Artikel hari ini kita nak bincangkan tentang psikologi harga. Kita boleh buat harga produk kita sebagai salah satu cabang pemasaran berkesan.
Artikel hari ini kita nak bincangkan tentang psikologi harga. Kita boleh buat harga produk kita sebagai salah satu cabang pemasaran berkesan. Rujuk juga 4Ps Marketing Mix, di mana harga merupakan salah satu alat utama dalam pemasaran.
Harga adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian. Kita juga tahu harga merupakan salah satu “P” daripada 4Ps Marketing Mix. Satu alat yang sangat penting bagi orang bisnes dalam merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan.
Tetapi pernah tak kita perasan bagaimana harga tertentu boleh buat kita rasa macam satu tawaran yang berbaloi, walaupun mungkin harga sebenar tak jauh beza? Inilah yang dipanggil sebagai psikologi harga – seni memahami bagaimana persepsi harga mempengaruhi tingkah laku pembeli. Dalam artikel ini, kita akan menyelami beberapa teknik dan konsep dalam psikologi harga yang sering digunakan oleh peniaga untuk menarik dan meyakinkan pelanggan.
Psikologi harga adalah satu bidang kajian yang melihat bagaimana harga boleh mempengaruhi keputusan pelanggan di luar logik matematik semata-mata. Ia bukan hanya tentang nombor, tetapi lebih kepada bagaimana nombor tersebut dipersepsikan. Dengan memahami cara minda manusia bekerja, peniaga boleh menetapkan harga yang bukan sahaja menarik tetapi juga meningkatkan jualan dan keuntungan.
Ada beberapa teknik dalam psikologi harga yang digunakan oleh perniagaan untuk memanipulasi persepsi pelanggan. Jom kita tengok beberapa teknik yang biasa digunakan.
Pernah tak kita perasan banyak produk yang harganya berakhir dengan nombor 9, seperti RM9.99 atau RM99.90? Ini bukan kebetulan. Teknik ini dikenali sebagai charm pricing atau magic pricing. Secara psikologi, harga yang berakhir dengan 9 dianggap lebih murah oleh otak kita berbanding harga yang bulat.
Sebagai contoh, RM99.90 terasa lebih murah daripada RM100, walaupun perbezaannya hanya 10 sen. Ini kerana otak kita cenderung untuk fokus pada digit pertama dan mengabaikan bahagian kecil selepas titik perpuluhan. Oleh itu, RM99.90 nampak lebih dekat dengan RM90 berbanding RM100.
<