagaan yang lebih kukuh,… Read More
Ketahui bagaimana F&B BMC membantu restoran, kafe, jenama minuman, dan perniagaan F&B lain membina model… Read More
Analisis BMC Apple: Bagaimana Apple Membina Ekosistem Teknologi Premium No. Artikel BMC: BMC #071 Apple… Read More
Artikel Analisis BMC AWS ini menerangkan bagaimana AWS mencipta, menyampaikan, dan menangkap nilai dalam pasaran… Read More
Artikel ini ialah Analisis BMC Hermes menggunakan Business Model Kanvas. Ia menerangkan bagaimana Hermes mencipta… Read More